PART 6

275 16 0
                                    


SIKIT JE UNTUK PART 6 NI SEBAB SIBUK SANGAT.. LAGI PULAK IOLSKAN SELALU HILANG TANPA DIKESAN XD

LAYANZZZ

PART 6

'TOLONG jangan datang kemari Ulfa. Tolong.'

"Siapa tu?" Soal Ulfa. Suara yang berbisik ditelinganya itu seakan pernah didengar. Tetapi siapa? Kepala Ulfa melingas ke kiri dan kanan, mencari sumber galian bisikan tadi. Tiada siapa pun kecuali Mawar dan Syah yang sakan bergurau senda dibelakang. Ulfa menarik senyum segaris melihat kemesraan mereka berdua. "Hailah, cemburunya aku tengok dia orang berdua tu." Bicara Ulfa perlahan. Kepala digeleng-gelengkan bersama senyuman semanis madu kelulut.

'Sabarlah Alta, tidak lama lagi saya akan datang menyelamatkan awak.' Hati Ulfa bertekad. Cita-cita dipasang bersama semangat yang terbakar marak. Tangannya digenggam erat. "Alta." Gumam Ulfa dengan wajah yang keruh.

Tawa Mawar membuat Ulfa menolehkan kepalanya. Mawar yang sedang berlari kearahnya dipandang tanpa lepas. "Ulfa tengok Syah, dia buli saya." Adu Mawar. Tubuh Ulfa didakap seketat-ketatnya sebagai pendinding untuk mengelak serangan Syah. Ulfa tertawa kuat. Syah sekadar mencebik. Mawar menjelirkan lidahnya kepada Syah. Syah hanya memejamkan matanya tidak mahu melihat perangai ketidakmatangan Mawar. Mawar dan Ulfa ketawa mengekek melihat Syah berjalan dengan mata terpejam.

Bam!

"Aduh, sakitnya." Syah terjerit kecil sambil mengusap dahinya yang akan benjol sedikit masa lagi. Sekali lagi, meletus tawa dua gadis comel itu. Ulfa ketawa sehingga menekan-nekan perutnya.

"Lawak sangat ke?" Soal Syah dingin. Tangannya dibawa memeluk tubuh. Wajahnya usah cakaplah lagi, lebih masam dari cuka mungkin. Entah-entah lebih masam dari cuka. Mungkin lebih masam dari cuka. Apalah cik writer ni, berapa kali nak cakap masam dari cuka ha? Dah gila ke? Entahlah nak.

"Tak lawak." Ujar Mawar menggeleng-gelengkan kepalanya bersama tawa yang masih bersisa. Ulfa hanya mampu menyembunyikan senyuman dan tawanya dari dilihat oleh Syah. Mana tak lawaknya, bajet hebat konon boleh nampak dengan mata terpejam tu pasal boleh terlanggar pokok besar. "Dahlah, malas nak layan kau orang berdua. Cepatlah sikit jalan tu, macam siput." Usai berkata-kata, Syah berlari kecil meninggalkan Mawar dan Ulfa dibelakang. Mawar bertindak mengejar dan naik kebelakang tubuh Syah. Berkerut muka Syah menerima hentakan beban dari berat badan Mawar. 'Nasib ringan.' Ulfa hanya mampu ketawa kecil melihat telatah mereka berdua.

Ulfa mendongakkan kepalanya. Langit yang cerah, air sungai yang mengalir serta melodi alam semulajadi benar-benar membuatkan Ulfa berasa tenang. Ulfa merasakan dirinya seakan tidak asing lagi di kerajaan taklukan Feriold itu, seakan dirinya berasal dari situ. Namun yang menghairankan Ulfa, alam di sekitarnya ini seakan sedang bersedih. Ataupun ini hanya mainan perasaannya saja. Jika benar telahan hati Ulfa, apa yang menyebabkan alamsemulajadi ini bersedih? Ulfa memejamkan matanya seketika. Merehatkan minda yang sibuk bekerja memikirkan perihal sejarah silam Kerajaan Melodia.

'Kaulah pewaris takhta itu.'

Segera Ulfa membuka matanya. Lintasan suara itu, siapakah gerangannya? Namun suara ini berbeza benar berbanding yang sebelum ini. Siapa yang berbisik kepadanya? Yang paling penting sekali, pewaris takhta? Apa maknanya? Begitu banyak persoalan yang harus Ulfa rungkaikan dengan otak kecilnya. Jika difikirkan semula, segalanya yang berlaku terhadap dirinya ini seakan tidak logik. Bagaimana dia boleh tercampak ke kerajaan yang tidak pernah diketahuinya di peta dunia?

"Ulfa, cepatlah sikit. Kita dah nak sampai ni." Laung Mawar dari kejauhan. Ulfa tersentak dari angannya mendengar suara nyaring Mawar. "Ya." Sahut Ulfa dan berlari-lari anak mengejar langkah Mawar dan Syah yang sudah jauh kehadapan. "Tak lama lagi kita sampai. Kau nampak air terjun dekat sana tu, rumah nenek kebayan tu berhampiran situ." Syah menunjukkan air terjun yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Ulfa tersenyum senang hati. 'Sikit masa saja lagi Alta saya akan selamatkan awak.'

Pewaris MelodiaWhere stories live. Discover now