PART 7

277 19 7
                                    


UNTUK ADIK YANG TAK JEMU-JEMU TANYA BILA NAK UPDATE, SEMANGAT AKAK TULIS NI TAU XD JEMPUT BACA, DAH LAMA TAK BERFANTASI, MUNGKINKAH SKILL DAH TUMPUL?

KORANG SEMUA JANGAN LUPA MINUM BANYAK AIR MASAK TAU, PANAS NI..  JANGAN BANYAK BUAT AKTIVITI LUAR.. JAGA KESIHATAN DEMI ORANG YANG TERSAYANG XD

ABAIKAN TAYPO KERANA TYPO DAN DIRI INI BERPISAH TIADA XD

ABAIKAN TAYPO KERANA TYPO DAN DIRI INI BERPISAH TIADA XD

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PART 7

MUNDAR-mandir Yuyu dan Balqish diruang tamu rumah Puan Aisyah. Puan Aisyah pula tenang sahaja duduk di sofa. Dia tahu benar kemana Ulfa menghilang. Tetapi hati kecilnya tetap risau kerana dia takut Ulfa tidak akan terselamat dalam menumpaskan Feriold dan akhirnya seluruh keturunan diraja Melodia pupus terus dari muka bumi ini.

"Aunty tak risau ke?" Soal Yuyu. Punggungnya terus dihempas kasar pada sofa sama yang Puan Aisyah duduki. Balqish meraup mukanya. Sudah seminggu Ulfa menghilang namun masih tiada berita perihal Ulfa. Hidup lagikah? Ataupun sudah ma... . Allah. Jangan difikirkan perkara yang bukan-bukan.

"Duduklah Balqish, naik juling mata aunty tengok kamu ni." Pertanyaan Yuyu dibiar tiada jawapan oleh Puan Aisyah. Langsung tiada rasa mahu menjawab soalan itu. Hati ibu mana yang tidak risau kalau anaknya hilang dan masih belum ditemui. Puan Aisyah tahu, disana Ulfa mempunyai ramai sahabat yang akan membantu anaknya. Sekurang-kurangnya kerisauannya ditahap boleh dikawal dan tidaklah dia mahu menjadi gila.

"Aunty, Ulfa dekat luar sana tu entah hidup ke mati. Seorang diri pula tu." Giliran Balqish pula menghempas punggungnya pada sofa milik Puan Aisyah.

"Aunty tahu dia ke mana." Tenang Puan Aisyah membalas. Membulat mata kedua-dua Balqish dan Yuyu. "Aunty tahu? Kenapa aunty tak cakap dekat pihak polis? Dia kemana aunty?" Bertalu-talu Yuyu bertanya kepada Puan Aisyah. Tangan Puan Aisyah diraih Balqish kedalam genggamannya. Puan Aisyah menarik nafas panjang. Perlu kekuatan untuk menceritakan sejarah asal keturunan Ulfa Medina kepada sahabat-sahabat baik anaknya itu.

Paha Balqish ditepuk lembut. "Tapi kau orang berdua kena janji dengan aunty yang kau orang akan rahsiakan tentang apa yang aunty nak cakap ni."

Yuyu dan Balqish mengangkat tangan kanan mereka tanda berikrar.

"Sebenarnya Ulfa tu bukannya manusia biasa seperti kita. Ulfa bukan berasal dari sini. Ulfa sebenarnya... . Hesh,macam ni ceritanya. Aunty terjumpa ibu kandung Ulfa ketika aunty tersesat masuk ke alam lain. Aunty diberi amanah untuk jaga dia. Dengan izin Allah aunty dapat bawa keluar Ulfa dari kampung tu. Sejak dari hari aunty jumpa Ulfa, aunty berpindah ke sini. Johor ni. Sebelum ni aunty adalah anak jati Perak." Panjang lebar Puan Aisyah bercerita. Sampai bila lagi dia perlu menyembunyikan kebenaran ini kan.

"Ulfa tu bunian ke aunty?" soal Yuyu kepoh. Dia memang admire betul dengan cerita fantasi ni. 'Atau mungkin Ulfa ni ialah keturunan serigala jadian?' Huh, penangan Twilight sangat. Ahaks.

Pewaris MelodiaWhere stories live. Discover now