~ Bab 1 ~

149 12 0
                                    

"Manusia sebenarnya semuanya hipokrit. Semua ada topeng masing-masing. Semua nak nampak cam malaikat. Tapi hati?"

******

"NAMA saya Megat. Saya dah lama perhatikan awak... uhmmm... boleh kita berkawan?" Suara garau milik Megat menerobos masuk ke lubang telinga Adriana dan dengar drastiknya menggegarkan gegedang telinganya.

Adriana tersentak. Ditentangnya sepasang anak mata hazel milik Megat. Adriana berasa pelik. Bukan pelik kerana mendengar Bahasa Melayu Megat yang mencapai skema dan Dewan Bahasa tahap lapan tapi berasa pelik manusia normal sepertinya mahu hulurkan tali persahabatan. Ohh, betulkah semua ini? Atau dia berhanusilasi lagi?

"Aku?" soal Adriana menunjuk ke dadanya sendiri sambil buat muka tak percaya. Gula-gula getah perisa teh hijau di dalam mulutnya berhenti dikunyah.

"Ya, awak. Nur Adriana binti Darul. Saya dah lama nak berkawan dengan awak. Sudi tak? Tinggi harapan saya ni. Hehe," ujarnya lagi sambil tersenggih menampakkan barisan gigi teratur dan putih nak mampus. Warna putih pun tak setanding warna gigi Megat. Over sial. Kiranya Megat ni zahirnya memang perfect dan thorbaekkk. Patutlah terus menjadi popular walaupun baru je datang ke sekolah ini.

Adriana garu kepala dengan agresif. Terkerut-kerut dahinya. Biar betul ni. Ke dia nak prank aku je!

"Tapi... kenapa aku? Aku ni tak normal lah. Takde manusia nak kawan dengan aku kat sekolah ni. Manusia cuma tahu kutuk aku cam babi tak henti. Aku kawan dengan hantu je. Lagi baik," balas Adriana lalu berpeluk tubuh.

"Hmmm... tak kisahlah apa diorang nak kata. Mereka tu teruk. Saya baik okey. Saya ikhlas ni. Awak tak teruja ke ada manusia pertama nak kawan dengan awak, hmm?" katanya sambil menjungkitkan kening kirinya sambil tersenyum-senyum.

Ewah, sindirankah itu? Adriana buat muka konon berfikir sambil jari di dagu dan sepasang mata merahnya(kanta lekap) menconggak ke atas. Hmmm... macamana ek? Nak terima ke tak?

"Adriana? Awak setuju tak ni?" teguran Megat membantutkan aktiviti berfikir Adriana.

Adriana terdiam buat sesaat. Dia menjatuhkan pandangannya ke bawah. Rumput-rumput hijau padang sekolah dan sepasang kasut sekolah Megat memenuhi ruang kornea matanya.

"Adriana? I'm waitin'." Suara macho Megat menjengah lagi.

Adriana tiba-tiba kembali mendonggak. Ada seulas senyuman menghiasi bibirnya yang dicalit gincu hitam pekat nak mampus cam dakwat cirit sotong.

"Aku setuju."

Muka Megat disimbah sinar kegembiraan. Tak sangka Adriana setuju juga.

"Tapi... please tukar gaya bahasa kau tu, siak. Saya-awak, saya-awak, cam cacing je. Geli pundi kecing aku dengar. Pakai aku kau je." Adriana berkata lagi dengan bahasa kesat tahap sampah.

"Kalau itu yang kau nak."

Mereka berdua saling berpandangan dan timbul senyuman di bibir masing-masing. Dan bermulalah pada tarikh itu, tali persahabatan antara manusia normal dan manusia alien saling bertaut.

******

ADRIANA merenung cermin tandas dengan tajam sedari tadi macam patung sebelum mendengar beberapa derap tapak kaki menghampiri dan terhenti di depan pintu tandas.

Bad Witch's Love StoryWhere stories live. Discover now