~ Bab 5 ~

107 8 0
                                    

"Hidup untuk duit. Duit segalanya. Manusia jadi hamba. Duit jadi Tuhan."

******

EMPAT puluh tahun dahulu, ada seorang gadis skema yang introvert gila babi di sekolah SMKTJAP( SMK Tepi Jalan Ada Parit). Dia susah untuk bergaul dengan orang lain. Dia pemalu. Dia tak reti berkomunikasi dengan rakan sekelas. Jadi, dia pun jadi kera sumbang di sekolah itu. Penampilannya yang terlalu konservatif membuatkan ramai mengejeknya skema. Padahal sekolah itu memberi kebebasan untuk bergaya.

Dia langsung tak ada kawan. Dia cuma berkawan dengan kucing-kucing belakang kantin. Setiap hari dia membawa makanan kucing untuk kucing-kucing kesayangannya itu. Dia selalu meluahkan perasaan kepada kucing itu. Lagi-lagi perasaan sedihnya dibuli oleh...

"Gila, perempuan ni memang betul-betul pelik!" Satu suara gadis menjengah di belakang menyentakkan Sakinah. Sakinah segera menelan air liur yang terasa kesat. Degupan jantungnya berdegup kencang. Oh tidak... dia mengetap bibir, langsung tidak mahu menoleh ke belakang, lagi-lagi dia mendengar empat suara gadis saling bergelak ketawa jahat.

"Meoww!" Seekor kucing tiba-tiba tergolek jauh apabila ditendang Wawa tanpa belas kasihan. Berdarah mulut kucing itu dan perutnya luka. Kucing berwarna oren itu tidak bisa bangun. Hanya terbaring lemah.

Mata Sakinah terbuntang. Dia segera berdiri dan berlari mendapatkan kucing oren itu. Sakinah menggigil. Matanya merah dan berkaca lalu berguguran air mata tumpah ke pipi. Dia menoleh kencang ke arah Fafa, Wawa, Kaka dan Lala yang berada tidak jauh darinya.

"Sa... sanggup korang! Tak... tak berperikemanusiaan langsung! Teruk!" jerit Sakinah tak tertahan. Menggigil satu badannya menahan rasa amarah dan tak percaya. Basah mukanya dibanjiri air mata.

Sakinah ditusuk lembing geram dan bengang. Dia rasa nak mencarut tapi dia tak reti. Selama ini, dia tak pernah berkata benda buruk-buruk. Hanya ayat itu dia mampu buraikan. Itupun, dia sudah menggigil.

Kaka menghampirinya lalu menendang perut Sakinah sehingga Sakinah tersungkur.

"Rasakan," kata Kaka, tersenyum sinis memandang Sakinah yang mengaduh kesakitan di jalan tar.

"Kau jarang bercakap, sekali kau cakap, ayat kau memang tak boleh belahlah, skema! Kahkahkah," gelak Fafa dia memandang Kaka dan Lala.

"Apa lagi geng, hari ni, kita tak buat apa-apa pun lagi kat binatang kesayangan kita ni. Tak best lah. Rasa tak lengkap kan hari kita. Lala, apa kau tunggu lagi," sambung Fafa dengan muka evil seraya melepaskan isyarat ke arah Lala.

Sakinah hanya menunduk. Luluh hatinya. Sakit raganya. Maruahnya bagai disepak-sepak ke langit oleh geng pembulinya itu. Dia manusia tapi dianggap sebagai binatang?

Lala mengangguk-angguk sambil tersenggih. Dia menuju ke tong sampah hitam besar lalu membuka penutupnya. Bau semerbak menular ke udara. Dia memicit hidung sebelum kembali menoleh ke arah Fafa.

"Berita baik geng. Penuh siaa tong sampah kantin hari ni!" Lala berkata dengan girang tak terkira.

"Bagus!" sambut Fafa.

Lala lalu mengangkat tong sampah itu. Cibai, berat. "Woi Wawa, tolong aku angkat tong sampah ni. Berat cam babi hutan!"

Wawa mengangguk lalu berlari ke arah Lala. Mereka sama-sama mengangkat tong sampah sederhana besar itu.

Sakinah membeliakkan biji matanya. Tahu sangat nasib yang akan menimpanya selepas ini. Dia segera bangun dan ingin melarikan diri sebelum rambut dia ditarik oleh Kaka sebelum...

Bad Witch's Love StoryWhere stories live. Discover now