"Mama, saya bukan budak kecil lagi. Tolonglah jangan layan saya macam ni. Boleh tak hentikan semua benda-benda karut ni?,"
Puan Rogayah diam di kerusi. Pandangannya jauh ke depan melihat riak kolam renang yang tenang disimbah cahaya bulan. Walau sekeras mana pun Farish menolak, dia akan pastikan Farish beralah juga akhirnya.
"Dia tu anak dara. Tentulah kena pergi kursus. Apa salahnya kamu temankan dia pergi kursus?. Lepas tu, kamu tolong dia siapkan dokumen-dokumen yang perlu. Boleh kamu luangkan masa untuk kenal dia. Raisya tu taklah seteruk yang kamu sangkakan,"
Farish menahan nafas. Sakit hati bukan kepalang. Bicara ibunya seolah-olah langsung tidak mendengar penolakan darinya.
"Mama, saya... tak... nak... kahwin dengan budak tu. Mama faham tak?,"sedikit keras suara yang meniti di bibir Farish. Sedaya-upaya dia cuba menahan suaranya. Tetapi, sikap ibunya membuat dia sakit hati.
"Mama tak mahu dengar apa-apa. Kamu kena kahwin dengan Raisya,"
"Mama, dia tu budak lagi. Apa yang dia tahu pasal kahwin?,"
"Dia tak tahu, kamulah yang bimbing dia,"
Farish membuang pandang.
"Yang ada dalam hati saya hanya Kasih. Mana boleh saya terima dia. Mama, cubalah faham saya,"
"Mama faham kamu. Tapi, mama tak sanggup tengok cucu mama terabai. Sudahlah dibuang ayah sendiri, ibu pula tak ada. Mama nak Raisya jadi ibu kepada Qalish. Titik!,"Puan Rogayah bersuara tegas sambil mengangkat punggung.
"Mama, saya ada life saya sendiri. Mama tak ada hak buat saya macam ni,"
Puan Rogayah memandang wajah tegang anaknya.
"Kamu pun tak ada hak nak nafikan hak Qalish. Kamu tak nak jadi ayah dia, mama cuma mahu beri dia seorang ibu. Itu saja,"
Farish melurut rambut. Berpaling memandang wajah si ibu.
"Untuk jadi seorang ibu pun, saya rasa budak tu tak layak, mama. Yang dia tahu cuma minta duit,"
"Mama yakin dia calon yang paling tepat untuk jadi ibu Qalish. Dan kamu, cuba jangan pentingkan diri sangat,"
"Jadi, mama memang nekad nak saya nikah dengan budak tu?,"
"Ya. Sangat-sangat nekad,"
"Kalau mama rasa dia boleh jadi ibu kepada Qalish, okay. Tapi, hanya ibu kepada Qalish. Tidak lebih dari itu,"
"Bagus. Esok pergi daftar kursus kahwin. Dah boleh buat persediaan,"bersama senyum di bibir, Puan Rogayah berlalu.
Farish menghela nafas panjang. Terduduk di kerusi yang ditinggalkan ibunya. Di saat fikirannya penuh dengan wajah Kasih, kenangan Kasih, bagaimana dia mahu berdepan dengan perempuan lain? Sekali lagi dia mengeluh sambil melurut rambut. Berat perasaannya terdera dek keputusan yang dibuat oleh ibunya.
Dengan berat dia bangkit dari kerusi. Perlahan menapak masuk ke rumah. Ruang tamu lenggang walaupun malam masih awal. Rumah besar itu benar-benar sunyi kini. Tiada lagi sembang adik-abang dengan Fakhrul. Tiada lagi tawa manja Kasih apabila sesekali dia habiskan masa di sini bersama ibunya. Segalanya menjadi serba menyakitkan setelah semuanya tinggal menjadi kenangan.
Melihat ruang tamu yang kosong, langkahnya perlahan menghala ke arah bilik Raisya. Berdiri di hadapan bilik gadis itu yang pintunya sedikit terbuka. Dari luar, telinganya menangkap suara tawa. Dia menjengah. Diam memerhati Raisya yang sedang bermain dengan Qalish. Berbual-bual dengan anak kecil itu, seoalah-olah Qalish faham setiap apa yang diucapnya. Lama dia memerhati. Dia tahu dia sedang menceroboh, tetapi mendengar pujian melangit ibunya, dia terdorong untuk menilai sendiri.
YOU ARE READING
Sayang Papa Saya Tak?
Romance"Seratus ribu, Encik Farish. Yang tak gatal pun mesti jadi gatal"- Raisya. Bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya yang begitu? Kisah mereka ada di sini.