Mencintai Dia...10

16.9K 388 35
                                    

Azyan merenung wajah Farish dengan riak tidak percaya. Berita yang disampaikan susah untuk dia hadam. Lewat pertemuan terakhir dia dan lelaki ini, Farish masih bercerita tentang rawan hati kerana kehilangan Kasih, tetapi hari ini, cerita yang meniti di bibir lelaki itu sangat berbeza.

"Kau serius?,"

Farish diam.

Dia menarik nafas perlahan-lahan. Merenung diam Farish yang kelihatan sangat jauh menerawang.

"Jadi, kau dah boleh mula lupakan Kasih? Baguslah tu,"

Wajah Farish berubah. Kesimpulan yang Azyan buat terasa merentap jantungnya. Mustahil untuk dia lupakan Kasih. Apa yang Azyan katakan sama sekali tidak benar.

"Aku tak akan lupakan Kasih. Kasih tetap segala-galanya bagi aku,"

Azyan tertawa kecil.

"Kau nak kahwin lagi. Maknanya apa? Maknanya kau dah bersedia sediakan satu lagi ruang di hati kau untuk perempuan lain. Atau mungkin untuk terus ganti tempat Kasih. Betul tak?,"

Farish mengunci mulut. Tidak bersetuju dengan tuduhan Azyan tetapi tidak berminat untuk bertelagah tentang itu. Azyan pula turut berdiam diri. Cuma diam-diam perhatikan wajah Farish yang nampak tegang.

"So, siapa calon isteri baru Encik Farish yang hot ni?,"Azyan bersuara dengan nada suara yang sedikit kendur. Tidak mahu membuat lelaki itu lebih tegang emosinya.

Farish tidak menjawab. Cuma pandangannya terarah kepada Raisya yang leka membawa Qalish mengelilingi halaman.

"Farish, aku tanya ni,"

Farish mengalihkan pandangan seketika. Memandang wajah Azyan. Kemudian pandangannya teralih semula ke arah Raisya. Bibirnya dimuncungkan ke arah gadis yang kelihatan sangat ceria itu.

Azyan yang memahami maksud isyarat itu, segera melarikan pandangan ke arah yang dimaksudkan oleh Farish. Terpaku seketika. Bagai tidak percaya lelaki ini akan memilih budak semuda itu untuk menjadi pendamping hidupnya. Seketika matanya bagai melekat pada gadis penjaga Qalish, matanya kembali mencari wajah Farish.

"Budak tu?!,"soalnya sedikit lantang.

Farish menjongket bahu.

"Apa yang ada pada budak tu yang melayakkan dia jadi isteri kau? Budak tu bukan taste kau. Dan lagi, nak jadi pengganti Kasih? Kau biar betul,"

"Dia calon terbaik mama aku untuk jaga Qalish,"

Azyan tergelak besar.

"Calon terbaik untuk jaga Qalish? Jaga baby je kot. Aku pun boleh,"Azyan bersuara seakan tidak berpuas- hati. Farish mengangkat muka. Reaksi Azyan sedikit menarik perhatiannya. Menyedari renungan Farish, Azyan berdehem perlahan.

"Jangan salah-faham. Maksud aku, untuk jaga baby ni, bukan benda susah sangat. Jangan ikut saja kalau hati kau tak nak. Kan elok kau cari yang betul-betul kau rasa sesuai untuk jadi isteri kau. Babysitter jadi isteri? Untuk anak bolehlah. Untuk kau? Baik kau fikir balik,"

Farish membetulkan duduknya. Tumpuannya pada Azyan terganggu dek bunyi batuk di belakangnya. Perlahan dia menoleh.

"Apa kamu buat kat sini?,"

"Curi dengar orang sembang ke?,"Azyan menokok.

Raisya mengerling. Hatinya yang bengkak mendengar kata-kata teman Farish seketika tadi, menjadi semakin panas. Sesedap hati membuat tuduhan.

"Kalau Encik Farish atau Puan bagi elaun untuk saya curi dengar orang bersembang, mungkin saya akan buatlah. Ini, free saja tak ada bayaran, tak ada masa saya nak buatlah. Saya datang ni, cuma nak beritahu. Encik Farish, Puan jemput tetamu Encik Farish ni pergi minum petang. Hidangan dah siap. Silakan ya,"lembut Raisya menjawab bersama senyum yang langsung tidak ikhlas.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now