Sayang Papa Saya, Tak? 22

20.6K 432 32
                                    

Tidak pernah dia melihat Raisya semarah ini. Sejak Azyan pulang tadi, sepatah pun gadis ini tidak bersuara.

"Okay, mungkin salah saya. Saya minta maaf,"sekali lagi dia bersuara. Dia bersalah, jadi memang dia yang patut minta maaf.

Raisya menjeling. Nasib baik Qalish terjatuh ke atas permaidani yang agak tebal. Kalau terus jatuh ke lantai memang kepala Azyan dan Farish pun dia akan hantukkan ke dinding.

"Jaga anak pun awak tak tahu, kan? Macam tu jadi ayah?,"soalnya sinis.

"Atau memang awak tak boleh tengok langsung anak awak tu ya? Anak awak dengan isteri awak yang konon-kononnya awak cinta hingga ke mati tu? Macam tu cara awak layan tanda cinta agung awak?,"

"Raisya. Ya, saya bersalah. Saya dah minta maaf tapi itu tak bermakna kamu boleh cakap sesuka pasal saya,"

Raisya mencemik.

"Sayang isteri konon. Tapi sibuk dengan Azyan tu. Bukan nak sibukkan Qalish,"

"Raisya, rasanya baik kamu diam,"

"Diam? Memang taklah. Saya tak akan diam kali ini. Sebab awak dah melampau sangat. Awak kejam,"

"Diam. Jangan cakap sesuka hati,"

"Awak ni memang kejam. Selfish! Ini bukan cakap sesuka hati. Ini kenyataan. Awak cakap awak sayangkan isteri awak tapi, sebenarnya tak! Percayalah... awak tak sayangkan arwah isteri awak pun,"

Farish berpaling. Kalau sebentar tadi dia mampu menahan sabar, tetapi tidak sekarang. Raisya tidak ada hak untuk menilai dia sejauh itu.

"Jangan cakap sesuka hati kalau kamu tak tahu apa-apa,"bentaknya geram.

"Apa yang saya tak tahu? Saya tahu semuanya. Saya tahu kononnya awak sedih sangat sebab isteri awak meninggal. Saya tahu awak punya sedih sangat tu sampai nak tengok muka anak sendiri pun awak tak nak. Sampai anak sendiri pun awak buang macam tu saja! Kan?,"

"Diam. Kau tak tahu apa-apa. Kau tak ada hak nak cakap apa-apa,"

"Saya dah tahu sangat! Kasihan isteri awak...lagi kasihan anak awak. Awak pentingkan diri sendiri...awak tak sayang dia orang pun!,"

"Diam...dan tolong pergi,"

"Tak nak,"

Farish merengus marah. Dia cuba memahami kemarahan Raisya tetapi, nampaknya Raisya semakin melampau. Dia bergerak menuju ke meja kerja. Laci dibuka dan beberapa helai duit kertas yang tersimpan di situ, dicapai kasar. Dia tahu ini sahaja caranya untuk membuat Raisya diam.

"Kau ambil duit ni, kau keluar dari sini. Tutup mulut tu,"

"Tak nak. Bagi saya cakap apa yang saya nak cakap. Saya percaya isteri awak nak awak jaga anak dia baik-baik. Sayang anak dia macam-mana awak sayangkan dia. Tapi, apa awak buat pada Qalish? Awak tak boleh jaga Qalish. Awak abaikan Qalish...awak memang tak mampu langsung nak jaga Qalish ke? Awak lemah ,"

Farish menahan marah. Duit di tangan dicampak ke meja. Sungguh dia sudah benar-benar marah mendengar kata-kata tajam gadis ini. Sewenang-wenangnya membuat penilaian.

"Awak tak sayangkan isteri awak sebenarnya,"

"Diam!,"

"Awak pentingkan diri sendiri. Awak jahat pada Qalish....,"

"Raisya! Tolong diam!,"

Raisya merengus geram.

"Memang dah nak diam pun. Itu aje saya nak cakap. Sekian terima kasih,"ujar Raisya ketus. Marahnya benar-benar teruji hari ini. Beberapa langkah dia bergerak langkahnya terhenti. Dia berundur semula.

"Apa lagi? Tolong keluar and leave me alone. Aku tak nak cakap apa-apa dengan kau!,"

"Siapa nak cakap dengan awak? Siapa nak temankan awak? Saya cuma nak ambil ni,"Raisya bersuara sambil mencapai duit kertas di atas meja. Ada sepuluh keping not lima puluh di tangannya kini. Dia merenung tajam wajah Farish yang mencuka.

"Sebab saya marah sangat, saya ambil separuh aje...,"ujarnya sambil meletakkan lima keping not lima puluh di atas meja. Termenung seketika, dia mencapai kembali dua keping yang telah diletakkan.

"Sebab awak tengking saya, ni saya anggap ganti rugi,"sambungnya sambil berlalu bersama duit di tangan.

Farish pegun. Dalam marah dia merengus geram. Memang dasar mata duitan. Sebelum sampai ke pintu, dia memanggil.

Raisya menoleh garang.

"Apa lagi?,"

Farish mendekat. Tidak berpuas-hati melihat duit di tangan Raisya. Apa yang berlaku bukan seratus peratus salahnya. Dan, sangkanya kali ini, duit bukanlah perkara yang ada di dalam kepala Raisya. Tetapi, ternyata dia silap.

"Pertama, saya jaga Qalish. Saya tak tinggal dia macam tu saja,"ujarnya sambil menarik separuh daripada duit di tangan Raisya. Raisya terkebil-kebil.

"Kedua, Qalish jatuh semasa saya tinggal untuk buat air. Buat air untuk tetamu. Itu kemalangan yang tak disengajakan. Semasa saya tinggal sekejap, dia masih tidur. Kamu tak berhak menuduh sesuka hati macam tu,"

Duit ditarik lagi.

"Satu lagi, tuduhan kamu semuanya salah. Saya bapanya. Setiap bapa sayangkan anak mereka. Dan, ini ganti rugi untuk tuduhan tak berasas itu,"

Raisya ternganga. Tangannya kini kosong. Duit sudah bertukar tangan.

"Itu duit saya!,"

"Sekarang dah jadi duit saya,"

"Buruk siku! Lagi sekali Qalish jatuh, awak tak akan selamat. Faham!,"bentak Raisya geram. Farish tidak bereaksi. Raisya sudah berlalu pergi dengan wajah mencuka. Farish menghela nafas dalam-dalam. Kata-kata Raisya kali ini teramat tajam. Namun, entah kenapa, jauh di sudut hatinya kata-kata itu memberi kesan. Mungkin kata-kata Raisya ada benarnya. Dan, apa yang Raisya buat demi Qalish benar-benar membuat dia berasa lega. Lega kerana Raisya yang menjadi ibu kepada anaknya itu.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now