Sayang Papa Saya Tak? 15

19.5K 400 26
                                    

"Aku mengganggu ke?,"

Farish menjongket bahu. Azyan tersenyum. Memerhati kelibat Raisya sebelum melabuhkan punggung ke kerusi.

"Semalam pergi shopping, tengok cantik-cantik pula baju baby. Aku belikan beberapa helai untuk Qalish,"Azyan bersuara lagi sambil meletakkan dua beg kertas ke atas meja.

"Aku tak berapa pasti saiz Qalish, tapi rasanya muat kot,"

Farish menjenguk beg kertas di atas meja. Beberapa pakaian bayi pelbagai warna. Pandangan dialih ke wajah Azyan.

"Tak perlu susah-susah macam ni sebenarnya,"

Azyan tersenyum.

"Itu anak Kasih. So, aku tak rasa susah pun,"

Farish tersenyum kecil.

"Terima kasih,"

Azyan mengangguk ceria. Lebih ceria senyumnya melihat Raisya melangkah mendekati dia dan Farish membawa dulang minuman. Tajam pandangannya melihat Raisya meletakkan satu per satu cawan ke atas meja. Sengaja mahu melihat reaksi Raisya melihat dia muncul di sini.

"Minumlah,"pelawa Raisya sambil menghadiahkan sekuntum senyuman.

"Terima kasih. Raisya tak nak minum sekali?,"

Raisya menggeleng.

"Tak boleh. Qalish tinggal seorang kat dalam. Okay. Saya masuk dulu,"balas Raisya tergesa-gesa. Qalish ditinggalkan sebentar di dalam pagar bayi.

"Raisya,"

Raisya menoleh.

"Ambil ni. Baju Qalish. Azyan hadiahkan,"

Raisya menjongket kening. Beg kertas yang Farish hulurkan, dicapai.

"Kamu boleh pergi,"

Raisya mengangguk sambil terus berlalu pergi. Azyan memandang langkah Raisya hingga gadis itu hilang ke dalam rumah.

"Harap-harap dia mampu ganti tempat Kasih,"

"Kasih tak ada pengganti,"

Azyan mengangkat kening. Farish mengeluh panjang.

"Kau pun tahu macam-mana aku cintakan Kasih. Mustahil semudah itu saja aku mampu lupakan dia,"Farish bersuara perlahan. Jauh melayan perasaan.

Azyan diam. Setuju dengan kata-kata Farish

"Aku ingat lagi seminggu sebelum kau orang berdua nikah, dia lari sampai ke Sabah sebab tak mahu kahwin,"

Farish tersenyum. Teringat kenangan yang sangat mendebarkan itu. Kasih hampir-hampir mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka. Kasih nekad tidak mahu berkahwin hanya kerana tidak mahu mengambil risiko andai perkahwinan akan terputus di tengah jalan. Sampai satu ketika, Kasih tiba-tiba takut untuk memasuki alam perkahwinan. Trauma dengan perceraian di antara ibu dan bapanya. segala-galanya dirancang dengan sehabis baik, sehinggalah Kasih tiba-tiba hilang.

"Seminggu aku kejar dia sampai ke Sabah. Pujuk dia. Dua hari tak tidur semata-mata mahu pujuk dia,"

"Sampai ada pengantin pitam lepas akad nikah,"tingkah Azyan sambil tergelak kecil. Teringatkan Farish yang hampir pengsan disebabkan penat dan tidak cukup tidur. Penat mengejar Kasih.

Farish tersenyum pahit. Segala-galanya sudah tidak mampu untuk dia ulang lagi. Setiap kali membuka mata, tiada lagi senyum Kasih yang membuat pagi-paginya penuh ceria. Sepenuh kasih sayang dicurahkan hanya kepada Kasih agar tiada lagi ketakutan di hati Kasih. Agar tiada lagi kegusaran yang mengganggu hati mereka yang penuh dengan cinta.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now