"Bodoh! Aku nak duitlah! Cepatlah bagik!" Tidur Ryena terganggu dek kerana satu suara yang amat lantang sehinggakan dapat menembusi biliknya.Ryena menegakkan badannya. Memisat-misat matanya. Apa lagi masalah ni? Dia turun dari katil lalu turun ke bawah.
Kelihatan eommanya sedang jatuh terjelopok. Ryena segera menghampiri eommanya.
"Appa! Appa buat apa lagi ni?" Ryena memeluk eommanya yang menangis.
"Aku nak duitlah!" Jerit appanya. Macam orang gila.
"Appa kalah judi lagi? Sudah-sudahlah lah tu appa. Setiap kali appa balik je, mesti eomma nangis." Ryena memeluk erat ibunya. Luluh nalurinya sebagai seorang anak melihat insan yang mengandungkannya menangis begini.
"Aku kesah apa hah? Aku nak duit! Kau faham tak duit??" Kali ini rambut Ryena dicekak kuat appanya.
"Appa! Sakit." Ryena menjerit. Air matanya mengalir. Rasa hendak tercabut kulir kepala.
"Janganlah.." Eomma Ryena pula merayu. Melutut kaki suaminya. Eomma Ryena disepak.
"Eomma!!" Ryena meronta-ronta. Cecair merah keluar dari mulut eommanya.
"Kau dua dengar sini! Kalau aku tak junpa duit, aku akan jual Ryena! Kau ingat tu!" Ugut appa Ryena lalu keluar dari rumah.
Ryena buru-buru menghampiri eommanya. Mereka berpelukan sambil menangis.
"Eomma.." Ryena memeluk erat eommanya. Sampai hati appanya itu. Hanya disebabkan duit sanggup buat anak dan isteri dia macam ni.
"Eomma minta maaf Ryena. Disebabkan eomma, Ryena juga yang kena." Kata eommanya teresak-esak. Ryena menggeleng-gelengkan kepala.
"Budak salah eomma. Appa yang kejam! Ryena takkan bagi satu sen pun dekat lelaki tak guna tu!" Marah Ryena.
"Dia tetap ayah Ryena." Kata eommanya. Ryena smirk.
"Dia cuma ayah tiri. Bukan ayah kandung!" Kata Ryena lagi. Dia janji. Dia akan pertahankan eommanya selagi dia masih bernafas. Itu janjinya !
___
"Ryena.."
"Ryena.."
"Ryena.."
Panggilan Jimin tidak langsung disedari oleh Ryena yang termenung jauh. Jimin hairan. Kenapa dengan Ryena sejak akhir-akhir ini? Selalu sangat termenung.
'Chup'
Ryena terkejut dengan kehadiran bibir Jimin di atas bibirnya. Jimin senyum."Jauh termenung. Kenapa ni?" Jimin mengusap kepala Ryena. Ryena menggeleng.
"Takde apa-apa." Balas Ryena. Dia tidak rasa yang dia perlu cerita apa-apa kat Jimin.
"Takde apa-apa? Tapi kenapa termenung ni? Bukannya sekali dua saya tengok awak termenung macam ni. Dah banyak kali tahu tak? Tell me. Mana tahu saya dapat tolong." Kata Jimin sambil menggenggam erat jari-jemari Ryena.
Hemin mengeluh. Dia merebahkan kepalanya di atas bahu Jimin.
"Takde apa-apalah. Stress je. Tak cukup tidur kot." Bohong Ryena. Tapi memang, dia juga akhir-akhir ini kurang tidur. Sebab apa? Ayah tirinya asyik buat hal.
"Kesian. Tak cukup tidur ye? Now, i lend my shoulder for you." Kata Jimin. Ryena senyum. Jimin memang baik kepadanya. Sebab tulah dia tak nak Jimin terbeban dengan masalah keluarganya.
"Chim, nak tanya sikit boleh?" Tanya Ryena kepada Jimin yang sedang bermain dengan rambutnya.
"Nae?"
"Awak rasa hubungan kita akan kekal lama ke?" Tanya Ryena. Jimin terhenti perbuatannya.
"Wae? Ada kekurangan ke layanan saya? Awak tak selesa ke?" Tanya Jimin.
"Taklah. Awak dah cukup baik. Cuma, saya jeles sikitlah tengok perempuan-perempuan kat sekolah ni asyik selfie dengan awak je. Sedangkan banyak lagi geng awak. Kenapa awak jugak yang kena?" Tanya Ryena berbaur cemburu.
Jimin ketawa kecil. Oh. Jeles.
"Takde apa yang perlu dicemburukan. Awak pun tahu kan layanan saya dengan dorang dan layanan saya kat awak lain?"
"Yea. But..."
"Syhhh.. Jangan fikirkan sangat. Baik awak tidur je." Kata Jimin sambil mengusap lembut pipi Ryena. Alahai. Sayangnya dia kepada gadis ini.
"Janganlah pandang lama-lama. Malulah." Kata Ryena yang mula blushing.
"Kenapa lak tak boleh? Awakkan pengarang jantung intan payung saya."
"Yelah. Yelah. Bahu awak ni keraskan? Nak landing pun susah."
"Aik? Keras? Kalau macam tu, baring kat peha saya je. Lembut. Selesa."
"Taknaklah. Jom pergi kantin. Laparlah." Ajak Ryena.
"Allright. Jom."
Jimin dan Ryena berpimpin tangan. Sepasang pasangan yang bahagia.
___
YOU ARE READING
[ByunBoy]Byuntae Plus Playboy Namja Ever
RandomDunno how to start it.. its a Malay fanfic.