Kerana Aku Lelaki

172 3 0
                                    

Kau ni lelaki..
Kenapa sikit-sikit nak terasa?
Kau lelaki..
Ni kenapa ni merajuk?
Kau lelaki..
Siapa nak pujuk?

Kau lelaki, kau tak layak dirindui!
Kau lelaki, kenapa hati tisu?
Kau lelaki, bukan perempuan untuk dipujuk!
Kau lelaki, dah jangan jadi budak-budak!

Ya, aku lelaki..
Tapi jangan kau lupa, aku juga punya perasaan.
Hati aku bukan hati batu, bukan jua hati kayu.

Aku lelaki, jadi sebab itu aku harus jadi bisu?
Mendiamkan diri andai terasa, tak layak untuk berkata.
Begitu?

Mungkin benar,
Aku lelaki hati tisu.
Mudah terkoyak,
Walau hanya dengan kata-kata.

Aku tak minta banyak, cuma fahami aku..
Sayup luahan hati aku meminta, hargailah aku sebagai manusia..
Bukan tunggul kayu.

Mungkin betul..
Aku tak layak dipujuk.
Mungkin benar..
Aku tak layak hidup.

Biarkan aku, aku sudah terbiasa.
Malah terlalu terbiasa..
Hingga aku malas berbahasa menyatakan aku terasa.

Maaf, aku dah sedar.
Aku tak layak, tak layak untuk berkata-kata.

Aku mohon maaf andai aku banyak terasa.
Maaf andai aku meluatkan sesiapa..
Aku manusia biasa.

Aku undur diri, membawa diri aku.
Aku janji, tak kan aku ulangi.
Terima kasih..

(Buku Puisi) Dengarkanlah Saya Sekali SahajaWhere stories live. Discover now