Mimpi Realiti

13 0 0
                                    

Mungkin benar,
Mimpi hanyalah sekadar angan,
Lahirnya dari minda bawah sedar,
Mungkin kerana itu lah ia kadang-kala di luar realiti,
Namun andai kata aku bodoh kerana mahu bermimpi,
Biarkan sahaja aku sendiri,
Sekurangnya bisa juga aku tersenyum,
Di kala realiti dunia ini menyakiti.

Mungkin benar silapku,
Kufikir mimpi boleh dikongsi,
Namun hakikatnya ia baik disimpan rapi,
Baik aku diam-diam saja,
Sekurangnya tiada ruang untuk mimpi ini diadili oleh para realiti.

Selepas ini biarkan aku sahaja,
Aku mahu terus dalam dunia yang aku cipta,
Selepas ini aku akan ikat rapi-rapi rahsiaku,
Biar aku simpan hingga mati sahaja sendiri,
Aku tidak mahu campur-aduk soal mimpi dengan realiti lagi,
Kerana hakikat sebenar mimpiku tidak akan pernah jadi nyata.

(Buku Puisi) Dengarkanlah Saya Sekali SahajaWhere stories live. Discover now