Jaehyrin turun ke bawah selepas sahaja selesai mandi. Dia menuju ke dapur. Tiada orang di dapur. Malahan di ruang tamu pun kosong.
" Mana pula hyung² aku ni? " Soal Jaehyrin kecil sambil mengaru² kepalanya. Dia menuju ke peti ais dan matanya tertancap satu nota yang melekat di pintu peti ais tersebut. Jaehyrin mencabut nota itu dan membacanya.
" Saeng! Kitaorang pergi keluar kejap. Ada hal. Ehrh.. kalau nak makan, ada hyung masakkan untuk saeng tu. Sepenuh hati dan jiwa tau hyung masakkan. Ahaha. Jaga rumah dan diri ehh.. mungkin kitaorang balik lewat sikit. Pukul 12 kami pulang. Ehee.. ok jangan buat hal pula.. kalau tak, tau la hyung buat dekat saeng nanti.. muahahhaha.. - Ken & Hongbin - "
Jaehyrin tergelak bila membacanya dan direnyuknya nota tu.
" Jangan buat hal? Macam menarik je ayat tu.. eheehe.. "
***
Ken menunggu di luar airport. Ken menyilangkan tangannya. Matanya meliar mencari kelibat seseorang. Hongbin pula pergi beli air dan makanan untuk mengalas perut.
" Mana pula budak tu? Masih kat atas awan ke apa? Aigooo.. " Rungut Ken sendirian. Dia bersandar di pintu kereta .. Dia menunggu dengan kesabaran. Tiba² kelihatan Hongbin berjalan kearahnya sambil membawa plastik makanan.
" Weii.. Dia belum sampai ke? " Soal Hongbin . Ken mengeleng dan tangannya terus menyambar plastik yang berada ditangan Hongbin. Ken membuka air botol coca-cola dan terus meminumnya. Hongbin hanya memandang tanpa berkelip.
" Kau ni, kenapa? Heihh.. nanti kau tersedak. " Tegur Hongbin. Ken hanya tersengih. Habis air botol tu oleh dia. One shot XD
" Errrrgghhh.. " Ken bersedawa. Hongbin menjeling Ken.
" Tak senonoh kau ni! Tempat awam ni, bro.. " Tegur Hongbin lagi. Ken tersengih macam kerang busuk.
" Hey, Ken.. Hongbin.." Sapa seseorang. Ken dan Hongbin serentak menoleh. Senyuman gembira terukir dibibir mereka berdua.
***
Jaehyrin mengambil keropok Twisties perisa BBQ dan membawanya ke depan tv. Dia duduk didepan tv dan membuka siaran. Siaran kartun Naruto terpampang(?). Nak kenakan Ken dan Hongbin sebenarnya, tapi tiada bahan²nya. Tikus mainan dia tertinggal kat kampung dia. Ok back to story.
" Serang lagi!! Serang dia lagi, naruto!! Yahhh!! " Jaehyrin terjerit² memberi sokongan apabila part naruto melawan musuh. Sampaikan keropok yang digengamnya tadi, hancur di tangan.
Selepas beberapa minit, tiba² kedengaran bunyi pintu diketuk...
TOK! TOK! TOK!
Jaehyrin berdecit dan bangun kearah pintu. Dibuka pintu itu dan ada seorang lelaki dihadapannya sambil tersenyum.
" Annyeong ~ " Kata lelaki itu sambil melambaikan tangannya. Jaehyrin memandang lelaki itu curiga. Dia mula mengenggam penumbuknya.
" Nuguseyo? " Soal Jaehyrin tegang. Lelaki itu tergelak kecil dan memandang Jaehyrin. Ehh², dia ni.. boleh pula gelak. Desiss hati Jaehyrin.
" Jangan dia ni pencuri? Tak boleh jadi ni.. " Desiis hati Jaehyrin lagi. Dia mula membuka langkah. Buku limanya digenggam kuat. Lelaki didepannya mulai cuak.
" Kenapa ni, ? " Soal lelaki itu. Jaehyrin mendengus dan....
" hiyarrrrggghhhhh!!! Ambil kau!! "
***
Ken dan Hongbin yang tadinya menolak kereta ke dalam perkarangan rumah terdengar bunyi bising didalam rumah itu. Sebenarnya, tadi kereta Ken kehabisan minyak. Kering. Tak boleh berjalan. Terpaksa dia dan Hongbin menolak. Nasib tak jauh dari rumah mereka. Ken dan Hongbin terus ke arah rumah dan ternampak Jaehyrin sedang membelasah seseorang.
YOU ARE READING
[C] He Is A Vampire || m.y.g
FanfictionCast: ★ Lee Jaehyrin [ as you ] ★ Yoongi [ BTS ] ★Woozi [ SVT ] ★ BTS ★ Hongbin & Ken [ VIXX ] Mengisahkan seorang perempuan tomboy bertemu dengan seorang lelaki pelik berketurunan VAMPIRE? ! OMG! Lee Jaehyrin atau dikenali sebagai Jaehyrin tlah ber...