Part ni ada sedikit scene 18+ .. sikit jelah.. tk teruk.. ahaha.. okbye.. enjoy..
• WOOZI POV •
Kenapa aku marah dia tadi? Kenapa? Hanya disebabkan tak suka atau jealous? Aigoo.. pabo².. mesti dia merajuk dengan aku.. baik aku cari dia dan minta maaf..
• END POV •
Woozi sebenarnya sudah sampai ke rumah. Cepat betul berjalan. Ahhaa.. Woozi sudah bersiap untuk cari Jaehyrin, dah pukul 5 dia belum balik² sejak tadi. Ntah kemana budak tu. Risau juga sebab Jaehyrin tu perempuan walaupun tomboy. Dia tetap perempuan. Selepas itu dia berlari kebawah. Kelihatan Ken sedang makan keropok sambil tengok TV. Dia menoleh kebelakang dan nampak Woozi seperti keadaan tergesa².
" Kau nak kemana? " soal Ken sambil memandang Woozi.
" Aku nak cari Jaehyrin.. " jawab Woozi ringkas. Lantas dia membuka pintu dan tiba² sahaja Jaehyrin ada didepan pintu. Dipandangnya Woozi dengan marah. Woozi memandang Jaehyrin. Ada sedikit luka ditepi bibirnya dan tangannya turut luka juga. Macam bekas bertumbuk je. Dibelakangnya ada seseorang yang Woozi kenal. Woozi merenung tajam kearahnya. Dia mengendahkan sahaja orang tersebut dan memandang Jaehyrin.
" Jaehyrin-ah.. Neo wae? Seolma.. takkan kau gaduh? " soal Woozi sambil memegang bahu Jaehyrin. Jaehyrin terus menepis dan masuk kedalam rumah tanpa memedulikan Woozi.
" Yah.. Jaehyrin! " panggil Woozi lalu dikejarnya Jaehyrin. Ken disitu hanya memandang Woozi mengejar Jaehyrin. Nak ditegurnya tapi takut Jaehyrin tempiaskan kemarahannya. Baik sahaja Ken mendiamkan diri. Dia juga perasan dengan luka dibibir Jaehyrin.
- Bilik Jaehyrin -
Jaehyrin masuk dan menghempaskan pintu biliknya. Dia terus masuk kedalam bilik air. Dia berdiri diatas shower(?) dan ditekan button on. Air terus memancut ke atas badannya. Dibiarkan sahaja bajunya basah dengan air yang memancut ke atasnya. Darah ditangannya dan dimuka turut mengalir jatuh ke bawah dan masuk kedalam saluran air.
" Errghhh.. " Jaehyrin mengluh panjang dan teringat kejadian tadi. Tidak disangkanya, perangai dulu datang semula.
| FLASHBACK |
Jaehyrin berjalan di lorong seorang diri. Jarang orang melalui kawasan lorong itu. Jaehyrin menyepak² batu kecil disitu. Tiba² ada seseorang melanggarnya. Berlaga bahu je. Jaehyrin memandang orang itu dan kelihatan lelaki tua yang sedang mabuk. Nak juga Jaehyrin lepaskan penumbuk, dahla orang tengah badmood. Ada lagi sengaja berlaga bahu bagai. Jaehyrin meminta maaf dan cuba pergi dari situ tetapi gagal kerana lelaki mabuk itu menarik tangannya.
" Nak kemana? Kau ni mesti perempuan .. kan... tengok muka... ni dah... cantik.. hmm.. jom... ikut oppa... " kata lelaki itu yang sudah teruk mabuknya. Dibelai² wajah Jaehyrin. Dengan kasar, Jaehyrin menepis dan menolak lelaki itu.
" Woi! Kau ni gila ke apa? ! Dah la berbau ! Ergghh.. jangan sampai aku belasah kau dekat sini.. naya kau oleh aku!!. " ugut Jaehyrin dan cuba berlalu dari situ. Tapi lelaki itu mula bertindak. Ditariknya Jaehyrin dan menghempaskan didinding.
" Kau ... jangan nak... jual... mahal... pula... muka kau cantik.. bibir kau merah... aku... suka... " lelaki itu cuba ingin mengucup bibir Jaehyrin tetapi dihalang Jaehyrin. Jaehyrin sedaya upaya nak menolak lelaki itu tapi lelaki itu tidak mahu mengalah. Lelaki itu mula bertindak liar. Direntapnya baju kot Jaehyrin sampai terkoyak sedikit.
" Apa kau nak buat ni hah orang tua!! ? " marah Jaehyrin dan menolak lelaki itu sekuat²nya. Dia menarik kotnya dari jatuh.
" Heishh.. perempuan ni.. " lelaki itu menghampiri Jaehyrin dan ditampar pipi mulus Jaehyrin sampai bibirnya berdarah. Dan lelaki itu cuba merentap baju Jaehyrin lagi sehingga baju coat Jaehyrin terbuka. Tinggal baju kemeja sekolah sahaja lagi. Lelaki itu ingin bertindak mengoyakkan baju Jaehyrin pula. Apabila tangan lelaki itu hampir dikemeja baju Jaehyrin, Jaehyrin terlebih dahulu menahan.
" Jeball.. hajima.. " rayu Jaehyrin. Dia tak nak ' disentuh ' oleh lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum senget. Dia sudah mula menarik baju kemeja Jaehyrin dan tiba² ada seseorang menghalang. Ditariknya lelaki itu jauh dari Jaehyrin dan lelaki itu terhempas kuat ke dinding.
" Kau ok? " soal lelalki itu. Jaehyrin memandang lelaki itu.
" Yoongi.. " kata Jaehyrin terkejut.
Jaehyrin membetulkan baju kemejanya yang sudah tersenget. Lelaki yang tadi itu bangun dan menghampiri mereka berdua.
" Yah.. kau... siapa? Jangan kacau kami... eeeghh.. " kata lelaki itu sambil badannya terhuyung - hayang. Yoongi ditolak jauh.
" Kau... milik aku.. " kata lelaki itu sambil tersenyum senget. Jaehyrin tersenyum senget juga dan BUKK! Muka lelaki itu ditumbuk oleh Jaehyrin. Tepat² mengenai hidung lelaki itu. Lelaki itu mengaduh kesakitan sambil memegang hidungnya yang agak perit(?) .
" Berani kau tumbuk... aku!! Yahh!! " marah lelaki itu dan menampar lagi pipi mulus Jaehyrin lebih kuat daripada yang tadi. Pipi Jaehyrin terus ada bekas merah. Jaehyrin memegang pipinya yang sudah kemerahan betul. Sakit, tapi bukan sakit dipipi.. Hatinya sakit dan panas.. Kemarahannya mula mendidih².
Yoongi agak terkejut dengan tindakan lelaki tersebut. Terus dengan cepat, diterkamnya lelaki itu. Dihempas kuat badan lelaki itu dan matanya mula bertukar merah. Dia betul² marah kerana lelaki itu berani menampar insan yang bernama perempuan. Paling pantang kalau Yoongi nampak lelaki tampar perempuan. Panas hatinya. Terutama perempuan itu kawannya. Lagilah hati nya panas. Dibelasahnya lelaki itu oleh Yoongi. Hampir berlumuran darah mulut akibat ditumbuk oleh Yoongi.
" Yoongi! Stop! " arah Jaehyrin sambil menarik Yoongi. Nafas Yoongi turun naik. Jaehyrin memegang kedua² pipi Yoongi dan memandang anak mata Yoongi. Jaehyrin sedikit terkejut dengan perubahan mata Yoongi. Tapi dibiarkan sahaja. Serta merta anak mata Yoongi tertukar kepada warna asal.
" Sabar.. biar aku yang uruskan.. " kata Jaehyrin dan melepaskan tangannya dari pipi Yoongi. Lelaki itu sudah terduduk akibat puas ditumbuk.
Jaehyrin menghampiri lelaki itu dan terus menyambar kolar leher lealki itu dan dihempas lagi didinding. Kuat juga Jaehyrin ni XD
" Kau.. hmm.. kau nak tahu tak? Seumur hidup aku, dari aku kecil sampai besar, takde seorang pun pernah tampar muka aku..! Mak bapa aku tak pernah tampar aku!! Tak pernah sekali!! Kau.. ughhh.. 2 kali.. aku ulang 2 KALI!!! Kau tampar pipi aku... sedap² je kan kau tampar aku? Tch. . Dan kau cuba nak buat apa tadi hah? Nak cuba rogol aku? Dasar lelaki biadap nak mampus!! " kata Jaehyrin dengan kemarahan yang sudah meluap². Nak juga dia tumbuk muka lelaki itu sampai hancur, biar puas hatinya. Lelaki itu masih lagi boleh tersenyum.
" Ada... aku kisah ke? " kata lelaki itu membuat Jaehyrin hilang sabar. Lantas.... BUK!! Jaehyrin menumbuk muka lelaki itu. Ditumbuk berkali² sehingga lelaki itu lemah. Jaehyrin masih belum puas, dia mencari² sesuatu. Tiba² dia ternampak beberapa kayu disitu dan dengan pantas, Jaehyrin mengambil kayu itu lalu dipukulnya lelaki itu. Lelaki itu menjerit kesakitan akibat pukulan Jaehyrin yang kuat. Dipukul dibadan. Di kepala. Darah banyak mengalir didahinya. Sehingga darah tersebut terpancut kemuka Jaehyrin. Jaehyrin tidak memeduli tentang itu, yang penting dia ingin pukul lelaki itu sampai puas.
" Dah la tu, Jaehyrin.. st... " kata² Yoongi terhenti. Matanya tertancap kearah lelaki itu. Darah banyak mengalir dari lelaki itu. Matanya mula bertukar warna ungu.
" Aghhh.. andwaee.. jeball.. " Yoongi mengelengkan kepalanya dan memusingkan badannya ke belakang dari tengok lelaki yang sudah berlumuran darah. Jaehyrin berhenti dan memandang lelaki yang sudah tidak sedarkan diri. Dahinya banyak darah mengalir.
" Apa aku dah buat ? " Jaehyrin bagaikan sudah tersedar dari lamunan. Kayunya dipegangnya terjatuh. Tangannya terketar². Dia terundur setapak dari lelaki yang sudah tidak sedarkan diri. Lantas Jaehyrin mengambil begnya dan baju coatnya lantas lari dari situ. Yoongi pula tersedar Jaehyrin lari lantas mengejar Jaehyrin. Lelaki itu dibiarkan sahaja disitu.
| END FLASHBACK |
Jaehyrin terus terduduk diatas lantai tandas. Dia memeluk lututnya dan dagunya diatas lututnya. Dia memandang air yang deras mengalir ke saluran air itu dengan pandangan kosong. Tidak semena² air matanya turun.
" Aku dah bunuh orang.. " kata Jaehyrin dalam tangisan. Tiba² ada seseorang memeluknya dari tepi. Orang itu turut basah bersama Jaehyrin.
" Mianhae.. "
- TBC -
YOU ARE READING
[C] He Is A Vampire || m.y.g
Fiksi PenggemarCast: ★ Lee Jaehyrin [ as you ] ★ Yoongi [ BTS ] ★Woozi [ SVT ] ★ BTS ★ Hongbin & Ken [ VIXX ] Mengisahkan seorang perempuan tomboy bertemu dengan seorang lelaki pelik berketurunan VAMPIRE? ! OMG! Lee Jaehyrin atau dikenali sebagai Jaehyrin tlah ber...