•• YOONGI POV ••
Aku keluar dari kelas untuk menuju ke tandas. Aku keluar macam tu je. Tak bagi tahu ketua kelas. Hahah biadap kan? Elehh, ketua kelas dia tu fren aku juga.. Rap Monster bro.. ketua kelas.. tapi hmmpphh.. tak boleh diharap.. tch.. aku berjalan² ke arah tandas. Masa aku keluar tadi, ramai tengok aku, bisik² .. pastu ada yang nak ketawa.. apasal ? Tch.. peduli la..
Semasa aku berjalan menuju ke tandas, tiba² kedengaran ada budak perempuan menjerit dari tandas perempuan then berlari keluar. Aku hanya memandang hairan dengan mereka berdua. Apasal dorang tu? Nampak hantu ke apa? Heihhh.. mlas la nak ambil tahu.. aku terus pusing kedepan then aku nampak seseorang keluar dari tandas tu. Uniform dia uniform pelajar lelaki. What!!? Pelajar lelaki.!? Tch..patutlah bebudak dua orang tadi menjerit.. ada budak lelaki masuk tandas perempuan rupanya. Tch.. nak disaman ni.. nanti kau..
Sedang aku berjalan, tiba² ada habuk masuk mata aku.. heihh.. dari mana pula habuk ni datang?! Kacau! Aku mengosok mata aku yang gatal. Tiba².... BUK! Aku terasa aku langgar seseorang. Aku buka je mata aku yang masih pedih tu tapi tak sepenuhnya.
" Mianhae.. " Kataku dengan lembut dan memandang orag yang aku dan ternampak budak tu mendengus then memandang tajam kearah aku. Aku tergamam lagi. Bau ni.. aku mengamati bau ni. Kuat sangat..
Mata aku terbuntang .. Darah? Bau darah? Aku tak salah hidu kan? Ini bau darah!! Aku merenung dia lama.. Nafsu mula menguasai diri aku. Aku tak boleh tahan.. Jeball, aku tak nak.. jebal... aku tak nak!! Nak juga aku menangis dekat sini, tapi tak gentle pula.. heishhh.. aku memandang dia dengan tajam dan mata aku menuruni ke leher putihnya. Bersih. Aku perlahan² menghampirinya. Mataku masih merenung leher putihnya. Aku tak mampu menahan lagi.. aku nak meminum darahnya.. Pandanganku mula bertukar warna ungu. Darah sangat berbau kuat dan manis.. aku nak.. minumnya..
Kini aku betul² dihadapannya.
" Neo wae? " Aku tidak memedulikan kata²nya. Aku mula menuruni ke lehernya. Aura nafsu semakin kuat menguasai diriku. Semakin lama, semakin dekat bibirku dilehernya. Dan.....
| END POV |
KRING!!
Yoongi terus tersedar dan terus menjauhkan wajahnya dari leheer Jaehyrin. Jaehyrin pula seakan terkaku. Dipandang Yoongi yang sudah mulai gelabah.
" Mianhae!! Jeongmal mianhae.. ! S-saya... tak sengaja... tolong anggap kejadian tadi tidak berlaku. " Kata Yoongi sambil tunduk . Jaehyrin merenung Yoongi dan menghampiri nya. Jeball.. jangan dekat aku. Desis hati Yoongi apabila Jaehyrin mula mendekatinya. Tiba² tangan Jaehyrin menyentuh dahi Yoongi dan mengambil sesuatu dari dahi Yoongi.
" Ada nota di dahi kau. Nah.. jangan ingat aku nak belasah kau pula. " Kata Jaehyrin selamba dan memberi nota yang berwarna biru itu kepada Yoongi. Yoongi terdiam. Jaehyrin tergelak kecil dan meninggalkan Yoongi disitu. Yoongi membaca isi nota itu.
' Saya orang gila yang suka tidur. '
Yoongi berdecit dan mengeluh kecil. Dia tahu siapa yang letak.
" Buat malu aku je. Patutlah dorang kat dalam kelas tadi macam tengok² aku, sampai yang nak tergelak ada.. heishhh.. Namjoon-ah.. nanti kau, aku patah²kan tulang kau then bagi anjing makan. ! " Kata Yoongi dengan geram. Matanya sudah berapi. Giginya tumbuh taring. XD nota ditangannya digenggam kuat.
" Baik aku basuh muka dulu. ." Kata Yoongi dan berjalan menuju ketandas lelaki. Tiba² dia terpijak sesuatu.
" Eo? " Yoongi mengangkat kakinya. Dia tunduk(?) ke bawah untuk mengambil benda itu. Yoongi memegang benda itu sambil membelek²nya.
" Loket? Wahh.. cantik.. mesti budak lelaki tadi yang punya ni.. tercicir la tu.. nasib aku jumpa.. simpan².. " Kata Yoongi dan memasukkan kedalam poket seluarnya.
YOU ARE READING
[C] He Is A Vampire || m.y.g
FanfictionCast: ★ Lee Jaehyrin [ as you ] ★ Yoongi [ BTS ] ★Woozi [ SVT ] ★ BTS ★ Hongbin & Ken [ VIXX ] Mengisahkan seorang perempuan tomboy bertemu dengan seorang lelaki pelik berketurunan VAMPIRE? ! OMG! Lee Jaehyrin atau dikenali sebagai Jaehyrin tlah ber...