Selepas mendaftar, Woozi dan Jaehyrin mengikut Mr. Jang ke kelas. Ken dan Hongbin sudah kembali ke kelas. Semasa Jaehyrin dan Woozi berjalan, mereka berselisihan(?) dengan seseorang. Woozi memandang orang itu dengan senyuman sinis. Orang itu mengamati wajah Woozi seketika dan orang itu berhenti sekejap. Woozi sudah jauh darinya.
" Bukankah dia.... Lee Ji Hoon? "
***
" Hari ni kita ada dua orang pelajar baru. Harap kamu semua boleh terima mereka di kelas ni dan tidak menimbulkan masalah. "
Kata mr. Jang serius. Pelajar didalam kelas itu hanya angguk tanda memahami. Mr. Jang memandang kearah pintu.
" Silakan masuk. " Jaehyrin dan Woozi masuk dengan selamba. Mereka berdiri dihadapan semua pelajar² yang asing bagi mereka berdua.
" Perkenalkan diri kamu berdua. " Arah Mr. Jang.
" Lee Jaehyrin imnida. " Sangat ringkas. Jaehyrin malas nak intro panjang². Penat mulut je.
" Ai? Ringkas nya.. tak bagitahu kamu dari mana? Busan? Daegu? " Soal Mr. Jang. Jaehyrin merenung Mr. Jang. Satu keluhan dihembus perlahan.
" Perlu ke? " Soal Jaehyrin dengan tenang. Melawan nampak. Mr. Jang memandang Jaehyrin.
" Tak perlu kalau tak nak.. ok, kamu.. " Mr. Jang terpaksa mengalah. Jaehyrin smirk. Kalah kau.. desis hati Jaehyrin.
" Lee Ji Hoon imnida.. panggil Woozi.. " Kata Woozi dengan senyuman manis dilemparkan. Tidak seperti Jaehyrin, buat muka malas.
• SKIP • ( mlas nk buat pjg² )
Woozi dan Jaehyrin duduk di belakang sekali berdekatan tingkap. Jaehyrin sebelah kiri. Woozi sebelah kanan. Masa rehat, Jaehyrin keluar dari kelas. Woozi mengikutnya dari belakang.
" Yah! Jaehyrin ahh! Tunggu la.. " Panggil Woozi. Jaehyrin memaling ke belakang.
" Cepatlah! Aigoo.. aku tengah lapar gila ni.. jangan sampai aku makan kau hidup² dekat sini. " Ugut Jaehyrin sambil memasukkan tangan ke poketnya. Woozi tersengih².
" Sorey, bro.. jangan la makan aku.. nanti siapa kau nak buli lepas ni? dah la jom.. " Woozi merangkul bahu Jaehyrin mesra. Jaehyrin hanya mengikut. Tanpa disedarinya, ada seseorang memerhati Jaehyrin dari jauh.
***
Jungkook menghampiri Yoongi yang sedang termenung. Mereka berdua berada diatas bangunan tingkat 3. Memang tempat itu ahli BTS selalu lepak. Jhope, Jimin, Jin dan Rapmon pergi ke kantin beli makanan.
" Hyung... nah.. " Jungkook memberi sekotak air. Yoongi mengambil air itu dan diminumnya. Jungkook membuka rotinya dan mengigit secebis. Dikunyah² sampai lumat dan ditelan.
" Hyung.. kenapa hyung asyik diam je? " Soal Jungkook memecahkan kesunyian. Yoongi memandang Jungkook yang disebelahnya.
" Saja.. kenapa ? Tak boleh? " jawab Yoongi.
" Aniya.. maksud kookie, hyung selalu tak macam ni.. kenapa? Ada sesuatu berlaku ke? Kongsilah.. mana tau Kookie boleh tolong ke.. " Jungkook menawarkan diri. Yoongi memandang Jungkook lagi. Dan mengeluh kecil.
" Hyung rasa nak minum darah manusia lagi.. " Kata² Yoongi membuat Jungkook terkejut. Jungkook menolak bahu Yoongi perlahan.
" Hyung gila ke? Kan kita dah janji tak minum lagi.. darah haiwan pun cukup la.. Ini kan darah manusia? Hyung jangan main². Habis identiti kita terbongkar.. " Kata Jungkook. Yoongi tergelak dengan kecuakkan Jungkook.
" Ntahlah.. bukan hyung nak.. tapi nafsu hyung yang nak.. nafsu nak minum darah manusia.. sebab tadi.. hyung terlanggar seseorang.. entahlah.. bila hyung terlanggar dia tadi kan, bau darah dia kuat.. pastu macam manis.. memang manis... Sikit lagi hyung nak gigit dia, tapi hyung dapat kawal.. lagipun masa tu ramai orang.. " Cerita Yoongi. Jungkook mengamati cerita Yoongi.
YOU ARE READING
[C] He Is A Vampire || m.y.g
FanfictionCast: ★ Lee Jaehyrin [ as you ] ★ Yoongi [ BTS ] ★Woozi [ SVT ] ★ BTS ★ Hongbin & Ken [ VIXX ] Mengisahkan seorang perempuan tomboy bertemu dengan seorang lelaki pelik berketurunan VAMPIRE? ! OMG! Lee Jaehyrin atau dikenali sebagai Jaehyrin tlah ber...