03

3.4K 362 133
                                    

Semua penghuni rumah Bangtan berkumpul di ruang tamu apabila diarah kan oleh jungkook dan dibantu oleh v. Kerana suga sangat liat untuk menghadiri perjumpaan itu. Disebabkan dia sedang tidur memaksakan jungkook dan v mengangkat suga untuk dibawa turun ke ruang tamu.

"Ok semua dah ada." Kata jungkook. Dia duduk di sofa yang tengah dan dkelilingi oleh mereka yang lain.

"Kau nak cakap apa?"

"Besar sangat ke perbincangan kita ni. Macam tender yang aku dapat juta2 tak?"

"Boleh cepat sikit tak."

"Krohhhh~"

"Macam ni semua. Ermm v bawa dia turun." Arah jungkook pada v. V mengangguk lalu berlari ketingkat atas mahu mengambil si dia.

"Dia? "

"Sapa dia tu? Gf kau ke?"

"Cantik tak? Macam resort yang aku beli tu tak?"

"Krohhhhh~"

"Bertenang semua." Jungkook mengangkat kedua tangannya mahu menyabar kan 5 manusia yang seakan tidak sabar pula.

Tiba2 terdengar suara bayi dari tingkat atas. Dan serentak itu v menjerit.

"Jungkook. Dia mengeluarkan najis (ayat sopan)!! Ottokae!!!" Jerit v sehingga mengejutkan suga. Segar matanya.

"Wae? Wae?" Soal suga. Dan dia pelik kenapa tiba2 dia berada di ruang tamu, bukan tadi punya sedap dia landing berlapikkan tilam empuk berbantalkan bantal yang gebu. Alih2 dekat peha rapmon.

"Apasal tu? Berak? Sape berak?" Soal jin kehairanan.

"Woi, v berak basuh sendiri la. Itu pun nak jerit bagitahu satu dunia ke?" Pekik jimin pula disebelah telinga jhope.

Jhope yang rasa tahi telingannya mencair mendengar pekikkan jimin menolak kasar kepala jimin jauh dari telingannya. Dia mengosok telingannya.

"Woi, jimin kalau cair tahi telinga aku ni kau cuci." Jhope memandang jimin yang sudah tersengih.

"Sorry hyung." Jimin yang tergolek dibawah lantai menggosok punggungnya.

Jungkook pula sudah hilang dari pandangan mereka.. sesaat kemudian v berlari turun dan membuka pintu utama dengan kasar dan memboloskan dirinya keluar dari rumah.

Mereka memandang sesama sendiri. Selepas dirasakan suasana sudah tenang suga menyandarkan kepalanya disofa dan dilentokkan kembali menyambung tidurnya.

"Aku nak buat air ni. Nak air apa?" Soal jin dan bangkit dari duduknya.

"Hot chocolate."

"Coffee."

"Green tea."

Jin memandang setiap muka yang tersenyum sumbing. Kalau boleh nak di blend muka sorang2 dijadikan 'bingsu'.

"Kau ingat aku bukak kedai." Jin sudah bercekak pinggang.

"Tadi bukan kau tanya nak minum apa ke? Kitaorang order la." Jhope membuat high5 dengan jimin.

"Erghh, aku buat teh je. Baik untuk badan." Jin sudah meninggalkan mereka di ruang tamu. Kemudian jhope membuka television.

"BHAHAHAHAHA." Tiba2 jhope tergelak besar kerana melihat muka kwangsoo dikaca tv apabila kwangsoo disembur angin ke mulutnya. Jimin dan rapmon juga turut tergelak sama.

Tiba2 pintu dikuak oleh v. Dia berhenti dihadapan pintu sambil termengah mengah.

Rapmon menoleh memandang v yang menghampiri mereka berempat.

"Kau beli apa tu v." Tanya rapmon.

"Ha? Nanti la aku bagitau. Aku nak kena hantar benda ni cepat pada jungkook" V segera memanjat tangga dan menuju ke bilik jungkook.

"Nah." V menghulur kan barang yang disuruh jungkook. Jungkook kemudian mengambilnya dan dibelek belek benda tu. Dahinya berkerut.

"Betul ke kau beli ni?" Tanya jungkook. V sudah melabuhkan punggungnya di sebelah bayi itu dan bermain main dengan bayi itu.

"Aku rasa tak salah kot." V mengagah agah si kecil. Mengekek si kecil itu diagah oleh v. "Dia suka la. Tengok dia gelak comel je."

"Kau ni biar betul v. Kenapa ada wing pula, setahu aku Pampers bayi takde wing." Jungkook sempat membaca tulisan di paket itu.

"Kau ni. Bak sini aku tengok." V mengambil bungkusan itu ditangan jungkook. Dia juga membelek belek bungkusan itu. Dahinya juga berkerut dan tiba2 v tergelak. "Weh! Aku salah beli la. Ni bukan Pampers bayi, ini tuala wanita. Bhahahah! Patut ah cashier tu pandang aku pelik!!" V mencampak bungkusan itu dipintu dan tiba mendarat di muka jimin. Bungkusan itu jatuh dikaki jimin. Kerana tidak mengetahui apa2 jimin mengambil bungkusan itu dikakinya dan melihat bungkusan itu dengan jelas. Dahi jimin berkerut. Dia memandang dua manusia yang sedang tersengih sesama sendiri. Kakinya dihalakan pada katil jungkook. Dan tiba2.

"WOI! ANAK SAPA YANG KORANG BAWA BALIK NI!" Jerit jimin tiba2. V yang terperanjat menutup mulut jimin.

"Yah! Kau punya suara. Tau la boleh buat high note pun." Tangan v dipukul pukul jimin. Lalu v melepaskan mulut jimin yang ditutup sambil tangannya dilap pada baju jimin.

"V kau pergi rumah ahjumma sebelah minta pampers. Eh takpayah la v nanti kau minta benda yang bukan2 pula." Jungkook memandang kearah jimin pula. "Ah! Jimin tolong pergi boleh? Takpayah pikir pergi sekarang." Arah jungkook seperti mengarah orang bawahannya.

"Yelah aku pergi. Huh mengarah ngarah aku pula. Macam la dia bos. Huh!" Jimin keluar dari bilik jungkook sambil mulutnya berceloteh.

Di ruang tamu rapmon, jin, jhope dan suga yang sudah sedar sepenuhnya kerana menerima tamparan maut pada punggungnya oleh tangan yang berkuasa seperti omma iaitu jin sedang mengadakan sesi perbualan antara orang2 dewasa atau dikenali sebagai orang2 berusia atau lebih tepat orang2 tua.

"Kau cuti berapa lama pula kali ni?" Soal jin kepada suga sambil menghirup teh panas kegemarannya yang dibawanya dari kampung yang ditanam dengan hasil titik peluh omma jin.

"Ermm lagi dua hari aku berangkat la." Balas suga. Dia menggosok kelopak mata yang terasa gatal pula.

"Lepas ni pergi mana plak?" Soal jhope pula. Pekerjaan suga memang menarik kerana dapat melawat negara orang sambil bekerja.

"Ermm, entah. Aku tak tengok schedule lagi." Suga memeluk tubuh.

Tiba2 jimin turun dari tingkat atas. Mereka berempat memandang jimin yang sedang membebel. Dia melangkah ke pintu dan keluar dari rumah. Beberapa minit kemudian jimin masuk semula. Ditangannya terdapat sesuatu yang tidak dipastikan oleh mereka. Sambil membebel tanpa mempedulikan yang lain jimin meniti anak tangga.

"Ada ke dia ingat aku yang nak pakai. Agak2 la. Eiii nasib la anak dia cantik. Heheh dapat gak aku tengok muka dia. Hihi." Jimin tergelak kecil sambil menutup mukanya menggunakan pampers itu. Sampai sahaja di bilik jungkook kedengaran bayi itu sedang melalak. Jungkook dan v sedang berusaha mahu memujuk bayi itu.

"Kau pergi mana jimin. Lambat sangat." Soal jungkook apabila jimin muncul dibiliknya.

"Aku cari natang ni la tadi. Ada ke ahjumaa tu buat lawak kata aku yang nak pakai. Agak2 la." Jimin mencampak pampers itu lalu ditangkap oleh jungkook. Malas mahu membalas kata2 jimin, jungkook segera menyiapkan si kecil yang sudah kesejukkan. Nasib la jungkook tahu memakaikan natang tu kalau tidak agak nya dibawa pula ahjumma sebelah rumah tu ke rumah mereka.

V dan jimin pula tergamam kerana jungkook berjaya memakai kan pampers pada si kecil dengan kemas sekali. Lalu mereka bertepuk tangan. Jungkook menunjukkan riak bangga sambil jari membuat bentuk 7 dan diletaknya dibawah dagu.

"Jom kita kenal kan dia pada orang2 tua dekat bawah tu." Kata jungkook seraya mengendong si kecil yang galak ketawa.

TBC~

 Our Little Angel Where stories live. Discover now