Jin melirik pada kereta honda milik jungkook elok tersadai di bawah parking. Hatinya terdetik 'tidak kerjakah jungkook hari ini' jin menggaru kepala gatal akibat sudah seminggu tidak menshampoo rambutnya. Hari ni bakal dishampoo dengan shampoo yang tidak memedihkan mata yang baru dibelinya tempoh hari. Lalu jin melangkah kearah pintu lalu loceng ditekan. Beberapa kali jugalah jarinya yang cantik itu menekan lonceng tetapi manusia yang didalam ini tidak langsung membuka pintu untuknya. Kemudian jin mengetuk pula pintu. Masih tiada jawapan. Kemanakah si budak jungkook ini sudah pergi. Apa telinga disumbat dengan botol susu myungsoo kah.
Selepas beberapa minit jin menunggu akhirnya pintu dibuka. Terjengul kepala myungsoo didalam dukungan jungkook. Penat semua penat lelahnya melihat senyuman myungsoo yang semakin hari semakin menjadi kesayangannya selepas patung mario yang telah menjadi koleksi sejak kecil. Lalu jin menghulur tangan untuk mengambil myungsoo dari jungkook. Selepas pintu ditutup semula jin melabuhkan punggung disofa. Jungkook juga melakukan perkara yang sama.
"Kau tak kerja hari ni kookie?" Soal jin tanpa memandang kookie disebelahnya.
"Kerja, tapi kookie tak sedap hati tinggalkan myungsoo kat rumah ahjumma tu."
"Kenapa pula? Ahjumma tu kan sudah biasa menjaga anak² dia dulu. Tengok sekarang kau terpaksa kerja separuh hari. Kan myungsoo kan~" jin membaringkan myungsoo diatas pehanya, kedua dua tangan diletakkan dibawah kepala myungsoo dan mengangkatnya menggunakan tapak tangan yang dibawah kepala dan menurunkan nya semula(pandai² ah korang imagine macam mana).
"Hyung tau bila kookie datang je rumah ahjumma. Kookie dengar ahjumma tu menjerit. Apalagi kookie rempuh terus ah rumah dia." Jungkook membuat aksi bagaimana dia merempuh pintu bercorak rumah ahjumma itu.
"Apa yang kau nampak?"
"Myungsoo duduk atas muka ahjumma tu HAHAHAHAH." Jungkook tergelak bila dia teringat kan tentang kejadian siang tadi. Ahjumma tu sedang tidur tiba² myungsoo duduk pula diatas mukanya. Tangan pula terkapai kapai mencari udara.
"Mamamamam. Ommamamam" myungsoo menggigit ibu jarinya.
"Kookie kau tak bagi myungsoo makan ke?" Jin menarik jari myungsoo yang sedang dihisapnya. Tetapi myungsoo memasukkan semula jarinya kedalam mulut. Meleleh air liur nya.
"Kookie tak tahu nak buat susu macam mana. Tadi kookie try buat tapi susu tu tak larut" jungkook memandang wajah jin.
Jin mengeluh dan kepala digeleng.
"Kau guna air apa?"
"Air lah. Air sejuk dalam freezer tu."
Mendengarkan itu jin menepuk dahinya. Myungsoo pula sudah bertukar posisinya dari berbaring ke duduk menyandarkan tubuh jin.
"Kenapa hyung salah ke?" Jungkook menelengkan kepalanya memandang myungsoo.
"Salah lah. Memang susu tu tak larut lah kalau kau tunggu lagi 20 tahun pun" jin menyerahkan myungsoo semula pada jungkook. Lalu kakinya menghala ke dapur. Disitulah tempatnya melepak bila selesai habis waktu bekerja. Lengan baju disingsingkan agar mudah segala pergerakkannya. Hari ini moodnya sangat baik kerana dia telah menemui cinta. Tersenyum sahaja jin didapur sambil membuat susu untuk myungsoo.
Ok jom kita flashback macam mana jin menemui cinta. Siapakah wanita bertuah itu. Mari kita terjah kedalam lamunan tidak terhenti jin.
[Flashback]
Akibat terlampau kelam kabut jin telah melanggar seseorang dengan tidak sengaja. Terdengar orang itu mengaduh kesakitan. Pada mulanya jin hanya mahu meninggalkan sahaja kerana dia sudah terlambat. Tetapi disebabkan dia seorang yang baik hati jin menoleh kearah orang yang telah dilanggarnya secara kasar. Manusia itu terjatuh dan dia mengurut urut pergelangannya. Rambut nya yang panjanh menyukarkan jin mahu melihat wajah wanita itu.
"Miss are okay?" Jin menyoal wanita itu.
Kemudian wanita itu bangkit dan mengibas bajunya yang kotor akibat perlanggaran itu.
"Awak jalan pakai apa?!" Marah wanita itu dan menoleh memandang jin.
Jin tergamam. Mulutnya hilang kata². Bibirnya pula terketar ketar. Cantiknya wanita yang berada dihadapannya sekarang ini.
"Hello! I'm talking to you." Wanita itu memetik jari dihadapan muka jin.
Jin mula tersedar dari lamunan nya. Dia tersenyum memandang wanita yang masih tidak diketahui namanya itu.
"Err saya seok jin." Jin menghulur kan tangan tanda perkenalan.
Wanita itu memandang jin sambil berpeluk tubuh. Kening pula dinaikkan sedikit.
"Ohh, saya minta maaf. Memang salah saya. Awak ada cedera dimana mana?" Ucap jin tetapi tangan masih dihulur.
"Ermm saya Hyemi. Saya terima maaf awak" balas hyemi dan menyambut huluran salam jin.
Jin menggenggam erat tangan lembut itu seperti tidak mahu dilepaskan. Wanita itu mula menarik tangannya. Apabila jin mula tersedar dia melepaskan tangan itu.
"I got to go. See you next time." Hyemi meminta diri dan berlalu meninggalkan Jin yang sudah angau. Senyuman jin itu tidak lekang dari binirnya sehinggakan Nurse² tertanya tanya mengapakah doktor kacak mereka tersenyum manis begitu.
[End Flashback]
TBC~
YOU ARE READING
Our Little Angel
Random+kehidupan seorang budak menjalani hari-hari dengan 7 orang lelaki yang digelarnya appa. Cover book & Wattpad by CRUSHAO Hanya separuh di publish kerana akan diterbitkan.