Sangkakan tenang hingga ke malam rupa² nya hura hara terjadi(woi bahasa akuxD)
"Kookie! Kenapa dia tak nak berhenti menangis??!" V memandang cemas pada jungkook.
Jungkook menggeleng laju. Dia sedang cuba sedaya upaya untuk menenangkan myungsoo.
"Shhhh, Myungsoo.. kenapa ni??" Kini jungkook memangku pula myungsoo. Tubuh myungsoo diletakkan di bahunya. Tangan pula ditepuk pelahan belakang badan myungsoo.
Myungsoo menggerakkan tubuhnya kekiri dan kekanan. Rimas barangkali. Beberapa kali myungsoo menggosok gosok kelopak matanya.
"Kenapa tak nak berhenti nangis." V bangun dan berjalan ke hulur dan kehilir.
"Kejap aku nak call omma." Jungkook menyerahkan myungsoo yang sedang melalak pada V.
"Dasi Run Run Run nan meomchul suga eobseo. Tto Run Run Run nan eojjeol suga eobseo." Sambil didukung myungsoo V berlari mengelilingi bilik jungkook untuk menenangkan myungsoo yang semakin kuat pula menangisnya.
Myungsoo berhenti dari menangis dan memandang wajah v.
"Nyannnn!" V tersenyum derp.
"Uwaaaaa!!!" Myungsoo menyambung kembali tangisannya. Sayu sahaja bunyinya. Dipukul pukul wajah V.
"Adoi! Adoi!" V memejam matanya menerima tamparan dari myungsoo.
"Teeheheee" myungsoo tergelak kerana dia memukul muka V. Dipukul lagi dan dia tergelak lagi.
"Burrrr" V membuat bunyi apabila mukanya ditampar myungsoo. Dan sebab itulah myungsoo tergelak.
Pap pap pap.
Myungsoo tergelak. Myungsoo pukul pipi V. Hingga merah pipi V ditampar. Walaupun tangan kecil tapi tamparannya berbisa.
"Kookie tolong aku!"V tidak mampu untuk menoleh wajahnya kekiri mahupun kekanan. Tidak tahu apa yang sedang dibuat oleh jungkook. Lama sangat berborak dengan omma nya ditalian.
[Jungkook on the phone]
"Owh, omma sebenarnya kook nak tanya something ni omma."
"Ye, nak tanya apa?"
"Omma, kalau baby menangis tak berhenti tu sebab apa ye?" Jungkook meletakkan jari di tepi bibir.
"Ermm omma pun dah lupa sebab apa. Last omma jaga baby itupun adik kamu 10 tahun lepas."
"Cuba omma ingat balik."
"Kamu tanya la atok Google. Semua di hujung jari je kook oi." Kata omma dengan sinis.
"Oh ye. Kenapa kamu tanya?" Soal omma kehairanan.
"Ermm. Saje je nak tau. Omma tahu tak?"
"Tanya atok Google lah. Omma busy ni. Ok bye." Lalu talian ditamatkan oleh omma jungkook.
Jungkook memandang screen phone yang sudah malap.
Omma swag.
"Kookie!!" Jerit V.
Jungkook menoleh memandang kearah V dan myungsoo. Memula dia tidak mahu tergelak akhirnya terhambur juga ketawanya yang berdekah dekah.
Myungsoo sedang mencucuk lubang hidung v dengan dua batang pensel. Dan wajah v penuh dengan hasil seni myungsoo yang berbakat.
"BHAHAHAHAH!! kau kenapa V???!" Jungkook menghampiri V dan myungsoo.
"Tolong aku! Jangan ah gelak." Dia tidak dapat melepaskan myungsoo kerana myungsoo menarik rambutnya pula.
"Appa. Appa." Sebut myungsoo.
"Ye, appa. Kenapa buat appa macam ni sakit tau." V memasamkan wajahnya.
"Appa, appa." Myungsoo seperti faham dengan perubahan wajah V. Tangan kecilnya mengusap lembut pipi v yang ditamparnya tadi.
"Aigoo. Appa sayang gusi!!" V memeluk erat myungsoo. Ketawa lagi myungsoo dipeluk V.
"Apa kau panggil dia. Gusi?"
"Gusi tu aku je boleh panggil. Kau nak pegi cari nama lain. Comel kan nama tu." V melayang layang kan tubuh myungsoo. Tergelak lagi myungsoo memperlihatkan gusi pink nya yang masih belum tumbuh sebarang gigi.
"Gusi? Takde nama lain ke yang lagi best." Komen jungkook.
"Dia mana ada gigi. Tu yang aku panggil dia gusi. Lagipun gusi dia comel ah." V berlari lari lagi keliling bilik sambil melayang kan tubuh myungsoo ke udara(macam kapal terbang tuxD)
Pintu bilik Jungkook dibuka seseorang. Menapak manusia tu kearah mereka bertiga.
"Aigoo, myungsoo kyeopta." Jimin mahu mengambil myungsoo dari V.
"Arhh sibok. Kau pergi lah main sana!" V menghalang jimin dari mengambil myungsoo.
"Ish kedekut." Jimin menghentak kaki. Lalu dia memeluk tubuh. "Jin hyung panggil." Kata jimin dan berlalu meninggalkan mereka.
"Jin hyung panggil? Sebab apa? Woi jimin sebab apa??!" Malangnya jimin tidak dengar ataupun buat² tidak dengar sahaja pertanyaan V itu.
Sampai ditangga jimin tersenyum senget. Lalu dia berjalan kearah dapur.
TBC~~
YOU ARE READING
Our Little Angel
Random+kehidupan seorang budak menjalani hari-hari dengan 7 orang lelaki yang digelarnya appa. Cover book & Wattpad by CRUSHAO Hanya separuh di publish kerana akan diterbitkan.