"Wahh! Comel nya baby ni. Siapa yang tinggalkan kat sini."
"Bayi comel macam ni ditinggalkan pula."
"Err maaf! Maaf! Tumpang lalu." Jin cuba memboloskan diri didalam keramaian manusia tu. Lalu jin mengambil bayinya yang baru sahaja ditinggalkan sekejap diluar tandas. Baru 5minit ditinggalkan sudah ramai mengerumuni bayi itu. Prihatin juga rakyat2 nixD.
"Ini anak awak ke?" Tunjuk seorang wanita itu pada bayi itu.
"Err..." belom sempat jin bercakap sudah dipotong oleh seorang lagi wanita.
"Kenapa tinggalkan kat sini!" Wanita itu memandang jin dari atas kebawah.
"Tak sayang anak ke. Ish! Nilah kalau lelaki jaga anak. Tak ikhlas!" Seorang lagi wanita memandang serong kearah jin.
Selepas sesi memberi ceramah pada jin selesai wanita2 itu berlalu pergi. Jin pula hanya menundukkan wajah sahaja. Takut pula dia mahu melawan. Silap2 pipinya pula ditampar. Mengingatkan itu jin memegang pipinya. Jin mengendong sikecil lalu membawa si kecil untuk mendaftarkan dirinya dan mendapat kan dokumen tentang hak penjagaan.
Beberapa minit sudah berlalu tetapi gilirannya masih belum tiba. Tersengguk sengguk jin menahan ngantuk. Sudah hampir 1jam dia menunggu. Tetapi gilirannya masih lama. Sekarang baru no yang ke 69. Dia pula mendapat no yang ke 79. Hurmm mereput lah. Nasib lah dia meletakkan si kecil pada beg yang boleh mendukungnya tanpa menggunakan tangan. Hanya digantung beg itu ketubuhnya (korang faham2 lah sendirixD).
Tiba2 si kecil bangun dari tidurnya dan menangis. Jin yang juga tertidur terkejut dan memandang kekiri dan kekanan. Lalu dia memejamkan mata sekali lagi. Tetapi bunyi tangisan itu masih lagi belum berhenti dan seperti dekat sahaja dipendengaran jin.
Jin merasai ada sesuatu yang bergerak gerak di tubuhnya. Lalu dia menjatuhkan pandangannya kebawah.
"Yahh!! Macam mana aku boleh lupa ni! Ha? Sekarang no berapa?" Segera jin melihat pada no yang tersiar di LCD dihadapannya.
"79 kaunter 2."
Jin bingkas bangun dari duduknya dan menghala ke kaunter yang dinyatakan. Jin memberikan senyuman pada ahjumaa yang akan memberikan khidmat pada jin. Wanita separuh umur itu juga tersenyum.
"Anak ke?" Tanya wanita itu.
"Err ye anak saya." Balas jin gusar.
"Ok, baiklah bla bla bla........ (author tak tau nak buat ahjumaa tu cakap apa so skipxD)
Selesai sudah membuat sijil kelahiran. Selepas ini pula untuk mendapatkan hak penjagaan pula. Huh hari yang sungguh memenatkan. Nasiblah dia meminta cuti emergency hari ni.
___________
"Selamat pagi inspector jungkook." Tegur orang bawahannya.
"Hmm ye Dino. Ada apa2 maklumat tentang wanita yang mati tu. Pakar forensik sudah berikan hasil siasatan." Soal jungkook. Dipandang wajah dino yang masih berdiri tegak dihadapannya. Jungkook menyandarkan tubuh dimejanya. Tangan pula memegang lolipop yang masih belum dibuka pembalutnya.
"Sudah tuan. Ini failnya." Dino menghulurkan fail berwarna hitam kepada jungkook. Selepas fail bertukar tangan jungkook menghalau Dino agar keluar dari biliknya (kejam betul halau jexD). Selepas Dino sudah keluar jungkook membelek belek fail itu.
"Kim minjae. Umur 25tahun. Penyebab kematian kanser otak." Tiba2 jungkook seperti teringat sesuatu. Ya! Ianya sama dengan apa yang diceritakan oleh jin semalam. Jungkook menutup fail lalu mencampak fail itu diatas mejanya dan mengambil iPhone di atas mejanya. Didail no jin. Jungkook menggigit tepi bibirnya menunggu jin menjawab panggilannya.
"Sorry the number...."
Jungkook mencuba sekali lagi. Digigit kukunya pula.
"Jawablah hyung!" Habis kesemua kuku digigitnya.
"Jungkook? Kenapa? Syhhh." Jin menjawab panggilan jungkook.
"Hyung, ok tak?" Soal jungkook kerana mendengar suara jin yang payah mahu bersuara. Sesekali terdengar jin menarik nafas dan menghembusnya.
"Ha? I call you back. Hyung tengah drive ni." Kemudian jin terus memantikan talian.
Jungkook melihat screen iPhone nya yang sudah malap. Dia menggelengkan kepalanya. Lalu diambil fail yang dicampak tadi kemudian keluar dari bilik itu. Dia bergegas pulang kerana waktu bekerjanya sudah pun habis.
Jungkook sempat menegur beberapa pekerja yang baru memulakan shift. Kakinya dihalakan ke kereta jenis Honda berwarna merah terang. Siapa yang memandang seharusnya jealous. Dia menekan kunci untuk membuka pintu dan memboloskan diri kedalam keretanya. Dicampak fail itu disebelah tempat duduk penumpang.
Tiba2 iPhone nya minta dijawab. Jungkook memakai Bluetooth headset disebelah telinga kirinya dan menjawab panggilan yang entah dari siapa.
"Hel-"
"Woi! Kau kat mana? Cepat ah amik aku! Dah keras punggung aku tunggu kau ni!" Marah V. Sudah lebih 5minit waktu kerja nya habis tetapi bayang jungkook dengan kereta nya sekali tidak nampak. Selalu cepat sangat sampai nya.
"Aku tengah otw la ni." Terus jungkook menamatkan talian.
Selepas beberapa minit memandu jungkook sampai ditempat kerja V. Belum sempat dia memberhentikan kereta V sudah menerpa kearah keretanya.
"Asal lambat!" V menoleh memandang jungkook yang fokus memandu.
"Aku dah sampai kan. Bising ah." Dipusing pusing steering kereta.
"Cepat sikit drive aku lapar ni." Arah V seperti bos.
'Tch kau ingat kau bos.' Jungkook menjeling V yang sedang memeluk tubuh. Bibir dimuncungkan kehadapan seperti menghidu sesuatu.
"Apa bawah punggung aku ni." V meraba raba dibawah punggungnya lalu mengambil benda yang telah diduduknya itu. Ianya fail. Mungkin kepunyaan jungkook. Dibuka fail itu dan melihat isi didalamnya.
"Eh, ni ibu budak kecik tu kan." V memandang jungkook.
"Aah. Aku dah dapat maklumat. Tu yang aku nak tunjuk kat jin hyung nanti."kata jungkook tanpa memandang V.
"Ooooo.." balas V. Kepalanya dianggukkan dan kembali menutup fail itu. Pandangannya dihalakan keluar luar tingkap.
TBC~~
YOU ARE READING
Our Little Angel
Random+kehidupan seorang budak menjalani hari-hari dengan 7 orang lelaki yang digelarnya appa. Cover book & Wattpad by CRUSHAO Hanya separuh di publish kerana akan diterbitkan.