04

2.9K 351 22
                                    

Tayangan Running man yang disiarkan di kaca tv langsung tidak menarik tumpuan mereka bertujuh di rumah itu. Mereka duduk didalam bulatan dan ditangan jungkook sedang mengendong si kecil. Tumpuan mereka sekarang sepenuhnya pada si kecil yang galak bersuara seperti sedang berkomunikasi dengan jungkook.

"Mana kau dapat natang ni?" Jhope menutup kedua matanya dan dicelikkan semula.

"Woi! Anak siapa kau culik ni?" Jin berpeluk tubuh.

"Aku tak nak terlibat bila kena soal dengan polis." Rapmon selamba.

"Berani kau jungkook. Syabas!" Suga menepuk bahu jungkook.

"Dengar ni kookie nak cerita mana kookie dapat baby ni. Kookie jumpa dia dekat satu rumah kosong dengan V." Cerita jungkook dan dibalas anggukkan oleh V sambil mata terpejam. "Kookie dengan V pergi siasat dekat sana lepastu jumpa mayat yang kookie rasa itu mayat omma baby ni." Sambung jungkook

"Bayi tu keluar dari belakang mayat omma dia. Kesian V tengok. Dia merangkak pergi kat kitaorang sambil sebut appa... appa." Sampuk V pula. Jungkook disebelahnya langsung tidak diendahkannya.

"So, kau nak buat apa dengan dia ni? Hantar pusat jagaan? Hyung rasa better hantar rumah anak yatim." Jin menyatakan pendapatnya.

Tetapi jungkook tidak setuju dengan cadangan jin itu. Dia rasa lebih baik dia yang jaga bayi itu.

"Tolongg... lah... jaga... anak.... saya... " suara itu datang betul2 disebelah telinga jungkook. Jungkook menoleh kebelakang apabila dirasakan telinganya ditiup. Dan tiba2 bayi itu menangis. Jungkook menepuk nepuk tubuh si kecil itu untuk memujuknya.

"Hyung! Tengok dia dah terasa." V menyalahkan jin disebabkan kata katanya itu. Mungkin bayi itu faham akan kata kata jin sebentar tadi. "Hyung, tak ba.... "

"Saya merayu..." selepas jungkook kini V pula terasa ada suara dibelakangnya apabila dia memusing kan kepala kebelakang tiba2 ada angin yang lembut menyapa mukanya. V menoleh kearah jungkook dan memberi isyarat pada jungkook. Dicubit peha jungkook agar jungkook memandangnya. Jungkook menoleh memandang V. Mulut v bergerak gerak "kau ada dengar tak?" Kata v seperti berbisik. Lalu jungkook mengangguk.

"Asal korang berbisik ni. Kita kena hantar dia pergi rumah anak2 yatim." Jin bangkit dari duduknya dan menghampiri jungkook.

"Yah! Hyung nak buat apa ni?" Jungkook cuba mempertahankan si kecil dari diambil oleh jin. Akhirnya jin berjaya mengambil bayi itu dari pelukan jungkook.

"Hyung! Sampai hati." Kata Jimin pula yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Sebenarnya dia pun ada terdengar suara mistik itu.

"Apa! Hyung nak pergi daftarkan nama dia dekat hospital. Dan kita perlukan dokumen2 yang sah. Mana boleh suka hati nak menjaga dia. Hyung tak nak kena tangkap sebab kita tak ada hak penjagaan yang sah keatas bayi ni. Btw apa nama dia?" Kata jin dan tersenyum kearah member2 nya yang sudah tergelak dan blur.

"Kita boleh la bela dia ni?" Soal V masih tidak percaya. Dia memegang bahu Jin dihadapannya.

"Hoi! Kau ingat ni binatang nak bela2." Bentak suga.

"Err mian hyung. Boleh la kita jaga baby ni?" Sambung V dan dibalas anggukkan oleh Jin.

Selepas orang yang paling tua didalam rumah itu setuju mereka bersorak sambil dilambung lambung sikecil itu.

"Btw, kita nak bagi nama apa dekat dia?" Soal jungkook. Dan semua berhenti dari bersorak dan memandang keatas sambil jari mengetuk tepi bibir.

"Ermm Taeyang!" Jimin mengangkat sebelah tangannya keatas.

Semua memandang Jimin dengan pelbagai mimik muka. Termasuk author sekalixD.

"Aku tau la fanatik dengan taeyang sunbae tapi jangan sampai nama baby ni pun kau nak letak nama dia." Suga sempat pula mengetuk kepala jimin. Laju pula tangannya mengetuk ngetuk ni.

"Ha! Ha! V tau! V tau!" Tiba2 v terkinja kinja melompat lompat kekanan kekiri meminta perhatian hyung2 dihadapannya. Macam mana dengan 'double U'." V memuncungkan bibirnya menyebut 'u' sehingga matanya menjuling memandang bibir sendiri.

"Kau tak payah nak buat group alphabet pulak(bukan alphabet k idol tu)." Suga menarik muncung itik V.

V memukul tangan suga yang menarik bibir nya. Suga menggeleng geleng kepala tanda dia tak nak melepaskannya. Kemudian V menyemburkan air liur yang dikumpulkan didalam mulutnya lalu dihembuskan ke muka suga.

BURRRRR~

Suga memejam matanya serentak melepaskan bibir V yang sudah kemerahan. Suga meraup mukanya dan berlari ke dapur. Terdengar air mengalir dari dapur. Suga membasuh mukanya yang sudah dicemari V.

V pula mengekek ketawa dan membuat 'high five' dengan jhope.

"Eh! Baru kookie teringat." Jungkook memetik jari dan mengeluarkan sehelai kertas dari poket bajunya. Dihulur kertas itu kepada Jin. Kemudian jin membaca isi surat itu. Setelah isi surat itu habis dibaca dia memandang wajah Jungkook minta kepastian.

"Kim Minjae?" Wajah jin seperti mahu mengingat sesuatu.

"Kenapa hyung?" Soal jungkook.

"Nama tu mengingatkan hyung pada pesakit hyung setahun lepas." Jin memandang kearah bayi yang dipangkuannya. Bayi itu tersenyum memandang wajah jin. Dan tangannya menggenggam erat jari jin. Seperti meminta pertolongan.

TBC~

 Our Little Angel Where stories live. Discover now