1

451 5 0
                                    

Semasa Zarathustra berusia tiga puluh tahun, dia tinggalkan rumah dan tasik di hadapan rumahnya, dan pergi ke arah gunung. Di sana dia menikmati solitud bersama jiwanya, dan selama sepuluh tahun tidak pernah bosan. Tetapi akhirnya hatinya berubah—dan bangkit suatu pagi dengan merah subuh, dia pergi ke hadapan matari, dan berkata ini kepadanya:

Engkau bintang hebat! Apa yang menjadi kegembiraanmu jika kau tak punya mereka yang engkau cahayai!

Selama sepuluh tahun telah engkau panjat masuk ke dalam guaku: engkau tentu keletihan dengan cahayamu dan penjalanannya, jika tidak kerana untuk aku, helangku dan ularku.

Tetapi kami tunggumu setiap pagi, ambil darimu lebihan cahayamu, dan mendoakanmu untuknya.

Lihat! Aku telah letih dengan hikmah, seperti lebah yang telah mengumpul terlalu banyak madu; aku perlukan tangan-tangan besar yang datang untuk mengambilnya.

Aku rela mengurnia dan mengagih, sehingga mereka yang bijak sekali lagi gembira di dalam kebodohan mereka, dan mereka yang miskin gembira di dalam kekayaan mereka.

Maka aku mesti turun ke bawah: seperti yang engkau buat di waktu senja, bila kau pergi ke belakang laut, dan beri cahaya juga kepada alam bawah tanah, engkau bintang riang!

Sepertimu aku perlu turun ke bawah, seperti kata mereka, kepada mereka aku turuni.

Berkati aku, kemudian, engkau mata tenang, dapat naik saksi malah merasai kegembiraan terhebat tanpa rasa cemburu!

Berkatilah cawan penuh yang melimpah, agar air limpahan itu mengalirkan emas darinya, dan memantulkan berkatmu ke semua arah!

Lihat! Cawan ini sekali lagi akan kosong, dan Zarathustra sekali lagi akan menjadi manusia.

Maka bermulalah perjalanan Zarathustra ke bawah.

prolog Maka Sabda ZarathustraWhere stories live. Discover now