10

76 2 0
                                    

Ini telah Zarathustra kata kepada dirinya semasa matari tegak di atas kepala. Kemudian dia mendongak ke atas—kerana dia terdengar bunyi panggilan burung. Dan lihat! Seekor helang merentas udara dalam bulatan besar, dan padanya tersangkut seekor ular, tak seperti mangsa, tetapi seperti kawan: kerana ia melingkar di sekeliling leher helang.

"Mereka adalah haiwanku," kata Zarathustra, dan girang di dalam hati.

"Haiwan paling bangga di bawah matahari, dan haiwan paling bijak di bawah matahari—mereka telah datang untuk membuat pemeriksaan awal.

"Mereka mahu mengetahui samada Zarathustra masih hidup. Sudah tentu, masihkah aku hidup?

Semasa Zarathustra berkata ini, dia teringat pesanan wali di dalam hutan. Kemudian dia mengeluh dan berkata ini kepada hatinya:

"Andai aku lebih bijak! Adakah aku telah bijak seperti ularku!

"Tetapi aku minta sesuatu yang mustahil. Maka aku tak boleh minta kebanggaanku untuk pergi sentiasa bersama hikmahku!

"Dan jika hikmahku suatu hari akan meninggalkan aku:—maka! ia gemar untuk terbang pergi!—semoga kebanggaanku kemudian terbang bersama kebodohanku!"

Lalu bermulalah Zarathustra turun ke bawah.

prolog Maka Sabda ZarathustraWhere stories live. Discover now