3

159 3 0
                                    

Semasa Zarathustra tiba ke pekan terdekat berdekatan hutan, dia mendapati ramai manusia sedang berkumpul di pasar; kerana telah diumumkan bahawa penari tali akan membuat persembahan. Dan Zarathustra berkata ini kepada mereka:

"Aku ajar kamu semua supermanusia. Kemanusiaan adalah sesuatu yang perlu dilangkaui. Apa yang telah kamu semua lakukan untuk melangkaui kemanusiaan?

Semua hidupan sehingga sekarang telah mencipta sesuatu melangkaui diri mereka; dan kamu semua mahu menjadi surut kepada ombak hebat itu, dan lebih rela untuk kembali kepada binatang daripada melangkaui manusia?

Apakah beruk kepada spesis kita? Stok lawak, perkara yang memalukan. Dan perkara yang sama spesis kita kepada supermanusia: stok lawak, perkara yang memalukan.

Kamu semua telah berjaya melalui dari cacing pipih kepada manusia, dan banyak di dalam diri kamu masih cacing pipih. Suatu ketika dulu kamu beruk, dan malah manusia malah lebih beruk daripada mana-mana beruk.

Malah yang termatang di antara kamu hanya sebuah ketidakharmonian dan kacukan tumbuhan dan hantu. Tetapi ada aku suruh kamu semua jadi hantu atau tumbuhan?

Jadi, aku ajar kamu tentang supermanusia!

Supermanusia adalah makna kepada muka bumi. Biarkan kehendak kamu kata: Supermanusia akan menjadi makna kepada muka bumi!

Aku ingatkan kamu semua, saudaraku, kekal benar kepada muka bumi, dan jangan percaya kata-kata mereka kepada kamu tentang harapan melangit! Peracun adalah mereka, samada mereka tahu atau tidak.

Pembenci kehidupan adalah mereka, yang mereput dan yang meracun diri mereka, ke atas muka bumi yang tidak bermaya: maka berambuslah mereka!

Dahulu kufur kepada Tuhan merupakan kekufuran terhebat; tetapi Tuhan mati, dan dengan itu sekali dengan pengufur. Untuk mengufuri muka bumi kini adalah dosa besar, dan untuk meletak hati mereka yang tak dikenali lebih tinggi daripada makna muka bumi!

Dahulu roh melihat dengan benci terhadap tubuh, dan ketika itu kebencian adalah perkara yang agung:—jiwa mengingini tubuh kurus, lemah, dan lapar. Kemudian ia mahu lari dari tubuh dan bumi.

Oh, jiwa itu sendiri kurus, lemah, dan lapar; dan kekejaman menjadi santapan jiwa tersebut!

Tetapi kamu, juga, saudaraku beritahuku: Apa yang tubuhmu kata tentang jiwamu? Adakah jiwamu tidak miskin dan tercemar dan bedebah yang mudah berpuas hati?

Sungguh, sungai yang tercemar adalah umat manusia. Kita mesti jadi lautan, untuk menerima sungai yang tercemar tanpa menjadi kotor.

Jadi, aku ajar kamu semua tentang supermanusia: dialah lautan itu; di dalam dirinya kebencian kamu akan tenggelam.

Apa perkara terhebat boleh kamu alami? Adakah waktu kamu membenci. Waktu yang bermaksud malah sehingga kegembiraan kamu menjenuhkan, dan juga akal dan pahala kamu.

Waktu kamu berkata: "Apa baiknya kegembiraan! Ia adalah kemiskinan dan pencemaran dan bedebah yang mudah berpuas hati. Tetapi kegembiraanku harus mewajarkan kewujudan itu sendiri!"

Waktu kamu berkata: "Apa baiknya akal! Adakah ia mahukan ilmu sepertimana singa mahukan makanannya? Ia adalah kemiskinan dan pencemaran dan bedebah yang mudah berpuas hati!"

Waktu kamu berkata: "Apa baiknya pahala! Selagi ia tidak membuatkan aku bernafsu. Betapa letihnya aku pada kebaikan dan kejahatan aku! Ia adalah kemiskinan dan pencemaran dan bedebah yang mudah berpuas hati!"

Waktu kamu berkata: "Apa baiknya keadilan! Aku tidak lihat diri aku ini menyemarak ghairah. Keadilan, walau bagaimanapun, menyemarak ghairah!"

Waktu kamu berkata: "Apa baiknya simpati aku! Bukankah simpati pada salib di mana dia dipaku kerana menyayangi umat manusia? Tetapi simpatiku bukan penyaliban."

Pernahkah kamu berkata? Pernahkah kamu menangis? Ah! Mungkin aku telah terdengar kamu menangis!

Ia bukan dosa kamu semua—ia adalah sifat mudah berpuas hati kamu yang menangis hingga ke syurga; kekurangan dosa kamu menangis hingga ke syurga!

Di manakah petir yang akan menjilatmu dengan lidahnya? Di manakah kegilaan yang mana kamu akan diubati?

Jadi, aku ajar kamu semua supermanusia: dia adalah petir itu, dia adalah kegilaan itu!—Semasa Zarathustra telah berkata-kata, salah seorang khalayak bersuara: "Kami sekarang dah cukup mendengar dengan penari tali itu; sekarang sudah tiba masa untuk kami lihat dia!" Dan semua manusia mentertawakan Zarathustra. Tetapi penari tali, yang menyangka kata-kata itu merujuk kepada dirinya, memulakan persembahan.

prolog Maka Sabda ZarathustraWhere stories live. Discover now