9

38 1 0
                                    

Lama tertidur Zarathustra; dan tidak hanya subuh melintasi kepalanya, tetapi juga siang. Akhirnya, walau bagaimanapun, matanya terbuka, dan mengkagumkan dia melihat ke dalam hutan dan kesepian, mengkagumkan dia melihat ke dalam dirinya. Kemudian dia berdiri lekas, seperti kelasi pabila semua nampak daratan; dan dia menjerit keseronokan: kerana dia telah menemui kebenaran baru. Dan dia berkata ini kepada hatinya:

Cahaya telah tiba kepadaku: aku perlu teman—yang hidup; bukan teman yang mati dan mayat, yang aku pikul ke mana aku pergi.

Tetapi aku perlukan teman hidup, yang akan mengikut aku kerana mereka ingin mengikut diri mereka—dan ke mana aku mahu.

Cahaya telah datang kepadaku. Bukan kepada manusia Zarathustra patut berkata, tetapi kepada teman-teman! Zarathustra tidak patut menjadi pengembala kambing dan anjing pemburu!

Untuk menarik minat kawanan kambing—kerana tujuan itu telah tiba. Manusia dan kambing perlu marah dengan aku; seorang perompak patut Zarathustra dituduh oleh pengembala.

Pengembala, aku kata, tetapi mereka memanggil diri mereka baik dan adil! Pengembala, aku kata, tetapi mereka memanggil diri mereka penganut kepercayaan ortodox.

Lihatlah yang baik dan adil! Siapa yang mereka paling benci? Dia yang memecahkan tablet nilai, si pemecah, pemecah undang-undang:—dia, walau bagaimanapun, adalah seorang pencipta.

Lihatlah penganut segala anutan! Siapa yang mereka paling benci? Dia yang memecahkan tablet nilai, si pemecah, pemecah undang-undang:—dia, walau bagaimanapun, adalah seorang pencipta.

Teman, yang dicari pencipta, bukan mayat—dan bukan pengembala atau penganut juga. Teman pencipta para pencipta cari—mereka yang mengukir nilai baru dalam pada tablet baru.

Teman, yang dicari pencipta, dan para pemetik: kerana segalanya telah ranum untuk dipetik bersamanya. Tetapi dia tiada seratus sabit: maka dia petik telinga jagung dan berasa sakit hati.

Teman, yang dicari pencipta, dan kerana tahu bagaimana untuk mengasah sabit-sabit mereka. Pemusnah, apa yang mereka akan dipanggil, dan pembenci baik dan jahat. Tetapi mereka adalah pemetik dan girang.

Teman pencipta, Zarathustra cari: teman pemetik dan teman girang, Zarathustra cari: apa yang dia buat dengan kambing dan pengembala kambing dan mayat!

Dan kau, teman pertamaku, tidur dengan aman! Tidakkah aku telah tanam kau di dalam lohong pokok; Tidakkah aku telah menyembunyikan kau daripada serigala.

Tetapi aku berpisah denganmu; masanya telah tiba. Di antara subuh dengan subuh datang kepada aku kebenaran baru.

Aku bukan untuk menjadi seorang pengembala. Aku bukan untuk menjadi seorang penggali kubur. Tak lagi akan aku berwacana dengan manusia; kerana kali terakhir aku telah berkata-kata dengan mereka yang mati.

Dengan para pencipta, para penuai, dan mereka yang girang aku berdampingan: Aku akan tunjuk mereka pelangi, dan semua tangga menuju supermanusia.

Kepada penetap sunyi akan aku nyanyikan laguku, dan kepada penetap berdua, dan kepada dia yang mempunyai telinga buat yang tak didengari, akanku buat hati mereka berat dengan kegembiraan.

Aku buat demi tujuanku, aku ikut laluanku; melangkaui kelembapan dan kelewatan akan aku langkah. Kemudian biar perjalanan menaikku menjadi perjalanan menurun mereka!

prolog Maka Sabda ZarathustraWhere stories live. Discover now