5

70 3 0
                                    

Semasa Zarathustra mengatakan kata-kata ini, dia sekali lagi melihat ke arah manusia, dan suasana sunyi. "Di situ mereka berdiri," dia berbisik di dalam hati; "di situ mereka ketawa: mereka tidak memahami aku; aku bukan mulut kepada telinga-telinga ini.

"Patutkah seseorang memukuli telinga mereka, agar mereka dapat belajar mendengar dengan mata mereka? Patutkah seseorang berkeletak seperti gendang belanga dan dakwah-dakwah yang menginsafi? Atau adakah mereka hanya percaya kepada mereka yang gagap?

"Mereka ada sesuatu yang mereka banggakan. Apa yang mereka panggil, yang membuatkan mereka bangga? Budaya, panggil mereka; Ia membezakan mereka daripada pengembala kambing.

"Mereka tidak suka, maka, untuk mendengar 'cemuhan' terhadap diri mereka. Jadi aku akan merayu kepada kebanggaan mereka.

"Aku akan berkata kepada mereka perkara yang paling dibenci: yang, walau bagaimanapun, adalah manusia terakhir!"

Lalu Zarathustra berkata kepada manusia:

Sudah tiba masa untuk manusia mengubah matlamatnya. Sudah tiba masa untuk manusia menanam kuman harapan tertingginya.

Tanahnya masih cukup kaya untuk itu, Tetapi tanah itu suatu hari nanti akan miskin zat dan keletihan, dan tiada pohon mengawan akan dapat tumbuh di situ.

Maka! akan tiba masa manusia tidak lagi akan melancarkan panah kerinduannya melangkaui kemanusiaan—dan tali busurnya berhenti pandai berdeting!

Aku beritahu kamu: seseorang perlu ada huru di dalam diri, untuk melahirkan bintang yang menari. Aku beritahu kamu: kamu masih ada huru di dalam diri kamu.

Maka! Akan tiba suatu masa manusia tidak lagi melahirkan bintang yang menari. Maka! Akan tiba waktu bagi bedebah yang paling hina, yang tak lagi mampu menghina dirinya.

Lihat! Aku tunjukkan kamu manusia terakhir.

"Apa itu cinta? Apa itu ciptaan? Apa itu kerinduan? Apa itu bintang?"—tanya manusia terakhir lalu mengerdip.

Bumi telah kemudian menjadi kecil, dan di mukanya wujud manusia terakhir yang membuatkan segalanya kecil. Spesis mereka tidak boleh pupus sepertimana pepijat; manusia terakhir hidup paling lama.

"Kami telah menemui kebahagian"—kata manusia terakhir, dan kemudian mengerdip.

Mereka meninggalkan kawasan di mana ia sukar untuk hidup; kerana mereka memerlukan kehangatan. Seseorang mencintai jirannya dan bergeser dengannya; kerana seseorang perlukan kehangatan.

Menjadi sakit dan tidak boleh dipercayai, mereka anggap berdosa: mereka berjalan secara berhati-hati. Dia adalah bebal yang masih tersungkur akibat terlanggar batu atau manusia!

Sedikit racun kini dan kemudian: ia membawa kepada mimpi-mimpi indah. Dan lebih racun akhirnya membawa kepada kematian indah.

Seseorang masih berkerja, kerana kerja adalah masa lampau. Tetapi seseorang sentiasa berhati-hati agar masa lampau tidak mencederakan dirinya.

Seseorang tidak lagi menjadi kaya atau miskin; kedua-duanya membebankan. Siapa yang masih mahu memerintah? Siapa yang masih mahu menurut? Kedua-duanya membebankan.

Tiada pengembala, dan seorang kambing! Semua orang mahukan yang sama; semua orang sedarjat: dia yang punya sentimen lain akan dihantar tanpa rela ke hospital gila.

"Asalnya seluruh dunia gila"—kata yang paling bijak di antara mereka, lalu mengerdip.

Mereka semua bijak dan tahu kesemua yang telah berlaku: jadi tiada penghujung buat cemuhan mereka. Manusia akan jatuh, tetapi kemudian kembali berbaik-baik—jika tidak ia membuatkan perut mereka tidak selesa.

Mereka ada sedikit nikmat di waktu siang, dan sedikit nikmat di waktu malam, tetapi mereka mementingkan kesihatan.

"Kami telah menemui kebahagiaan"—kata manusia terakhir dan kemudian mengerdip.—

Dan di sini berakhir syarahan pertama Zarathusthra, yang juga disebut sebagai "Prolog": kerana pada ketika ini jeritan dan hilai tawa umat manusia mengganggu dirinya. "Beri kami manusia terakhir ini, O Zarathustra"—pinta mereka—"Jadikan kami manusia terakhir! Kemudian kami akan jadikan kau supermanusia sekarang!" Dan semua manusia keseronokan lalu mengecap-ngecap bibir mereka. Zarathustra, walau bagaimanapun, sedih, dan berbisik di dalam hati:

"Mereka tidak memahami aku: aku bukan mulut bagi telinga-telinga ini.

"Terlalu lama, mungkin, telah aku hidup di pergunungan; terlalu lama telah aku mempedulikan anak sungai dan pohon; kini aku bercakap dengan mereka sepertimana kepada pengembala kambing.

"Tenang adalah jiwaku, dan jernih, persis pergunungan di waktu pagi. Tetapi mereka sangka aku dingin, dan seorang pengajuk dengan jenaka hambar.

"Dan sekarang mereka lihat aku dan ketawa: dan sambil mereka ketawa mereka juga benci aku. Terdapat ais dalam hilai tawa mereka."

prolog Maka Sabda ZarathustraWhere stories live. Discover now