6

46 3 0
                                    

Kemudian, walau bagaimanapun, sesuatu berlaku membuatkan semua mulut terkunci dan setiap mata terpaku. Dalam masa yang sama, semestinya, penari tali telah memulakan persembahannya: dia telah keluar melalui pintu kecil, dan berjalan di atas tali yang direntang merentasi dua menara, agar ia terapung di atas kawasan pasar dan manusia. Semasa dia separuh jalan, pintu kecil itu terbuka sekali lagi, dan seorang lelaki berpakaian selekeh seperti badut muncul, dan berlari laju ke arah lelaki pertama. "Teruskan, henti mati," teriak suaranya yang menakutkan, "teruskan, pemalas, penyibuk, wajah-pucat!—kerana takut aku geletek kau dengan tumitku! Apa yang kau buat kat sini di antara dua menara? Di dalam menara sepatutnya kau berada, kau sepatutnya dikurung; kepada seseorang yang lebih handal daripada kau, kau menghalang laluan!"—Dan dengan setiap kata-kata dia semakin hampir. Bila, walau bagaimanapun, dia hanya selangkah di belakang, di situ berlaku suatu perkara yang membuatkan setiap mulut bisu dan setiap mata terpaku—dia memekik seperti syaitan, dan melompat langkau lelaki pertama yang sedang mengimbang. Lelaki pertama setelah melihat seterunya berjaya, hilang serentak minda dan kakinya pada tali; dia mencampakkan palang pengimbang, dan jatuh lebih laju, seperti olakan tangan dan kaki, menjunam ke bawah. Pasar dan manusia persis lautan apabila ribut tiba: mereka semua lari dan di dalam huru, terutama semasa tubuh itu hampir menyentuh tanah.

Zarathustra, walau bagaimanapun, kekal berdiri, dan di sebelahnya tubuh itu jatuh, cedera parah dan cacat, kepada lelaki remuk, dan dia nampak Zarathustra melutut di sebelahnya. "Apa yang kau buat di sini?" katanya akhirnya, "Aku tahu sejak azali bahawa syaitan itu akan menjatuhkan aku. Sekarang dia telah menarikku ke neraka: akan kamu halang dirinya?"

"Atas kehormatanku, sahabatku," jawab Zarathustra, "tidak wujud apa yang kau katakan: syaitan tidak wujud dan tiada neraka. Jiwamu akan mati sebelum tubuhmu; takut, dengan itu, tiada apa-apa!"

Lelaki itu mendongak dengan rasa tidak percaya. "Jika kau katakan yang benar," katanya, "Aku hilang tiada apa-apa apabila aku kehilangan nyawaku. Aku tak lebih daripada sekadar binatang yang telah diajar untuk menari dengan tiupan dan upah murah."

"Tak semestinya," kata Zarathustra, "kau telah jadikan bahaya sebagai panggilanmu; di dalamnya tiada apa-apa kebencian. Sekarang kau hilang kerana panggilannya: dengan itu akan aku tanam dirimu dengan tanganku sendiri."

Semasa Zarathustra berkata ini lelaki di penghujung nyawa itu tidak membalas apa-apa; tetapi dia menggerakkan tangan seperti dia ingin menyentuh tangan Zarathustra sebagai tanda terima kasih.

prolog Maka Sabda ZarathustraWhere stories live. Discover now