BAHAGIAN 6

10.7K 75 14
                                    

Aku memecut dengan kelajuan sederhana membelah jalan raya yang agak sunyi jika dibandingkan dengan hari minggu yang pastinya banyak kenderaan menuju ke destinasi yang diinginkan. Kereta aku berhenti di lampu isyarat. Shit! Tak sempat aku nak lepas pulak dah. Sambil menunggu lampu bertukar warna, aku teliti kembali senarai yang ditulis oleh mama.

Barang yang kena beli!

1) sos cili ( kalau boleh cari jenama life sedap sikit )
2) Ajinamoto
3) mayonis yang besar
4) black pepper sauce yang macam kiff selalu guna tu )
5) minyak masak. Beli yang botol besar taw
6) cili besar
7) serai. Hmm pepandai kiff lah nak ambik berapa. Jangan sikit sangat. Jangan banyak sangat
8) bawang putih. Kalau ada yang dalam guni tu. Haa beli yang tu je
9) plastik sampah warna biru
10) buah. Kiff ambik je buah ape pun.

Haisshh. Tak pernah aku kena pergi beli barang dapur. Tiba tiba rajin pulak aku hari ni. Aku ingatkan sikit je yang nak kena beli. Sekali tengok. Haaa ambik kau. Pandai pandai kau lah kiff nanti cari kat giant tu. Aku toleh sekilas melihat lampu isyarat masih tidak bertukar warna. Aku mengeluh sambil jari ku mengetuk ngetuk stereng kereta. Pandangan mataku lilaukan ke sekitar kawasan. Dari aku kecil sampai lah dewasa ni. Tak banyak perubahan pun yang berlaku dekat kawasan tu. Tetap sama. Cuma dari segi tanaman sahaja yang berubah.

Tiba tiba mata aku tetancap pada sekujur badan yang kelihatan sedang berdiri tegak di sebelah pokok bunga raya yang terletak di sebelah jalan. Aku perhatikan lama lama. Perempuan! Ya rambut nya panjang menutup sebahagian wajahnya. Pakaiannya lusuh dan terdapat banyak kesan koyakan di bajunya. Dia memakai baju kurung berwarna biru cair dengan corak bunga. Sekali dipandang agak seriau juga lah. Nasib baik siang. Kalau malam memang aku terus pecut je. Aku terus ralit memerhatikan perempuan tersebut. Anak siapa lah ni. Kesian betul. Ke orang gila ni? Macam tak betul je aku tengok. Tiba tiba perempuan tersebut menyelak rambutnya sehingga menampakkan seluruh wajahnya yang dilindungi rambut tadi.

Satu saat. Dua saat. Jantung aku seperti berhenti mengepam darah. Peluh mula merembes keluar. Pendingin hawa yang aku pasang sejak awal perjalanan tadi tidak cukup untuk menstabilkan kembali kadar degupan jantung aku. aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku gosok mata aku sampai rasa nak tejojol biji mata. Ya itu memang dia!

" Ezz... ez.. ezzahh? "

Aku lihat perempuan yang menyerupai eh tidak. Ya itu memang ezzah! Aku kenal anak mata itu! Tiada siapa yang mempunyai mata seperti ezzah. Tapi... mustahil itu adalah ezzah. Ezzah kan dah..... ahhh! Aku jadi tidak keruan. Aku semakin gelisah bila melihat ezzah semakin menghampiri aku. Apa yang aku pasti. Sebelah kakinya bukan seperti kaki yang normal dimiliki oleh manusia lain. Tulang kakinya terjojol keluar menampakkan cebisan daging yang terlekat padanya. Tulang kakinya atau lebih tepat lagi tulang pehanya tersangkut pada salah satu dahan pokok bunga raya yang terdapat di sekitarnya. Ia menyukarkan ezzah untuk bergerak. Untuk seketika aku terpaku lagi apabila dia mematahkan tulang pahanya yang terkeluar. Bunyi daripada hasil tulang yang dipatahkan itu membuatkan aku rasa ingin terkencing. Sangat menyeramkan dan mengilukan. Aku tidak mampu bergerak apabila melihat dia mengambil serpihan tulang yang tercarik dagingnya itu dan meratahnya seperti orang yang kebuluran. Lelehan darah dapat kulihat keluar dari mulutnya. Serpihan tulang yang tidak hancur digigit nampak begitu jelas dikerongkongnya apabila dia menelannya. Perit! Sehingga ada yang menembusi lehernya! Dan mengeluarkan cecair hijau pekat yang amat busuk dan meloyakan. Aku menekup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk yang terhasil dari cairan hijau tersebut. Aku terasa ingin termuntah.

Ezzah kembali berjalan menghampiri kenderaanku. Dengan tangan yang putus sebelah menampakkan cebisan daging yang tergantung dan tinggal masa untuk putus sahaja. Aku mula panik apabila ia semakin hampir. Tetapi aku diam dan terkaku seperti patung yang tidak bernyawa. Aku tidak mampu melakukan apa apa. Seperti ada sesuatu yang mengikat tubuhku. Aku melihat ketubuhku, ada begitu banyak rambut yang menjalar keluar dari tempat dudukku dan mula menjalar naik ke atas tubuhku. Aku tidak mampu bergerak! Aku telah diikat. Dan rambut rambut tersebut begitu tajam bagi aku. Seperti pisau! Aku lihat ada darah yang mengalir keluar dari kaki ku. Ahh shit! Kaki aku luka! Aku cuba meronta. Tetapi makin kuat aku meronta. Makin banyak luka yang terhasil kerana rambut yang sudah terikat kemas di seluruh tubuhku. Aku melihat ezzah sudah semakin hampir dengan kenderaanku. Keadaannya dirinya sungguh mengerikan. Aku lihat dahinya seperti berombak. Seperti ada sesuatu di dalamnya yang meronta ingin keluar. Aku perhatikan lagi. Sehingga ada satu tangan yang mengoyak dahinya dari dalam. Ahhh! Kimak menatang apa pulak yang nak keluar ni!. Tangan tersebut mengoyak ngoyak dahi ezzah sehingga mengeluarkan cebisan otaknya. Sungguh menjijikkan. Aku seperti ingin termuntah. Aku tidak dapat menahannya lagi. Aku terus memuntahkan isi perut ku. Tetapi apa yang memeranjatkan ku ialah. Ia bukannya makanan yang aku makan pagi tadi. Tetapi ia adalah cecair lendir pekat yang berwarna putih yang amat busuk dan kuat baunya. Ya! Aku kenal bau dan rupa benda ini. Ini air mani! Ahhh bitch! Bau air mani yang keluar dari mulut aku amat meloyakan. Membuatkan aku terus muntah tanpa berhenti. Aku sudah tidak tahan! Apa semua ni? Kenapa jadi dekat aku? Apa yang perempuan ni nak? Jangan kacau aku! Pergi! Pergi! Aku cuba untuk menjerit. Tetapi ia hanya lah suara kecil yang terbit dalam hati aku. Aku menggagahkan diri untuk melihat kearah ezzah. Dia semakin hampir! Dia sudah berada di tengah tengah jalan raya! Aku cuba meminta tolong daripada orang lain. Aku cuba mengetuk tingkap cermin kereta disebelahku dengan kepala untuk menarik perhatian seorang lelaki di dalam keretanya yang terletak disebelahku. Namun hampa. Dia seolah olah tidak menyedar kewujudanku. Ya! Seperti aku seorang sahaja yang dapat melihat makhluk aneh itu. Aku terus mengetuk ngetuk tingkap dengan menggunakan kepalaku. Tetapi ia tidak berhasil. Air mani yang aku muntahkan tadi aku lihat semakin lama semakin memenuhi kereta ku. Ahhh kimak! Macam mana boleh jadi banyak ni! Aku semakin panik! Aku tidak mahu lemas dalam air mani aku sendiri!

Semakin kuat aku mencoba semakin kuat rambut tersebut melilit tubuhku. Akhirnya aku pasrah. Apa nak jadi, jadi lah. Aku sudah tidak berdaya. Dengan air mani yang semakin banyak memenuhi ruang keretaku. Aku toleh sekilas pada ezzah. Ada air mata yang mengalir dari pelupuk matanya. Aku sebak melihatnya. Dada aku berasa sesak. Ya! Aku tahu apa keasalahanku. Aku cuma tersilap langkah. Aku tidak sengaja. Aku tidak berniat! Aku semakin pasrah. Tubuhku semakin lemah. Apabila ezzah cuba untuk menghampiri. Aku lihat ada sebuah lori kontena yang membawa muatan berat sedang bergerak laju menuju ke arahnya. Aku lihat pemandu lori tersebut seperti sedang mabuk. Aku cuba menjerit untuk mnyuruh ezzah mengelak. Tetapi hanya jeritan di dalam hati. Mulut aku terkunci. Aku tidak tahu mengapa aku ingin menyelamatkan dia. Tapi aku tahu! Mungkin ini sahaja cara yang ada untuk menebus dosa aku pada dirinya. Lori tersebut semakin hampir. Ezzah menoleh kearah lori tersebut dan cuba untuk bergerak pantas. Namun...

Pinnnnnnn!!!!! Bunyi hon lori tersebut bingit memecah gegendang telingaku. Bunyi decitan tayar turut membuat aku terpaku melihat keadaan yang baru sahaja berlaku dihadapanku. Lori tersebut menggilis tubuh ezzah sehingga menyebabkan kepalanya pecah dan otaknya hancur seperti diblender. Percikan darah memenuhi tingkap cermin kereta aku. Aku terkaku tidak berkata. Tubuh aku longlai. Lembik seperti tidak mempunyai tulang. Tiba tiba, Air mani yang memenuhi kereta aku tadi hilang. Begitu juga dengan rambut yang melilit tubuhku. Aku lihat kaki aku yang luka tadi juga seperti tiada apa yang berlaku. Aku melihat kearah jalan raya yang menjadi saksi tragedi tragis tadi. Kosong. Tiada apa. Aku menarik nafas lega. Fuhh, apabila aku pandang kehadapan. Zuppp! Ahhhhhhhh!!!!! Kepala ezzah menyergahku.

Aku Tersentak dari tidurku apabila aku mendengar bunyi hon daripada kereta yang terdapat di belakangku. Aku terpinga pinga dengan apa yang terjadi. Tubuhku berpeluh seperti balik daripada berperang. Aku lihat lampu isyarat sudah lama bertukar kepada warna hijau. Ahhh! Aku mimpi rupanya. Nasib baik aku hidup lagi. Ingatkan dah mati. Aku menarik nafas lega yang teramat sangat. Mimpi yang paling ngeri dan buruk pernah aku alami. Tulang. Dahi koyak. Rambut. Air mani. Otak hancur. Ya! Semuanya seakan akan benar berlaku. Bunyi hon yang bertalu talu dari belakang menyedarkan aku kembali. Aku segera memecut laju dalam keadaan yang masih bingung. Aku tidak tahu apa yang sedang terjadi. Aku keliru. Bingung. Aneh. Takut. Semua perasaan menjadi satu. Aku mengeluh berat. Namun aku bersyukur kerana itu semua hanyalah mimpi. Aku menarik nafas dalam dalam sambil tanganku cuba mengeluarkan telefon bimbit yang kusimpan di dalam kocek seluar. Kejap! Basah! Aku lihat bahagian atas seluar ku basah. Dan aku hidu. Fuck! Bau air mani.
Serta merta bulu roma aku menongkah langit. Betul ke mimpi ni?

SONGSANGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang