Azzah memarkir kereta honda civic nya diperkarangan rumah banglo 3 tingkat itu. Sejurus sahaja keluar dari keretanya dia terus disambut oleh pembantu rumahnya. Ketepatan. Kesetiaan. Dan kehormatan adalah satu perkara yang selalu dititikberatkan oleh azzah. Bukan sebagai tanda angkuh atau bongkak kerana hidup di dalam kemewahan dan kesenangan. Namun baginya ia adalah satu etika yang perlu diterapkan dimana sahaja agar semuanya kelihatan sempurna walaupun terselindung kecacatan. Mungkin. Pernah suatu ketika dahulu ketika azzah tinggal bersama keluarganya, lebih daripada 10 orang pembantu rumah akan dibuang dan ditukar setiap tahun. Kerana ayahnya, datuk rashid amat mementingkan kesempurnaan. Tidak boleh tidak ada kekurangan dimatanya. pasti akan ditegur, dimarah, dan dicerca kerana mengabaikan kesilapan sekecil itu.
Orang gaji yang berasal dari indonesia itu segera mengambil beg bimbit yang sedang dipegang oleh azzah. Azzah masuk kedalam rumah tersebut tanpa mempedulikan orang gajinya. Haihh dah nasib badan dapat tuan yang tidak mesra alam ini. Barangkali itu yang sering diucapkan oleh pembantu rumahnya di dalam hati. Namun tidak pernah sekali dia menzahirkannya. Kerana takut dimaki.
Azzah merebahkan tubuhnya di sofa yang terletak di tengah tengah ruang rumah banglo tersebut. Sofa empuk yang diimport khas dari negara itali itu cukup menenangkan dirinya. Tangannya ligat bermain dengan telefon pintarnya. Aplikasi whatsapp dibuka. 6 perbualan. Dia membuka satu persatu namun tiada satu pun yang dibacanya. Dia hanya membacanya sepintas lalu sahaja. Akibat berasa bosan azzah bangkit dari pembaringannya dan berlalu ketingkat atas. Banglo yang besar itu cukup sunyi baginya. Hanya tinggal dia sahaja yang menghuni banglo tersebut. Banglo tersebut dahulunya tidaklah sesunyi dan sesuram itu. Namun, selepas peristiwa yang berjaya menghancurkan dan memporak perandakan kebahagiaan keluarganya itu berlaku. Keluarga yang harmoni dan bahagia itu lenyap dan musnah begitu sahaja. Azzah tidak mungkin akan melupakan perkara tersebut. Tidak akan lupa dan tidak akan pernah lupa. Perkara yang telah menyebabkan dia kehilangan semua ahli keluarganya. Ibu. Ayah. Dan juga kembarnya. Ya kembar seiras yang amat disayangi oleh kedua ibu dan bapanya.
Azzah membuka pintu biliknya dan mencampakkan tubuh nya di atas katil. Alat kawalan jauh pendingin hawa dicapai dan ditekan butang on. Sekejap sahaja bilik yang tadinya berbahang seperti sauna kini berubah menjadi dingin seperti di gunung salji. Azzah membalikkan tubuh menghadap ke siling rumahnya. Matanya terkebil kebil. Mengamati setiap ukiran yang terukir di siling tersebut. Fikirannya menerawang mengingati kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi.
seorang lelaki yang dia akui memang tampan dan kacak. Muka maskulin yang sangat menonjol membuatkan perasaannya sedikit terbuai. Bayangan dan angan angan nakal singgah difikirannya. Alangkah bagus jika dia dapat meratah tubuh gagah itu. Pasti dia akan menggapai nikmat persetubuhan yang luar biasa. Azzah tersedar dari lamunannya. Wajahnya bertukar kemerah merahan kerana sedikit terganggu dan terangsang dengan angan angannya tadi. dia bingkas bangun dan segera membuka laci meja soleknya. Satu bungkusan yang berbalut dengan kain kuning di capai.
Akiff zamani. Itu lah nama yang tertera di muka hadapan diari kepunyaan kembarnya. Ya. Dia lah jejaka yang dia intip sebentar tadi. Dia juga adalah jejaka yang berjaya membangkitkan syahwatnya. Dia juga jejaka yang telah membuatkan kembarnya angau dilamun cinta. dia juga jejaka yang telah menyebabkan keluarganya musnah. Dan dia juga menyebabkan aku jadi begini. Tangan digenggam kuat sehingga menimbulkan urat biru. Tangisan yang cuba ditahan akhirnya tertumpah juga. Dia menjerit sepuas hati untuk menghilangkan lara yang bertapa dihatinya.
Akiff zamani. Aku akan balas setiap perbuatan yang kau telah lakukan pada aku dan keluargaku. Terutamanya kakakku. Aku takkan biarkan kau senang dengan kehidupan kau sekarang. Kau kacak akiff. Kau punya segalanya. Namun sayang. Kau tidak punya hati. Ya kau tidak punya hati pada perempuan! Kau hanya punya hati pada sejantina kau. Yang mempunyai alat sulit yang sama. Rupa bentuk yang sama. Jumlah telur yang sama. Kau bodoh akiff sebab telah menghancurkan hidup kakak aku. Kau buta dalam mengejar perhubungan. Kenapa burung yang kau kejar? Sedangkan nikmat lubang dan bukit itu lebih enak dari burung yang hitam legam itu.
Azzah melemparkan segala alatan solek yang terletak di atas meja tersebut. Berderai bunyi cermin pecah memenuhi ruang sunyi itu. Ketukan bertalu dari pintu bilik tersebut tidak dihiraukan. Dia memeluk buku diari itu dengan erat.
" kakkk.... adik rindu kakak.. adik rindu keluarga kita.. kenapa kakak tinggal adik.. adik sunyi kakk... adik sunyii!!! " azzah meraung sekuat hati.
puas dia cuba memujuk hatinya supaya kembali tenang. Namun tidak berjaya. Dia begitu lemah tika itu. disaat orang lain sedang bahagia bersama keluarga dan juga orang tersayang. Dia bersendirian menanggung beban dan derita yang jatuh menghempap kepalanya. Azzah kembali bangkit. Dan menyelongkar laci meja soleknya. Pil penenang diambil dan ditelan rakus. Itu sahaja ubat yang boleh menghilangkan kecelaruan dan kedukaan hatinya ketika itu. Matanya sedikit demi sedikit mulai layu. Bunyi ketukan pintu yang bingit daripada tadi semakin berbalam balam dipendengarannya. Tidak lama selepas itu dunia nya bertukar gelap. Segelap hati dan hidupnya. Tiada cahaya yang dapat menyinari kembali kegelapan yang bersarang dihatinya. Dia hanyut didalam lena berjumpa dengan ahli keluarganya. Ada senyuman yang tersimpul dibibirnya. Bukan senyuman bahagia. Namun senyuman dendam. Senyuman kematian. Itu yang sedang dizahirkan. Akiff zamani. Semoga kau selamat menempuh permainan yang engkau sendiri mulakan.
" tunggu balasan aku " azzah terus hanyut didalam alam yang direkanya
![](https://img.wattpad.com/cover/47196161-288-k705391.jpg)
YOU ARE READING
SONGSANG
Mystery / Thrillerakiff. seorang photographer tersohor dan terkenal dengan ketampanan nya. tapi sayang. bukan wanita yang dikejar tetapi lelaki. sejantina nya yang dikejar. sehingga pertemuannya dengan seorang lelaki yang mengingatkan dia pada wanita yang pernah berk...