Akiff menghempas pintu utama rumahnya dengan kuat sehingga memeranjatkan mama nya yang sedang berbual di telefon bimbit. Akiff meluru ke ruang tamu rumahnya seraya menghempaskan tubuh ke atas sofa buatan itali yang terdapat di tengah ruang tamu rumahnya. Kebanyakan perabut yang terdapat di dalam rumah agam itu diimport dari negara itali. Kerana mama nya merupakan seorang yang amat peka dan seorang yang amat cerewet dalam aspek pemilihan perabot. Semua perabot yang terdapat di dalam rumah agam tersebut adalah hasil pilihan mamanya sendiri. Prinsip mamanya, biarlah berhabis duit asalkan kepuasan itu dapat dicapai. Sama lah seperti akiff. Biarlah bernafsu sama sejenis sekali pun asalkan kepuasan itu yang paling utama. Mungkin itulah satu satunya perkara yang diwarisi oleh akiff dari mamanya. Tambah mamanya lagi, mereka merupakan orang yang dihormati dan dikenali ramai, jadi adalah menjadi satu kewajipan bagi keluarga mereka untuk menjaga maruah dan taraf mereka. Maklum lah orang kaya, pernah ke nak kalah? Tapi apa yang baik mengenai mamanya ialah walau sesenang dan sekaya mana pun keluarga mereka, hubungan mereka dengan pencipta tidak pernah diabaikan, mereka tidak pernah alpa dari melakukan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada yang maha pencipta. Hubungan sesama manusia turut dijaga, mungkin sebab itulah mamanya dipilih sebagai pengerusi persatuan kebajikan dan keusahawanan. Sikap rendah diri dan tidak lokek dengan kekayaannya itu menyebabkan orang ramai mudah berkawan dengannya. Sesuatu yang harus dibanggakan!
Akiff termenung jauh mengingati peristiwa yang berlaku pada dirinya sebentar tadi. Semua yang berlaku seakan benar belaka. Bau darah. Titisan peluh. Hormon yang mengalir. Air mani yang memenuhi rongga hidungnya seakan akan memang berlaku pada dirinya. Puas dia belek tubuhnya untuk mencari kesan darah. Air mani walhal rambut sehelai yang melilit tubuhnya pun tidak dijumpai. Dia menjadi buntu. Fikirannya runsing. Jiwanya kacau.
" Apa sebenarnya yang jadi kat aku tadi? " akiff bermonolog sendiri di dalam hati. jiwanya yang tadinya kacau kini semakin serabut apabila mengenangkan " benda " yang ingin menerkam nya tadi merupakan seseorang yang tidak asing dalam hidupnya. Seseorang yang pernah menjadi suri hatinya. Seseorang yang pernah membuatkan malamnya tidak pernah lena, makannya tidak pernah kenyang, mandinya tidak pernah terasa kesejukan dek air dan lancapnya yang tidak pernah menentu rutinnya. Ahh!!! Dia menjadi gelisah. Mengapa sekian lama ia menghilang sekarang baru ia muncul kembali? Di saat aku sudah mampu untuk melangkah dalam kenyataan? Di saat aku mampu untuk bernafas dengan hati yang lapang? Di saat aku mampu berdiri dalam alam yang nyata? Persoalan demi persoalan mula datang menghentak fikiran aku yang mula berselirat. tanpa dia sedari, tingkah laku serta tindak tanduknya itu menarik perhatian mamanya sejak dia pulang tadi.
" Akiff, barang-barang yang mama suruh beli tadi mana? Tak nampak pun kiff bawak plastik masuk rumah tadi " tegur mamanya, dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan anaknya. Matanya ralit memerhatikan tingkah laku anaknya yang dikira sebagai aneh itu. Tak pernah akiff termenung jauh macam ni. Macam ada masalah besar je. Detik hati seorang ibu, percayalah. Ia tidak pernah mengecewakan.
Akiff begitu ralit dan asyik dengan angannya sehingga dia langsung tidak menyedari kehadiran mamanya disebelahnya.
" kiff? "
Senyap." kiff?! " dia mengoncang tubuh anaknya sehingga mengembalikan akiff kealam nyata.
" Ahh! Haa mama, ada apa ma? "
" ada apa kiff tanya? Mama tanya kiff dari tadi kiff buat tak tahu je, penat cakap dengan kiff ni tau "
" alaa maa, sorry lah kiff tak perasan tadi, mama tanya apa dekat kiff tadi? "
" mama tanya kiff, mana barang yang mama suruh beli tadi? Mama tak nampak kiff bawak apa apapun masa kiff masuk rumah tadi. Ke kiff lupa nak ambik dekat dalam bonet? "
Akiff mengerlipkan matanya untuk beberapa saat.
" barang apa ma? " tanya akiff keliru
Bulat mata mamanya memandang kedalam anak matanya. Huuu seram!
YOU ARE READING
SONGSANG
Детектив / Триллерakiff. seorang photographer tersohor dan terkenal dengan ketampanan nya. tapi sayang. bukan wanita yang dikejar tetapi lelaki. sejantina nya yang dikejar. sehingga pertemuannya dengan seorang lelaki yang mengingatkan dia pada wanita yang pernah berk...