BAHAGIAN 10

4.7K 55 5
                                    

Untuk melepaskan tekanan yang berlaku pada hari ni. Aku ambil keputusan untuk  mengisi masa kosong dengan berjalan jalan dekat dalam mall tu. haishh bala betul. Hari ni dua masalah datang. Satu, si adam tu suruh ganti tempat fathia, dahtu cancel pulak tuh. Aduh mak ai sabar jelah aku. Kedua, haaa ni yang paling aku serabut. Bodoh punya perempuan! hi kalau aku jumpa lagi minah tu memang aku langgar sampai mati. Biar mampus. Aman sikit dunia ni bila seorang perempuan macam tu dah pupus. Hidup menyusahkan orang je. Haishh!! Makin di ingat pasal peristiwa tadi makin sakit hati ni. Makin nak aku jadi pembunuh. Sabar kiff. Sabar. Tak cool lah kau ni. Baru macam tu dah merungut macam bapok. Rilek dah lah. Ada hari nanti kau balas cukup cukup. Tak dapat bunuh. Kau tebuk dia sampai mati. Bisikan syaitan menghasut aku untuk terus tersesat.

Syaitan ni pun satu. Tak reti nak menghasut. Aku ni gay lah. Mana lah aku hadap dengan 2 gunung dengan karipap perempuan tu. Aku ni suka lolipop. Aiskrim. Pisang. Haaa itu yang aku mengidam. Akiff terus berjalan tanpa hala tuju dalam mall tu. Dari satu kedai ke satu kedai dia masuk. Dia masuk ke butik H&M, dia belek baju baju yang tergantung kemas di tempat yang disediakan. Dia ambil beberapa helai kot yang berlainan warna dan dipadankan di hadapan cermin yang disediakan. Hmm kacak jugak aku kalau pakai kot kan. Sebelum ni aku tak pernah pakai kot. Maklumlah, kerja photographer ni apalah sangat. Bukan macam kerja bank ke, office ke yang kena pakai kot. Kadang kadang tu teringin jugak nak pakai. Walaupun aku tahu, kesudahannya kot kot ni semua nanti akan duduk termenung dekat dalam almari tu. Akiff mengambil sehelai kot berwarna kelabu. Setelah puas membelek dan dibandingkan dekat kot yang berlainan warna. Akhirnya dia membuat keputusan untk memilih warna kelabu. Sebenarnya, orang kalau dah kulit putih ni. Pakai apa pun tetap nampak segak. Kacak. Smart. So tak perlu lah risau pasal pilihan warna yang sesuai. Tapi untuk yang kulit gelap tu. Haa kena pandai lah cari. Silap pilih warna. Alamatnya kena bahan lah dengan kawan kau. Mahu sampai ke tua dibahannya.

Akiff pergi ke kaunter untuk membayar kot yang di ambilnya. Ketika itu orang yang berkunjung di dalam butik tu takdelah ramai sangat. Walaupun hari ni hari minggu. Mungkin harga baju dekat sini mahal kut? Akiff membuat andaian sendiri. Dia memerhati kan pekerja yang bertugas pada ketika itu. Dia mengerling pada nametag yang tersemat di dada sebelah kiri lelaki tersebut. Haikal. Hmm sedap nama. Sesedap orang nya. Akiff mula meliarkan pandangannya. Dari dada kiri beralih ke dada sebelah kanannya. Pehh! Sado. Kalah aku. Kemudian dia melihat otot otot yang tumbuh sempurna di bahagian lengan lelaki tersebut. Dia menggigit bibirnya tanda tergugat dengan kesempurnaan yang dimiliki. setelah itu, pandangannya beralih naik ke leher dan terus naik ke bibir. Ahhh! Bibir dia seksi gila. Pink. Hidung mancung. Mata sepet. Nama haikal tapi muka macam cina. Muallaf ke dia ni? akiff bermonolog sendiri. Lamunan nya terhenti bila lelaki tersebut melambaikan tangannya dihadapan wajah akiff. Akiff tersentak dari angannya. tidak semena muka nya bertukar tona warna. Nasib kau lah kiff. Kulit putih, memang jelas lah betapa merah nya muka dia masa tu.

" Erm, encik? Encik nak bayar ke tak nak?"

" Ehh err ermm ya... ya.. saya nak bayar. Berapa ya?"

" Semuanya RM245.90 "

Akiff menghulurkan 3 keping wang RM100 kepada lelaki tersebut. Alahai bodohnya lah kau kiff! Macam mana kau boleh kantoi time usha mamat tu tadi. Dah tu kau usha bukan main lama lagi. buat malu je. Nasib baik dekat kaunter tu tiada orang lain.

Akiff mengambil kembali baki apabila lelaki tersebut menghulurkan wang kepadanya. Tapi, belum sempat akiff menarik tangannya. Lelaki tersebut terlebih dahulu menggenggam erat tangannya. Akiff terkejut. Apahal mamat ni? Alahaii dia nak marah aku ke apa? Jangan lah kat sini woi! Berapa ramai orang nak bagi aku malu hari ni? Tolonglah lepaskan tangan aku.

Aku memberi pandangan kepada dia yang orang boleh anggap macam kita tanya, ye kenapa? Haa pandangan yang macam tu. Aku jongket sikit kening. Bagi betul betul tertanya tanya kenapa tarik tangan aku.

SONGSANGWhere stories live. Discover now