8

15.5K 737 15
                                    

Sebulan kemudian......

Exam akhir tahun tinggal lebih kurang sebulan. Aku dan rakan-rakan sibuk dengan persediaan peperiksaan. Tapi tak de lah sibuk macam betul-betul esok periksa, hanya studi gitu-gitu aje.

Kebetulan ada cuti seminggu pada minggu hadapan. Jadi aku duduk melantak buat kerja kursus sejarah di dalam bilik.

"Angah!! Buat ape? Meh turun makan.." Alamak!! Sibuk buat kerja sejarah sampai lupa makan.

Aku lantas bangun dan mengemas buku-buku. Aku turun kebawah dan terus kedapur.

Usai makan malam, aku terus naik keatas untuk menyiapkan kerja kursus sejarah.

"Astaghfirullahhalazim! Dah nak pukul sepuluh.." Patutlah mata ngantuk semacam.

Aku terus ambil whudu' dan berus gigi . Kemudian melabuhkan badan diatas katil. Aku ingin set time untuk bangun solat subuh esok pagi di Iphone5 ku.

Tiba-tiba aku terperasan nama Adam di notification. Aku terus tekan untuk mengetahui.

Assalamualaikum Ania. Aku ada benda nak bagitahu ni.

Jantung aku sudah mula berdebar. Apa yang Adam nak cakap ni? Tak mungkin dia suka aku? Haih tak payah perasan lah!! Erm aku yakin tak kan punya.

Waalaikumsalam. Nape? Cakaplah.

Berkobar-kobar semangat aku nak tahu. Ni mesti benda penting.

Erm, kau dekat mana? Daripada bulan sembilan lagi aku nak bagitahu tpi takut masa tak sesuai la.

Adam ni dah kenapa? Nape dia cakap daripada bulan sembilan? Ada pape yang dia sembunyikan ke? Haih. Ni yang buat aku takut.

Aku dekat bilik aku lah. Alah tak pe cite je aku okay.

Adam hantar lagi.

Haih. Aku teragak-agak nak bagithu.

Semangat aku hampir patah. Entah apa yang hendak dia katakan sebenarnya.

Aku tak kesah kalau kau nak cakap, kau bagitahu aje lah.

Adam masih typing....

Sebenarnya, aku ada letak surat dekat kau punya beg masa birthday kau.

Aku sudah tersimpul malu. Pipi makin merah. Arghhh!!!!!!!!! Ingin saja aku menjerit keriangan. Nasib baik pikir pasal orang dalam rumah. Jerit dalam hati sahaja mampu.

Series? Dah tu nape aku tak perasan langsung? Erm kau letak dekat mana?

Aku selit dekat buku Ag.

Buku Ag? Modul ke buku teks?

Modul. Dah jumpa?

Alhamdulillah dah. Heheheh.

Aku terus mencari buku Ag modul di rak buku bersebelahan denganku.

Bila nak baca?

Inn shaa Allah malam sikit. Dalam pukul 12.05 gitu.

Ouh okay. Dah baca bagitahu tau :P

Yeye aku bagitahu.

Aku terus berchatting dengan Adam mengenai kerja kursus sejarah dan perihal didalam kelas.

Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 12:05. Aku capai kertas yang Adam bagi dan membacanya.

17september2015.

Bismillah. Assalamualaikum, macam mana birthday kau? Best? Banyak hadiah tak? Untunglah. Masa birthday aku, kau dengan Clarance je bagi hadiah. Kau ingat lagi tak masa kita jumpa form 1? Aku tak yakin sangatlah tapi kau selalu curi-curi pandang aku. Geli kau tahu tak? Ahahah aku tahu lah kau kan suka aku. Kau suka aku sebab aku hensem kan? Ish malasje. Heheheh.

K.. Sekarang kita dah form 2, automatic kita jadi rapat sebab kita duduk rapat-rapat kau dengan Clarance sekali dalam kelas.

Aku terus menyelak ke helaian seterusnya. Mamat ni poyo betul lah. Boleh pula dia imbas kenangan masa form 1. Ahahah. But!! Wait!! Siapa curi-curi pandang dia? Hish dia ni.

Aku sekarang ni cuba describe kau eh, kau ni seorang yang rajin, baik hati and matang. Tapi bila nak tinggi? By the way suka tengok kau marah-marah. Comel je. Aku minta maaf kalau tulisan tak lawa and tak dpt bagi hadiah sebab aku dah lambat. Sekarang aku tulis dah pukul 6:15.

Opppsss lupa! Kau ada suruh aku beli novel masa kat surat kau bagi aku.. And aku dah beli hihihi. K lah bye. And kalau kau nak tahu, aku dah ada crush :)

Eee.... ada ke patut tulis surat aku cincai-cincai je. Erm asalkan dia bagi hihi. Tapi siapa crush dia? Hati aku mula retak sedikit. Ya Allah, aku tahu khilafku, aku hanya mencariMu bila aku kesedihan. Ampuni hamba mu Ya Allah.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now