9

14.6K 633 4
                                    

Hari yang paling bahagia apabila berkumpul bersama keluarga tercinta dan meluangkan masa bersama. Dimalam yang dingin ini aku dengar berita mengejut yang diberitahu oleh mak aku.

"Iye ke ma?!" Aku terkejut. Dalam hati keriangan. Tak sabarnya nak gerak!

"Iye lah... Cik Long kata nanti Jumaat ni kita gerak KL." Puan Ainur sudah masak dengan perangai anaknya. Cakap sekali mana nak dengar, mesti tanya lagi.

"Kenapa kita nak kena gerak KL?" Aku terpegun seketika. Aku memandang ke arah abangku. "Dah tu Hafiz? Kau pergi tak?"

Belum sempat Hafiz berkata, Puan Ainur terus menyampuk. "Tak pergi lah.. Yang pergi cuma ma, adik-adik dengan kau."

"Kita pergi KL tu buat ape ma?" Aku tak puas hati selagi soalan itu terbelenggu.

"Hantar Tok dengan Tokki pergi haji naik Airport." Tangan Puan Ainur ligat melipat baju sambil menjawab soalan itu.

Aku terus berlari naik ke atas untuk kemas beg pakaian.

"Ya Allah tak sabar betul!! Erm ape ek nak bawak?" Tangan aku terkebil-kebil memilih baju untuk diletakkan ke dalam beg.

Daripada bawah Puan Ainur sudah jerit. "Angah! Bawak baju lawa-lawa sikit!!"

"Ish ma ni.. Macam lah orang tak tahu." Membebel aku sendirian.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

Terasa berat tangan aku untuk melambai kearah abah dan Hafiz. Sukar untuk meninggalkan mereka untuk beberapa hari. Sebelum ini biasa saja aku duduk dikampung berbulan-bulan tanpa mereka.

"Bye!!!!!!" Kedua-dua tangan aku dilambai kearah abah yang berada di luar bas.

Bas sudahpun bergerak untuk menuju ke destinasi kita iaitu KL. 'KL kami datang!!'. Sepanjang perjalanan untuk ke KL aku berasa bosan kerana telefon aku tiada internet untuk chatting-chatting dengan orang.

Aku terfikir idea bernas iaitu dengan meminjam telefon mak aku!

"Ma.. Nak pinjam phone kejap. Phone adik tak ada internet. Nak main wechat jap.." Harap-harap lah ma bagi!! Letih dah aku buat muka seposen kat sini. Hihi.

Puan Ainur terus hulur phone. "Main wechat je tau! Jangan usik benda lain." Sempat lagi beri nasihat.

"Ia-ia. Orang main wechat je.." Kenapa ma tak bagi main benda lain ek? Whatsapp ke? Hmm biarlah.

Sedang sibuk aku bermain wechat.. Tiba-tiba aku terima satu mesej whatsapp daripada seorang lelaki.

Kalau nak tempah bilik, boleh beli dua bilik. Satu bilik untuk anak U.. Satu lagi untuk kita.

Aku mula curiga... Mesti ada sesuatu. Aku beranikan diri, aku toleh kearah mak aku... Ada can! Ma dah tidur.. Aku terus tekan perbualan mereka.

Belum sempat tekan, mak aku dah bangun. Haih.. Tak sempat lah! Tak pe lah.. Tak de apa-apa kot. Positive thinking!! Ingat Ania!!

Setelah berjam-jam didalam bas, akhirnya kami tiba di destinasi kami kira-kira pukul 4 pagi! Yeay!! Kami berada di KL sentral.

"Ma... Kita tunggu siapa? Dah kesejukan ni.."

"Tunggu mak cik kau la.." Mak aku hanya rileks sambil meribakan adik aku yang masih tidur.

Mak cik? Setahu aku adik beradik ma tak ada yang duduk Keyyel. "Siapa ma?" Otak aku ligat memikir.

"Ouh!!! Cik Maz eh??!" Huhu baru teringat. Cik Maz ni belah abah. Boleh dikatakan adik kepada Abah.

"Ye lah.. siapa lagi?"

Hampir setengah jam juga menunggu, tiada siapa datang.. Aku pun dah sakit badan ni.. Mana pulak lah Cik Maz ni..

"Angah.. Angkat beg." Serius juga arahan mak aku kalini.

"Kenapa?"

"Tu ha dah sampai." Jari telunjuk mak aku tunjuk kearah kereta vios berwarna hitam.

Lah.. Dah sampai.... Ingat tahun depan baru nak amik. Siap suami ikut bagai.. Ingat kiteorang ni muat ke kalau tiga seat je. Redha je lah!!

Kami terus naik kereta dan pulang ke rumah appartment Cik Maz. Tinggi juga nak kena naik. Ni kali pertama aku jejakkan kaki ke rumah barunya. Sebelum ini kami pergi hanya rumah flat.

Sesampai dirumah, kami ditunjukkan bilik. Aku terus mengambil bantal dan paling penting ialah tidur!!!!

Cinta classmateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang