Epilog

17.1K 657 61
                                    

Beberapa bulan kemudian..

Sinaran matahari pagi menyinari mata aku. Aku yang berada di laman rumah sedang duduk di buai. Masa berputar dengan sekelip mata kini, hanya beberapa bulan lagi aku akan bersalin.

Aku jalani kehidupan sebagai ibu mengandung dengan mudah tetapi tidak bagi suami aku. Setiap 3 pagi aku akan meminta dua biji burger benjo dan air milo. Kesian dia. Aku pun tak tahu kenapa aku kuat makan. Berat aku sebelum mengandung kurang 5kg. Nampaknya aku makin gemok.

Sibuk aku memikirkan tentang bayi ini. Anak kami yang bakal dilahirkan ini ialah anak lelaki. Setiap sebulan aku akan pergi buat check-up.

Pernah sekali semasa aku ingin makan chicken chop di Kilang bateri, aku terserempak dengan Nana. Rupa-rupanya, Nana sudah bertunang dengan Rith. Nana ialah kawan baik aku semasa sekolah rendah. Tetapi aku lost contact dengannya beberapa tahun lalu. Baguslah Rith sudah bertemu dengan jodohnya. Aku berharap dia bahagia bersama Nana.

Nureen pula sudah berkahwin dengan tunangnya. Begitu juga dengan kawan baik aku, Irah. Dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Nur Safirah binti Muhammad Saiful. Tak lama lagi giliran aku pula.

"Sayang! Abang ada permintaan ni.." Adam yang datang entah daripada mana tiba-tiba muncul dihadapan aku. Mungkin aku ralit termenung hingga tidak perasan kehadirannya.

"Apa dia?"

"Cuba teka hari ni hari apa?"

"Hari apa?"

"Ish mana abang boleh bagitahu.. Sayang kenalah teka sendiri."

Kening aku sedikit terangkat. Suami aku ni dah kenapa? Tiba-tiba tanya pasal hari. "Hari ni kan hari Sabtu?"

"Sayang ni betul-betul tak ingat eh?" Aku menggelengkan kepala.

"Tak apa. Harini hari anniversary perkahwinan kita. Permintaan abang senang je, boleh tak sayang pakai lawa-lawa?"

"Nak pergi mana?"

"Rahsia! Boleh tak?"

"Inn shaa Allah, untuk abang semuanya boleh."

+++

Entah kemana suami aku ni nak heret aku. Dengan perut bulat, mata bertutup, baju mengandung bercorak bunga-bunga dia bawak aku. Katanya nak bawak pergi tengok cahaya. Cahaya? Pelik bebenor suami aku ni.

"Abang, kenapa sayang kena pakai macam ni? Siap bertutup mata bagai. Pakai lawa-lawa." Aku masih lagi banyak bertanya ketika di dalam kereta.

"Sayang ni boleh tak duduk diam? Kesian baby dalam perut tu, sayang asyik gerak. Nanti dah sampai abang bagitahu lah." Aku merasakan sebelah tangannya menggenggam tanganku.

Aku merasakan seolah-olah sudah lama aku berada di dalam kereta. Hampir dua jam mungkin? Atau firasat aku sahaja? Entah lah.

"Sayang kita dah sampai pun! Tunggu sekejap abang bukakan pintu untuk sayang." Pintu kereta sebelah pemandu seperti ditutup. Pintu kereta sebelah aku pula dibuka.

"Hati-hati ye sayang... Jom jalan.. abang pimpin tangan sayang." Kata Adam sambil memimpin aku keluar daripada kereta. Aku ingat bila dah sampai boleh lah buka ikatan di mata, ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Terpaksa berjalan pula sambil tutup mata.

"Okay sayang duduk dekat sini!" Adam menyuruh aku duduk di sebuah kerusi. Aku merasakan seperti kerusi itu lembut. Tak macam kerusi plastik biasa. Kat mana aku sebenarnya?

Cinta classmateWhere stories live. Discover now