Jam menunjukkan pukul 12.25 pagi. Aku masih tidak terlelap. Mujurlah esok hari minggu. Aku teringat tentang lelaki yang masuk meminang aku. Aku buntu.
"Astaghfirullah." Aku mendengus kecil. Aku terfikir untuk melakukan solat istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah.
Ya. Itu sahaja cara yang mampu aku lakukan. Aku mengambil wudhu'. Dan terus solat.
"Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan aku ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."
Usai solat istikharah, aku terus baring di atas katil dan terlelap dibuai mimpi.
•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•
Aku berasa bosan di petang hari. Adik-adik aku semua sibuk dengan persediaan peperiksaan. Aku tak mahu kacau mereka. Kesian.
Pergi ke taman rekreasi adalah cara yang paling terbaik. Aku menelefon Irah. Sudah beberapa minggu sejak dia berkahwin aku tidak berbual dengannya.
"Assalamualaikum Irah.."
"Waalaikumsalam Ania." Lembut suara Irah.
"Kau ada apa-apa aktiviti ke dengan suami kau petang ni?"
"Tak ada.. Bosan jugak.. Suami aku pergi jumpa kawan dia. Ada hal katanya. Sanggup tinggal aku sorang-sorang. Apa lah husband aku ni.." Eh eh, kutuk suami sendiri pulak. Ada ada je Irah ni.
"Aku nak ajak kau pergi tasek berhampiran Kolej tu.. Nak tak?"
"Boleh jugak.. Lama tak jumpa kau, rindu lah katakan.. Aku tanya suami aku dulu.. Kau siap-siap."
"Amboi.. Siap mintak izin. Isteri solehah ni ahahah." Memang Irah sentiasa patuh kepada ibubapanya dulu. Jika parents dia cakap tak.. Memang tak lah.
"Ish kau ni.. Dah-dah lah. Aku nak siap-siap."
"Aku datang rumah kau tau.. Aku amik. Jimat minyak sikit."
"Okay." Aku tutup panggilan.
Aku solat asar dahulu memandangkan sudah masuk waktu. Kemudian aku mengenakan pakaian t-shirt lengan panjang berwarna hitam dan tudung berwarna kelabu.
Aku bercadang hendak singgah di kedai ABC berhampiran dahulu. Hendak isi perut.
•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•
"Hah!?? Uhuk uhuk." Terbatuk-batuk Irah bila dengan aku cerita mengenai mamat Eric tu.
Aku cuak. Aku mengusap-usap belakang Irah. "Kau okay tak ni?"
Aku okay. Irah menggunakan bahasa isyarat tangan. "Kau biar betul? Mana mamat tu kenal kau?"
"Itu lah masalahnya, aku tak kenal dia tapi dia boleh kenal aku. Jangan-jangan dia ada saka tak? Dia guna saka dia nak spy aku." Saja aku guna perkataan saka tu untuk menambahkan lucu dalam cerita aku.
Irah ketawa berdekak-dekak. "Kau ni ape lah.. Mana tahu selama ni kau kenal dia.. Tapi kau lupa? Ataupun dia kenal kau tapi kau je yang tak perasan."
"Haah lah." Betul juga kata Irah kemungkinan macam-macam boleh berlaku.
"Aku sarankan kau supaya terima lamaran Eric tu lah. Lupakan lah kisah mak kau tu dulu. Kisah tu dah lama. Tak semua lelaki macam tu. Ada je yang baik, yang sssweeeett gitu." Sengaja Irah menekankan perkataan sweet di situ.
"Aku dah buat solat istikharah semalam. Tinggal tunggu keputusan abang aku je." Muka Irah sudah berkedut. Mesti banyak tanda tanya.
"Apa kena dengan abang kau pulak? Bukan abang kau nak kahwin dengan kau."
Aku senyum sinis. Teringat misi yang aku beri kepada abang aku. "Erm.. Hehe.. Aku suruh abang aku menyamar jadi perempuan dekat whatsapp supaya usha si Eric tu."
Irah sudah mengeluh. "Inilah kau! Susah nak percaya orang. Aku tak de pon nak buat macam tu dekat suami aku. Bahagia je sekarang."
Kau lain Irah. Aku tak kenal mamat ni, sebab tu aku buat macam ni. "Aku nak tengok apa lelaki tu cakap dekat abang aku. Kalau dia jenis setia or pertahankan maruah dia.. Aku terima lamaran dia!"
Alamak! Aku dah salah cakap.. Habislah aku. Kata-kata tu doa dan janji. Hua hua.
"Aku sahut cabaran kau! Dah habis makan kan? Jom pergi jogging pulak. Tahu tambah lemak je.." Ajak Irah.
Aku bayar lalu berjogging sepanjang laluan yang disediakan.
•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~
Setelah selesai menunaikan solat isyak, aku baring diatas katil.
Kling~
Menandakan meses whatsapp masuk. Nama abang aku terpapar di permulaan telefon pintar aku. Aku buka whatsapp.
Hafiz: Ania. Misi aku dah selesai. Aku rasa kau patut terima lamaran dia. Aku dah cuba macam-macam dah. 😅
Ania: Series? Erm.. Kau buat ape je? Kalau kantoi aku tak tahu lah.😑
Hafiz: Itu rahsia.😬 Mana boleh bagitahu. Tapi kau kena terima dia!
Ania: Kau ni beria pulak. Inn shaa Allah aku pertimbangkan. Nanti aku bincang dengan Ma.
Hafiz: Dah-dah aku bz.. Kirim salam dekat semua. Assalamualaikum.
Ania: Walaikumsalam. Inn shaa Allah.
Aku masih berfikir. Aku rasa Allah dah beri petunjuk. Memang si Eric tu jodoh aku. Esok lah aku bagitahu Ma. Yang penting tido!!
YOU ARE READING
Cinta classmate
RomanceAnia zahra telah meminati seseorang sejak di bangku sekolah menengah. Dia hanyalah gadis biasa yang rendah, kurang cantik dan hidup dengan sederhana. Ania yang suka bergaul dengan lelaki menyebabkan Puan Ainur ingin jodohkan Ania dengan seorang lel...