2

23.7K 926 30
                                    

"Irah!! Kau ada pergi tak dekat meja lelaki yang belakang tu?"

Suara aku bergetar sedikit.

"Oi kau ni! Panggil aku macam aku duduk jauh aje. Erm tak sempatlah aku pergi kat tempat budak lelaki sana. Kenapa?"

Irah mengangkat keningnya sedikit tanda kehairanan.

"Aku macam minat sikit la dekat budak lelaki tu. Yang pakai baju sado sikit tu." Jari tunjuk aku menghala kearah Adam tetapi disembunyikan sedikit.

"Heh? Yang mana? Ouh... Yang tu..." Irah bangun sedikit untuk melihat lelaki itu.

"Kau rasa dia hensem ke? Bagi aku hensem la jugak sebab dia putih and sado-sado gitu. Hehehehehehehe." Aku melemparkan senyuman sehingga ke telinga kepada Irah.

"Hensem jugak lah..."

Aku sambung menulis untuk menyiapkan kerja yang cikgu beri.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Siapa yang menyusun tempat duduk kamu semua?" Cikgu baharu memasuki kelasku selepas waktu rehat.

"Main duduk sahaja"
"Pilih sendiri"
"Tidak ada yang susun"

Pelbagai jawapan diberikan oleh rakan sekelasku.

Mata cikgu itu memandang ke serata kelas. "Saya tidak suka cara kedudukan kalian. Ada sesiapa yang mempunyai senarai nama murid?"

"Saya!" Murid itu bangun lalu menyerahkan sekeping kertas kepada cikgu.

"Bermula barisan hujung ni, nama yang saya panggil sila duduk di tempat awak. Saya tak nak ada sesiapa tukar tempat duduk secara senyap-senyap tanpa pengetahuan saya!"

Cikgu itu mula menyebutkan nama seorang demi seorang sehingga semua mendapat tempat duduk.

Aku mendapat tempat duduk di sebelah hujung belah kanan tepi tingkap. Bagi aku, ia tidak begitu selesa kerana tidak merasa kipas.

"Clarance!" Adam menarik kerusi Clarance dihadapannya.

Mendengar suara seperti dikenali itu menyebabkan aku tertoleh ke arah kiri secara automatik dan aku ternampak Adam di sebelah mejaku.

'Adam?!!! Ya Allah segannya!' Aku berceloteh di dalam hati.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now