1996,
Di luar rumah banglo tiga tingkat yang gah berdiri di tengah belantara, hujan turun dengan lebat pada malam itu. Guruh berdentum turun dari langit, menyuluh terang segenap alam.
Penghuni banglo mewah itu dalam kekusutan. Si isteri mundar mandir, menanti di luar bilik si anak. Dia menggigit kuku ibu jari. Wajahnya memaparkan kerisauan. Sesekali suara jeritan si anaknya dari dalam bilik itu membuatkan jantungnya seakan mahu meletup. Setiap kali itu juga lah dia agak menjerit dan mengetuk pintu yang terkunci rapat itu.
"Soorim! Soorim kena kuat sayang,"matanya yang bengkak melelehkan air jernih ke pipi.
"Omma! Omma! Tolong Soorim! Appa nak bunuh Soorim! Tolongg!"Dia menekup telinga pada jeritan si anak. Itu pesanan Father Peter kepadanya supaya jiwanya yang lemah tidak mudah diperdayakan syaitan. Suara si anak yang kesakitan bergema di dalam fikirannya pula, membuatkan hatinya meruntun dengan segunung rasa kasihan.
"Selamatkan anak kau Soo Jung. Dia dalam bahaya! Suami kau dan Father Peter tengah seksa budak tu,"Soo Jung kalah dengan bisikan itu yang memaksa dirinya supaya bertindak. Dia nekad menghempap daun pintu sepenuh tenaga dengan tubuhnya. Beberapa kali dia mencuba, daun pintu berjaya dibuka.
Di dalam, dia melihat anaknya Soorim terbaring lemah di atas katil. Muka Soorim penuh lebam dan luka, menghilangkan kecomelan si anak yang baru berumur 6 tahun itu. "Omma!"panggil Soorim. Mata Soorim bergenang memandang tepat ke arah ommanya seperti meminta pertolongan.
Kedua dua tangan dan kaki Soorim dirantai pada empat bucu katil. Father Peter terkumat kamit membacakan doa sambil menekan salib ke dada kecil Soorim yang menampakkan sangkar rusuk. Soorim menjerit dengan suara yang garau—tidak seperti suara halus Soorim yang selalu Soo Jung dengar. Soorim meronta ronta mahu melepaskan diri. Katil yang menampung tubuh Soorim bergegar dan terangkat sedikit kerana kekuatan luar biasa Soorim. Si ayah memegang erat kaki Soorim.
"Omma...tolong Soorim! Tolong Soorim. Soorim sakit,"wajah Soorim merayu pada penglihatan Soo Jung. Wajah sebenar anaknya yang comel tetapi pucat tak bermaya. Pantas Soo Jung menolak suaminya menjauhi Soorim. Dia mengarahkan Father Peter memberhentikan bacaan doa kerana itu yang menyakitkan Soorim.
"Changi, lepaskan Soorim! Ni bukan anak kita! Lepaskan dia. Jangan mudah terpedaya,"Si suami cuba memisahkan Soo Jung dan Soorim. Soo Jung menghunuskan pisau di hadapan suaminya dan Father Peter supaya menjauh dari Soorim. Soorim ketawa panjang. Dia merentap rantai dengan kuat sehingga terputus.
"Aku takan tinggalkan tubuh budak ni. Dia dah janji untuk bersama selama lamanya dengan aku. Aku takan lepaskan dia,"kata syaitan yang merasuk Soorim. Father Peter menyambung bacaan doa sambil memegang erat salib di tangannya. Soo Jung ditarik oleh suaminya supaya berlindung di belakang Father Peter.
Tubuh Soorim terapung mencecah siling seperti kehilangan daya graviti. Mata Soorim tiada mata putih, hitan sepenuhnya. Urat urat biru menimbul dari leher ke pipi. Mulutnya ternganga luas menitis cecair hitam yang busuk. Doa yang dibaca oleh Father Peter tidak memberikan apa apa pun kesan pada Soorim. Bahkan syaitan di dalam tubuh Soorim makin berkuasa.
"Budak ni milik aku!!!"jeritan Soorim memecahkan semua kaca yang ada di dalam bilik itu. Soorim menghalakan tangannya ke arah Father Peter. "Kau takan dapat halang aku orang tua,"kuasa ghaib mencengkam leher Father Peter sehingga menutup salur pernafasannya.
"Hha...puskan anak pat..tung tu,"ujar Father Peter tercungap cungap.
Saat Soorim mengangkatkan tangannya, serentak tubuh Father Peter terangkat ke atas menuju ke arah kipas siling. Bilah kipas yang ligat berputar secara tiba tiba membelah kepala Father Peter menjadi cebisan halus. Darah tersembur ke segenap ruang bilik. Sisa sisa halus otak Father Peter yang hancur bertaburan di atas lantai. Tubuh Father Peter tanpa kepala terbaring di dalam lopak darah.
YOU ARE READING
ANNA
HorrorYoona dan Kai-membina rumah tangga hampir 10 tahun bersama dua orang cahaya mata menjadi penyeri hidup. Kerana urusan kerja, keluarga itu terpaksa berpindah ke sebuah rumah pusaka yang didiami oleh omma Kai. Sejak menghuni rumah tersebut, pelbagai...