1975,
"Pihak kami dah jumpa Mi-Ja. Syukur Mi-Ja selamat dan dalam keadaan baik. Ahjumma jangan risau, lepas kami bawak Mi-Ja pergi hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan, kami akan hantar Mi-Ja pulang ke rumah ahjumma,"panggilan dari pihak polis itu disambut oleh Ahjumma Kim dengan tangisan gembira. Selama seminggu Mi-Ja menghilang, Ahjumma Kim melafazkan ucapan syukur yang tak terhingga kepada Tuhan kerana telah memulangkan semula Mi-Ja ke pangkuannya.
Dia terus mengkhabarkan berita gembira itu kepada anak anaknya yang lain. Esok Ahjumma Kim mahu mengadakan kenduri kesyukuran untuk Mi-Ja. Biar pun Mi-Ja bukanlah zuriat, bahkan anak anak yang lain pon bukan dari darah dagingnya, Ahjumma Kim tetap menyayangi mereka semua seperti anak kandung sendiri. Lagipun esok jugak adalah tarikh istimewa buat Mi-Ja iaitu hari lahir Mi-Ja yang ke 7 tahun. Dia tidak pasti tarikh sebenar Mi-Ja dilahirkan. Pada 16 Jun, Tuhan mengutuskan seorang bayi kecil yang comel di hadapan rumahnya. Iaitu Mi-Ja—anak yang paling dia sayangi. Ahjumma Kim mengenang semula momen indah itu.
Lilly mengheret kawan kawannya masuk ke dalam bilik. Wajah masing masing nampak pucat seperti mayat.
Mi-Ja hidup balik? Sukar untuk mereka mempercayainya.
"Macam mana ni Lilly? Kita nak buat apa sekarang?"soal Peter yang gelabah dari tadi.
"Kau tak kunci betul betul ke stor tu sampai Mi-Ja boleh keluar?"celah Jisoo. Mereka lebih menyalahkan Lilly sekarang kerana cuai. Lilly mundar mandir meramas rambutnya.
"Kau cakap hari tu dia dah mati kan. Macam mana dia boleh hidup balik?"Si Gemuk pulak menambah. Lilly jadi tambah serabut memikirkannya.
"Aku betul betul yakin dia memang dah mati hari tu. Aku jugak yakin aku kunci bilik tu. Kunci tu aku simpan sampai sekarang. Korang tak percayakan aku ke?"Lilly memandang mereka bertiga. Mereka cuma diam, berasa bingun sekejap.
"Sekarang polis dah jumpa dia Lilly. Kalau Mi-Ja bagitahu polis kita pukul dia macam mana?"
"Kita tengok nanti. Aku rasa ada benda tak kena ni,"
Perbincangan mereka tidak lama kerana mereka diarahkan oleh ahjumma Kim turun ke ruang tamu untuk menyambut Mi-Ja. Deruan enjin kereta kedengaran di luar rumah. Dua buah kereta polis terparking di halaman hadapan. Ahjumma Kim sudah terpacak berdiri dengan senyuman lebar di muka pintu. Lilly dan kawan kawannya menanti dengan penuh debar dan ketakutan.
Jisoo menggigil di sebelah Lilly. Lilly cuma mampu mengintai di sebalik pintu. Dua orang polis keluar dari kereta sambil memimpin Mi-Ja. Mi-Ja tersenyum saat melihat Ahjumma Kim dan berlari anak ke arah wanita itu. Ahjumma Kim mendapatkan Mi-Ja ke dalam pelukannya.
"Mi-Ja tak apa apa ke sayang? Mi-Ja pergi mana? Tahu tak omma risaukan Mi-Ja sangat sangat,"ujar Ahjumma Kim.
"Mi-Ja main dalam hutan hari tu. Mi-Ja sesat. Mi-Ja lupa jalan balik,"balas Mi-Ja yang kelihatan dalam keadaan baik baik sahaja. Tubuh Mi-Ja tiada satu pun kesan lebam atau luka kena pukul. Lilly tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Kalau lebam dan luka itu sembuh sekalipun, ia akan memakan masa lebih dari seminggu. Dan menjadi persoalannya, bagaimana Mi-Jaa boleh meloloskan diri keluar dari stor bawah tanah itu? Kenapa polis menemuai Mi-Ja di hutan, seperti alasan yang direka oleh Lilly ketika ditanya oleh Ahjumma Kim seminggu yang lalu.
"Kami jumpa Mi-Ja dalam hutan. Ni satu keajaiban untuk ahjumma. Tuhan betul betul dah selamatkan anak ahjumma. Kami ingat kami dah takde harapan, dan kalau kami jumpa Mi-Ja pun kami dapat bawak balik tulang tulang dia saja pada ahjumma. Tapi ni satu anugerah untuk ahjumma. Tuhan betul betul sayangkan Mi-Ja,"kata pengawai polis lelaki itu sambil mengusap lembut umbu umbu rambut Mi-Ja. Anak comel kecil itu didukung ke pangkuannya. Biar pun Mi-Ja mengalami kecacatan, dia tetap nampak sempurna seperti anak anak yang lain.
"Terima kasih banyak banyak Encik,"kata Ahjumma Kim sewaktu dua anggota polis itu beransur pergi.
Ahjumma Kim membawa Mi-Ja ke dapur. Beberapa makanan yang menjadi kegemaran Mi-Ja sempat dia sediakan sebelum Mi-Ja pulang. Malam itu, rumah tersebut kembali meriah dengan gelak tawa.
Lilly hanya memandang pinggan makanan
YOU ARE READING
ANNA
HorrorYoona dan Kai-membina rumah tangga hampir 10 tahun bersama dua orang cahaya mata menjadi penyeri hidup. Kerana urusan kerja, keluarga itu terpaksa berpindah ke sebuah rumah pusaka yang didiami oleh omma Kai. Sejak menghuni rumah tersebut, pelbagai...