I AM ANNA

843 104 23
                                    

Akulah Anna.....seorg budak perempuan yg selalu keseorangan dan sentiasa diselubungi ketakutan .Kehidupan aku lamgsung tiada erti.Semua org tidak mengambil peduli tentang aku.Aku bagaikan sebatang kara yg kesepian.Omma kesayang aku sudah lama meninggalkan aku.Aku berasa sedih sangat.Sedih sehingga tak bisa terucap.Air mata sering menemani ku disaat aku rindukan omma.Bayang wajah omma sering kali terhazir di setiap lena ku.Appa aku pula seorg yg panas baran.Apabila ada masalah jer.....appa selalu memukul aku.Dia jadikan aku seperti binatang.Selepas kematian omma,sikap appa telah berubah.Appa yg dulunya seorg yg penyayang dan sentiasa menjaga aku bagai menatang minyak yg penuh telah pun lenyap.

"Suho!!!"sepatah nama appa yg selalu menjadi sebutan aku......kini nama itu semakin perit utk aku unggapkan.Selepas aku berumur 10 tahun,appa telah membuat keputusan utk berkahwin dgn seorg wanita yg menjadi pilihan hatinya.Wanita itu bernama Bomi,merangkap menjadi omma tiri aku.Kehadiran Bomi di dlm hidup aku menambahkan lagi seksa yg aku alami.Bomi selalu saje memukul aku....sehingga lebam lebam dan luka luka.Kadang kala tu,disebabkan aku telah memecahkan pasu kesayangnnya,aku telah dikurung oleh Bomi selama tiga hari tanpa memberi aku makan.Aku kelaparan.....kebuluran dan ketakutan dikurung di dlm bilik gelap yg langsung tiada pancaran cahaya.Aku hanya mampu menanggis dan menangis mengenangkan nasib malang yg menimpa diriku yg tdk pernah pun tiada kesudahan.Aku sudah perit....buat apa utk aku meneruskan kehidupan ini.Aku lebih rela mati.

"Omma,bawalah Anna pergi bersama omma.Anna tak sanggup lagi nak teruskan hidup ini!!!"

Tetapi disebabkan aku masih waras,aku kembali teruskan hidup ini.Aku baru teringat,sebelum ommaku menghembuskan nafasnya yg terakhir....dia menghadiahkan aku satu anak patung yg comel.Aku amat menyayangi anak patung itu.Anak patung itulah yg selalu menemani aku.Setiap masa aku akan membersihkan anak patung tersebut.Ia bagaikan satu satunya harta yg berharga yg pernah aku ada.Aku memanggil anak patung itu dgn panggilan ANNA.Sama dgn namaku.

Pada suatu malam yg hujan lebat,Bomi mengusirku keluar dari rumah.Dia sudah tdk sanggup lagi utk menjagaku.Habis pakaian pakaianku dibuang olehnya.Aku hilang arah tuju,tdk tahu ke mana harus aku pergi.Aku menghilang...........dan tiada sorang pun tahu aku berada di mana.

Setelah beberapa hari,pihak polis telah menemui mayatku yg sudah berulat di tepi kubur ommaku.Ketika itu aku masih setia memeluk ANNA.Biarlah aku mati bersama Anna.Sebelum aku pergi......aku berazam pd diriku yg aku akan balas dendam kpd Bomi sehingga tujuh keturunannya.Dendam ini akan sentiasa membara dilubuk hatiku...............dendam ini juga sesekalipun takan hilang walaupun aku sudah tiada...

Inilah diriku.......akulah Anna.

ANNAWhere stories live. Discover now