Seperti yang telah mereka rancangkan, tepat pukul 11.00P.M, Ahmad, Maslan, Yus dan Ali sudah mereput di rumah Nazaril.Apabila Umi Nazaril tanya yang mereka mahu kemana. Dijawabnya mahu study group di rumah salah sorang kawan mereka.
#menipu Adalah berdosa.
" Weh nak tengok syiling." ujar Yus memecah keheningan malam itu.
Ahmad dengan bangganya mengeluarkan sekeping syiling berbentuk segi tiga. Entah dari zaman bila entah. Syiling yang antik itu di gigit-gigit bagi membuktikan syiling itu bukan palsu.
Lepas sorang-sorang cuba gigit. Sampai turn Maslan.
"Eiiiii!! Penuhh air liur! Geli!!! Ewww" Maslan dah start buat perangai gedik dia.
Pap! Kepala Maslan kena hempuk dengan manila kad oleh Nazaril yang baru keluar dari rumah.
Apa lagi mencarut lah si Maslan."OKay. Sebelum kita mula aku nak tanya siapa yang pengecut nak tarik diri dari game ni? " soal Nazaril dengan berani. Padahal dia sendiri rasa takut bagai nak tercabut jantungnya.
Kawannya yang lain hanya memandang satu sama lain . Mana tahu ada yang mahu menarik diri. Dengan demikian barulah mereka boleh tarik diri sekali. Disebabkan ego, tiada seorang pon yang angkat tangan. Masing-masing telan liur. Nasib kaulah labu-labu sekalian.
Nazaril duduk bersama rakannya di pangkin . Marker dan manila kad dikeluarkan.
Terus di mulakan operasi.
Dilakarkan huruf A hingga Z di ruangan atas dan bawah manila kad. Seterusnya nombor dari angka 0 hingga 9 diletakkan di kiri dan kanan kad. Mana kala di tengah-tengah kad pula terdapat tiga ayat iaiu Yes Home No.
Usai sahaja membuat board atau base game tersebut, mereka menuju kearah motosikal mereka lalu memecut ke kawasan sekolah.
Mereka membuat pemantauan di luar kawasan sekolah. Lebih tepat lagi meraka mencari lubang "tikus" untuk mereka masuk ke kawasan sekolah tersebut. Setelah tawaf lebih kurang satu setengah kali,
Mereka terjumpa dengan lubang tikus yang mereka idamkan.Lubang tikus yang terpencil itu terletak di betul-betul dibelakang kantin. Kedudukan kantin yang strategik menghalang pandangan pak guard yang bertugas betul-betul memberikan peluang keemasan kepada mereka.
Untuk ke stor, mereka perlu menapak sebanyak dua blok. Tiba di blok A. Tiba-tiba mereka rasakan seperti ada angin yang menyapa. Dingin dan MEREMANG.
Mereka biarkan angin itu berlalu bersama dengan perasaan takut. Weyh anak jantan kena ah tough. Ke guane?
Baru hendak melangkah ke blok seterusnya,
"Korang, ni ibarat final destination .Korang boleh tarik diri sekarang kalau korang rasa nak tarik diri."
Kata-kata Ali yang sinis itu ibarat mencabar kejantanan mereka semua."Kau ingat aku ni pengecut sangat ke?" marah Ahmad.
Apa lagi dengan lagak yang berani mereka menapak kembali menuju ke stor sekolah.
Kedudukan stor sukanlah yang paling ceruk jika dibandingkan dengan bangunan lain. Disebelah stor terdapat satu blok yang memisahkan antara pondok pengawal dan stor. Di bahagian belakang stor ada pagar bata yang tingginya melebihi kepala mereka. Memang super tinggi.
Menurut cerita yang tersebar dari mulut-mulut penghuni SMK Mat Sentul, sebelum sekolah tersebut ditubuhkan atau lebih tepat kawasan stor yang menyeramkan itu.
Tapak stor tersebut sebenarnya tapak rumahnya seorang pengamal ilmu hitam. Memang bermacam-macam benda yang di jumpai sebelum stor tersebut dibina. Dari kain kuning hinggalah ke botol yang bermacam jenis.
YOU ARE READING
Takut✔✔
HorrorTak seram mana Tak takut mana Biasa biasa je Amaran kepada yang mempunyai penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, kencing berdiri atau kencing kawan. Anda tidak disarankan untuk membaca kisah ini. Sebarang cara memanggil hantu jangan...