Sudah 3Kali alarm di handphone Samsungnya berbunyi. Tapi dia masih statik disitu. Tiada tanda-tanda seperti dia mahu bangun. Sehinggalah
"Nazzzz!!Bangun!!!" 14Kali pintu bilik itu diketuk-ketuk tapi masih tiada sahutan.
Puan Salmah mengambil kunci pendua disertakan dengan segayung air.
Dia menggerak-gerakkan badan Nazaril perlahan-lahan.
Pon begitu Nazaril masih lagi kaku. Lantas segayung air dicurahkan .
Tiba-tiba
"Opocot!!! Sejukkkk!!!! "
Melatah Nazaril dibuatnya.Terkekek Puan Salmah ketawa.
"Umi! Habis katil Naz!"
"Padan muka kau. Umi dah ketuk pintu berpuluh kali, kau senyap je so apa salahnya umi bangunkan kau dengan cara macam ni." Ujar Puan Salmah.
Lantas, tanpa membuang masa, taknak bagi uminya membebel sebenarnya. Towel dikerusi diambil lalu dia membuka langkah menuju ke bilik air yang berada sekangkang kera dari bilik dia. -Alahai bohong kera kangkang takkan sampai lima langkah manusia -
Baru saja dia berada di muka pintu
Uminya bertanya."Kamu takdek class ke hari ni Naz? Kamu cakap semalam kamu ade kelas tambahan pukul 9pagi."
Bagaikan terpaku dengan soalan uminya.
Alamak matilanak. Sudahlah kelas Mathematic cikgu Kassim.
Ujarnya perlahan
Dilihat jam didinding sudah menjukkan jam 10pagi. MAMPUS!!
Dengan sepantas kerbau dia mandi. Sabun pon dicalit dihujung bibir yang masih berbekas air liur basi.
Giginya digosok ala kadar menggunakan jari. Tidak sempat mungkin nak cari mana satu berus giginya. Class cikgu Kassim lagi penting.Sepantas kilat dia masuk ke bilik dan menukar pakaian. Dia terus bersiap-Siap mahu keluar. Uminya baru hendak memasak. Sudah tiada masa hendak bersarapan kerana dia sudah terlewat. Setibanya diluar dia lihat suasana masih lagi gelap gelita.
Aik? Pelik yang dia rasa
Mungkinkah apa yang dia baca di Facebook semalam akan menjadi kenyataan. Mungkin kiamat sudah dekat. Hatinya mula gusar. Sudahlah dia ni banyak dosa. Pada hemahnya sekarang sudah pukul 10.15 pagi tapi kenapa masih gelap gelita.
Suara azan berkumandang. Takkan awal sangat azan. Dia diam sebentar menghayati azan sebelum terlambat. Sehingga 1 rangkap.Assolah tu khairum minal naumm.
Assolah tu khairum minal naumm.
Baru dia tersedar sesuatu. Jam di pergelangan tangan diamati.
Baru pukul 5.40pagi.
Nampaknya dia kena tipu dengan uminya. Penat dia berdebar, penat dia habiskan masa 30saat dalam bilik air.Uminya sudah gelak memerhatikan anak bujangnya yang seorang. Suaminya telah pergi ke masjid untuk berqiamulail tapi anaknya masih seronok berdengkur padahal minggu depan anaknya akan menghadapi SPM. Anak yang exam mak ayah yang takut.
"Dahh azan tu tak reti nak solat subuh ke?" soal uminya.Dengan langkah yang lembab dia menapak kembali ke bilik. Towel diambil lalu dia mandi sekali lagi qada' mandi , qada' berus gigi.
Hampir 20minit dia mereput dalam bilik air.Usai mandi dan solat subuh dia kembali berbaring di katil. Tapi sayang matanya tak mahu dipejam.
Teringat kembali situasi tadi cukup membuatkan hatinya takut.Tapi perasaan tu sekejap saja. Handphone Samsungnya dicapai.
Hampir 1k message dari 5conversation. 4 daripadanya dari group Class, group Jiwang Leleh, group Karoks, Dan group Geng Jejaka Macho Kuantan. Keempat-empat conversation dibuka cukup syarat dia malas nak scroll.
YOU ARE READING
Takut✔✔
TerrorTak seram mana Tak takut mana Biasa biasa je Amaran kepada yang mempunyai penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, kencing berdiri atau kencing kawan. Anda tidak disarankan untuk membaca kisah ini. Sebarang cara memanggil hantu jangan...