sepuluh

36 4 0
                                    

Sebelum semuanya bermula.

"Moyennnn! "
"Moyennnnnn!"

Sudah berpuluh kali nama haiwan kesayangannya itu dipanggil.
Namun masih tak kunjung tiba.

Bekas makanan haiwan kesayangannya digoncang-goncang. Selalunya Moyen akan muncul tiap kali dia goncangkan bekas sakti itu.

Satu kawasan rumah dia geledah tapi kelibat kucingnya tak kunjung tiba.
Kecuali satu tempat.

Ya. Bilik rahsia masih belum diperiksa.

Masuk sahaja kedalam bilik gelap itu
dia disapa dengan bau hanyir darah. Sah ada sesuatu tak kena.

Dilihatnya Moyen kesayangannya sudah terburai isi perutnya.

Dihujung sana satu lagi "Peliharaannya" sedang seronok meratah daging segar si Moyen.

Tak disangka rupanya selama ini haiwan-haiwan yang dibela sudah ditelan oleh jinnya itu.

Baru dia sedar kini kehilangan haiwan-haiwannya yang lain pasti disebabkan jin tersebut.

"Hisy kau ni tak cukup ke aku bagi darah tiap minggu. "

Monolog dia sendirian.

Jin tersebut diperoleh daripada arwah ayahnya itu benar-benar menyusahkannya.

Tiada langsung keuntunggan baginya membela syaitan durjana itu. Hanya tahu makan sahaja.

Haish.

Dia nekad untuk membuang benda itu jauh-jauh.

Kusut. Fikirannya betul kusut.

Rambutnya sudah serabai.

Cermin solek dipandang kosong.
Melihat pantulan diri sendiri yang agak "serebeh".

Diraup sekali mukanya. Terkejut dengan refleksi dirinya sendiri. Dilihatnya lebam biru mula menghiasi wajah.

Diraup sekali lagi, kelihatan lebam biru sudah bertukar menjadi kudis. Ulat-ulat mula membiak.

Diraup untuk kali ketiga. Alangkah terkejutnya dia melihat satu figura perempuan.

Pucat dengan mata berdarah.
Diamati wajah itu, Natasha.
Dia sudah kembali.

"Aku boleh tolong kau."

Bicara bayangan itu.

"Tak. Aku tak percaya kau."
Jerit Yus, histeria.

"Percayalah, kau perlukan bantuan aku. Hihihihi"

"Pergi. Pergi!!"

"Aku takkan pergi. Aku akan selalu ada disini. "

Bayang itu mulai menghilangkan diri.

Yus merapatkan mukanya ke cermin itu.

Tidak semena-mena sepasang tangan buruk keluar dari cermin itu. Hanyir menyapa deria baunya.

Tersentak terus Yus dari tempat duduknya.

Tergelak sendiri si "dia" di dalam sana.

Lantas bayang itu langsung hilang dari pandangan mata.

Lega.

Yus masih tidak serik, dia tahu apa yang dibelanya bakal menjadi mangsa kepada makhluk yang terpaksa dibela.

Sudah dua minggu dia membela seekor ular sawa albino. Dia hairan kenapa ularnya kini tidak menjadi mangsa syaitan durjana itu.

Bukan dia suka bila haiwan peliharaannya kerap kali lesap begitu sahaja. Cuma dia pelik.

Kaki dilangkah ke bilik rahsia.
Dicari makhluk durjana itu. Tapi tiada.

Lega rasanya. Mungkin dia sudah mencari tuan lain.

Kaki dilangkah menuju ke biliknya.
Usai mandi dia dikejutkan dengan figura "sidia berwajah pucat" dipenjuru biliknya.

Rasa bagai mahu terkencing, tapi diberanikan diri. Dari cermin dia dapat melihat refleksi si dia .

"Apa lagi yang kau nak?" soal Yus

"Aku dah tolong kau halau saka bapak kau. "

"Kau bohong. Ni mesti ada tipu muslihat kau kan."

"Tak. Aku saja nak tolong kau. Tapi sebagai ganjaran kau kena tolong aku."

"Aku dah agak. Kau mesti nak something." Yus sudah mulai bengang.

"Aku tahu kau suka aku dulu kan? " tanya "Benda" itu.

"Kau jangan merepek boleh?" marah Yus. Cover perasaan agaknya.

"Aku tahu kau dendamkan Nazaril, kan Yus? Kau cemburu sebab dia dapat aku." provok Natasha atau sesuai syaitan menyerupai Natasha.

"Aku akan tolong kau balas dendam."

"Aku taknak. Tolonglah jauh dari aku." rayu Yus.

"Kau taknak balas dendam untuk aku ke? Yuss." mendayu-dayu suara itu meminta pertolongan.

"Sudah. Sudah! " telinganya ditekup dengan kedua belah tangannya.

"Tolong jauh dari aku." rayu Yus lagi.

"Kau ingat aku taktahu. Kau menakut-nakutkan kawan-kawan kau dengan laman web seram kau tu.? Agak-agak kalau berita ni sampai ke tangan diorang macam mana? " ugut Natasha.

Tadek apa pon sebenarnya dengan laman web itu. Cumanya si Yus terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri.

Terus keputasan bodoh dibuat.

"Baik aku akan tolong kau."

Kata sepakat telah dibuat. Perjanjian dengan syaitan sudah termenterai.

Tepat 12 tengah malam setiap purnama. Yus terus -terusan memuja Natasha.

Pandai kau Yus. Saka bapak kau syirik. Setan awek tak jadi boleh pulak kau tolong.

Selama ni dialah yang berbalas surat dan sms dengan Nazaril.

Kehilangan bukti adalah kerja si Natasha.

Dengan ini terjawab lah sudah kenapa Nazaril boleh meroyan tak ingat dunia.

Petang yang damai itu, Entah kenapa dia rasakan begitu meremang sekali.

Sedang asyik dia menggoreng ayam.
Ada satu suara halus menyapa.

"Masukkan tangan kanan kau dalam minyak panas tu."

Bagai di pukau. Perlahan tangannya mula dicelup kedalam minyak tersebut.

"Sudah. Angkat. Ambil pisau tu. Potong macam potong daging."

Dicincang tangan yang bergoreng itu. Macam orang gila gayanya. Darah bercucuran kelantai.

"Ambik garfu. Tolong cucuk biji mata kau. Berikan kepada aku."

Dicucuk matanya berkali-kali. Sehinggalah dia tidak dapat melihat lagi. Darah bercucuran .

"Ok dah. Terima kasih Yus. Aku pergi dulu."

Dapat dirasakan ada yang menjilat darah di tangan dan matanya.

"Nah aku pulangkan saka milik engkau.

"TIDAKKKKK"

Jeritan itu nasib baik didengari oleh jirannya.
Lantas tubuh Yus yang lemah itu dibawa ke hospital.

Malam menjelma dia kuat meracau. Macam orang gila.

Mujurlah dikawasan kejiranannya ada seorang ustaz yang baru balik dari Acheh. Nasib baik dia sudi membantu Yus.

Alhamdulillah saka tersebut dapat dibuang.

Yus kini tinggal di rumah ibunya.

Rumah bujang dia terpaksa dijual ekoran kerana gangguan yang dialami.

Dia kini tidak seperti dulu.

Tamat

Takut✔✔Where stories live. Discover now