Tujuh

56 4 2
                                    

Tergelak sendiri dia apabila mengenangkan peristiwa 10 tahun lalu.

Kata orang kalau kita tak hantar roh yang kita seru. Dia akan hantui kita. Tapi dah 10 tahun ianya berlaku masih tiada tanda-tanda gangguan.

Cumanya Ahmad dan Maslan sudah meninggal. Dengan keadaan yang tragis , Yus, Ali? Nazaril? Hmmm entahlah.

Throwback
7Tahun lalu.

" Weh. Aku risaulah." ujar Maslan, pada suatu petang yang kelam.

"Kau nak risau ape? Takdek apalah." balas Ali.

Pada ketika itu mereka berada di rumah Ahmad.

Sejurus sahaja dikhabarkan mengenai penyakit misteri yang dideritai Ahmad, mereka semua mengambil keputusan untuk datang melawat pada hari yang sama.

"Assalamualaikum!"

Serentak suara Yus dan Nazaril kedengaran.

"Waalaikumusalam" sahut Ali dah Maslan.

"Cemana Ahmad? Ok dah?"
Soal Yus.

"Macam tu lah. Terbaring atas katil, tak tahu nak buat apa dah nak. Habis segala ustaz, bomoh pawang pakcik dah panggil. Tapi macam tu jugak. Kata sorang ustaz ni dia terkena sumpahan masa silam. Pakcik tak tahu lah apa yang dia main sampai kena macam tu sekali." panjang lebar ayah Ahmad bercerita.

Masuk sahaja kedalam bilik Ahmad, mereka disapa oleh satu figura manusia yang tak macam manusia. Badan kurus kering cuma perutnya besar membusung. Macam terkena penyakit kwasiokor. Bau hanyir menyapa deria bau mereka.

Hampir termuntah mereka dibuatnya.

Badan Ahmad dipenuhi bintik-bintik merah ada yang sudah bernanah.
Tangannya tak henti-henti menggaru sehingga menyebabkan darah keluar dari bintik-bintik tersebut.
Luka-luka yang ada kini berdarah kembali.

Jatuh kasihan mereka melihat keadaan Ahmad sebegitu rupa.

"Aku dah agak benda ni akan jadi. Tak kira cepat atau lambat!" bicara Maslan.

Dia kelihatan kesal dengan apa yang berlaku.

Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlupa hantar roh balik buruk padahnya.

"Kau nak salahkan siapa lagi Maslan? Dulu beria all for one lah. Kemana ikrar kau tu? Dah campak kelaut ke?"
Perli Yus dengan nada sinis.

"Sudahlah Yus, tak guna dah kita dok main perli sekarang ni.Semua ni salah kita sendiri. Kita nak salahkan siapa lagi. Udah cukup, cukup udah." bagitahu Ali siap dengan lawak sakai tak jadinya.

"Korang. " perlahan sahaja suara itu memanggil.

"Weh! Ahmad weh. Ahmad weh!"

Mereka merapati katil Ahmad, walaupun sebenarnya tidak begitu rapat.

"Aku rasa masa aku dah sampai..."
Jedanya sekejap

"Aku hargai persahabatan kita..."
Terbatuk-batuk Ahmad ketika berbicara.

Maslan sudah menangis teresak-esak.

Chemistry antara Ahmad dan Maslan memang kuat. Tiada apa yang boleh hentikan mereka daripada melakukan kerja gila.

Pernah satu hari mereka berdua buat kerja gila dengan menggoreng nasi goreng dengan hiasan cili-cili kecil dan cili besar sekeliling kuali.
Siap dengan tangkai-tangkainya lagi.

Sudahlah penyembur aerosol berada berdekatan dengan bahan bakar, kalau meletup mungkin jadi arwah mereka. Tapi nasib mereka baik.

Buktinya sekarang ini Maslan sedang menangisi Ahmad.

Takut✔✔Where stories live. Discover now