Keliru(14)

356 9 0
                                    

Maaf untuk sejuta kali... CPD dah lama tak up entry di sini.. Kesibukan aktiviti harian.. Dan macam-macam yg buat2 kalut.. So.. Hopefully u gaiss tak lupakan Khalish dan Kay.. Aci tak CPD tukar watak hero? Mean.. Orang lain? Iskandar masih maintain..
Nak Kay dengan Khal? Or Is? Or macam Kay juga.. Keliru.. 😅😅😅

Hope u gaiisss njoy..
XoXo~CPD 💋💋💋

Sungguh sampai tahap ini.. Aku masih lagi dalam keadaan keliru! Keliru dengan perasaan aku sendiri.. Keliru dengan keadaan sekeliling.. Keliru dengan pandangan Khalish terhadap aku. Boleh katakan aku sekarang tengah berlawan dengan perasaan aku sendiri. Majlis Akad nikah tinggal lagi tiga minggu saja.. Segala persiapan hampir 80% sudah siap. Tapi mengapa rasa bahagia itu tidak singgah di hati? Mengapa rasa bahagia itu tidak aku rasai? Yang aku rasa kini hanya keliru. Keliru antara benar atau tidak. Betulkah tindakan aku ini? Serabut macam ini. Memilih berkahwin dengan Khalish bagaikan aku menempah tiket menjadi janda di usia muda. Tapi.. Jika aku memilih Iskandar, aku bagaikan menempah tiket bergelar madu? Tegakah aku? 

Selepas malam itu, tiada lagi khabar dari Khalish.. Hilang.. Selepas mengetahui siapa Iskandar. Khalish terus berlalu pergi. Pergi meninggalkan aku tanpa kata. Rasa aku sudah hampir sebulan aku tidak berhubung dengannya. Ternyataaa perbincangan kami petang itu, untuk menjadi kawan. Tak menjadi! Takkan sekarang dah menjadi musuh? Aisshhh.. Macam mana nak kawen? Kalau begini gayanya.. Tak boleh jadi neh.. Takkan aku nak kena mula dulu hubungi dia? Memang tak laa kan!

iPhone di tangan aku renung.. Aku belek.. Sekejap pegang .. Sekejap letak.. Parah!
"Call ke ?"
"Tak call?"
"Aishhh.. Pening laaa.. Susah-susah sangat! Tak payah kawen la! Full stop! Takda hati yg terluka.. Persiapan kawen neh.. Tukar pengantin perempuan ja! Senang! Selesai masalah aku!
Cakap sorang-sorang pon tak guna. Benda masih macam itu juga. Nak call Khalish saja fikir berkali- kali. Macam mana laa aku boleh bagi idea gila untuk setuju bertunang dan kahwin?? Kalau aku bangkang macam Khalish. Pasti aku tak keliru sebigini. Kay.. Menyesal pon dah tak guna.. Sekarang.. Hang mampu redha saja! Gatal sangat nak setuju. Konon berkorban laa sangat! Sekarang nak korban perasaan sikit pon dah sakit! Macam mana kahwin nanti? Arggggghh! Serabut otak!

"Apa kau kata?"
"Kau ulang balik Kay!" Arah Khalish pada aku! Dapat ku lihat riak wajah Khalish yang dah bertukar warna itu. Sangat ketara bengang dia itu.
"I rasa baik kita setuju sahaja permintaan parents kita tu!"
"Dari biarkan depa kecil hati, better kita ikut! Bukan susah pon! Bertunang! Kahwin! " Terang aku kepada Khalish. Kalau boleh, aku malas nak bertekak dengan mama papa.. Isu ini.. Bertunang dan kahwin dengan anak Acik Rose. Pilihan keluarga.
"Senangnya kau cakap! Setuju sahaja! Habis aku nak letak Hana dekat mana? Aku rasa kau tau betapa aku mencintai Hana. Dan sekarang kau cakap baik kita ikut sahaja pilihan parents kita? Kau dah gila Kay?"
"Dari awal lagi aku dah beritahu kau kan! Aku memang takkan kahwin dengan kau! Dan kau pon setuju! But now! Jadi macam neh! Kay.. Aku memang takkan kahwin dengan kau! Aku tak suka kau! Cinta lagi laa.. So I begging u! Please stop! Bagitau your parents!" Jelas Khalish! Bergema satu tempat parking Tesco ini. Nasib sudah lewat malam! Kalau tak.. Pasti orang akan memandang serong pada kami!

"Kalau nak cakap! Tak perlu menjerit Khal! "
"Kita dua sahaja dekat sini"
"Dan i tak pekak lagi untuk dengar apa u cakap! So please.. Cakap sambil bertenang.." Kata aku kepada Khalish.

Aku tarik nafas. Cuba mencari kekuatan. Aku pandang Khalish yang kini berada dihadapan aku. Dapat aku lihat jelas nafasnya turun naik menahan marah! Jelas terpancar perasaan bencinya kepada aku. Dan aku.. Sedang memperjudikan masa hadapan aku dengan lelaki yang sedikit pon tiada perasaan suka terhadap aku? Apatah lagi cinta.. Benarkah demi mama dan papa? Benarkah demi menjaga hati orang tua aku? Atau demi menjaga hati aku sendiri? Aku tahu betapa bermaknanya perkahwinan ini kepada orang tua kami.. Tapi aku masih berhak untuk menolak! Mama dan papa tak memaksa. Tapi.. Aku tahu. Air muka mama jelas menunjukkan betapa dia mengharapkan aku menerima peminangan ini.

"Dengar dulu Khalish...."
"Kita kahwin atas tiket family! No heart feeling! No control! U buat hal u. I buat hal i. That's it. Cukup masa kita bercerai. For now, depa nak lihat kita kahwin. Kita kahwin. 6 bulan lagi atau setahun lagi.. Kita cakap tak serasi bersama. Kita ada hak berpisah. Cuma untuk masa sekarang. I taknak hampakan parents i. Depa nak sangat tengok i kahwin. I taknak depa susah hati. Cukup la apa yang pernah jadi sekali. So untuk kali neh. Lebih baik i ikut pilihan mereka Khal."
"Cinta bagi i dah lama takda! So u jangan risau. Even u kahwin dengan i. U tak payah susah nak bagi nafkah apa pon. Like I said, u hal u. I hal i. Masing- masing buat hal sendiri.. Cukup masa divorce. " Terang aku kepada Khalish. Cukup jelas aku menjelaskannya. Aku harap tiada lagi salah faham. Aku pegang dada. Sakit! Adakah ini padahnya apabila berbohong? Ampunkan aku Tuhan!

"Apa maksud kau?" Tanya Khalish.. Jelas keliru di situ dengan kata- kata aku tadi..
"Kahwin? Cerai" "
"Maksud kau kita pura- pura sahaja?"
"Berlakon?" Tanya Khalish lagi.

"Lebih kurang itu laa.. Tapi kita tak la berlakon kahwin. Kita kahwin. Cuma kita buat hal masing- masing. Sekurangnya tak la rasa bersalah sangat dengan orang tua kita kan?"
"Kita ikut pilihan depa. Tak salah jadi anak yang baik kan?" Kata aku kepada Khalish.

Aku lihat Khalish sudah dapat menghadam dengan baik maksud yang aku cuba sampaikan kepadanya. Tapi benarkah tindakan aku ini? Jauh di sudut hati bukan itu sebab aku menerima pinangan ini. Hanya aku sahaja yang memahaminya. Dan aku keliru.. Antara menjaga hati keluarga atau hati aku sendiri?

Khalish pandang aku. Pandangan yang hanya dia sahaja fahami. Dan.. Dia pergi meninggalkan aku seorang diri di sini. Pergi tanpa memberikan apa- apa kata putus. Pergi membiarkan aku keliru. Untuk menerima atau menolak. Ya Allah. Benarkah tindakan aku ini?

Tersentak aku! Bunyi iPhone mengejutkan aku! Jauh aku termenung. Kenangan malam sebelum bertunang jelas aku terbayang! Begitu lah Khalish. Selalu hilang tanpa sebarang kata. Sekajap ada. Sekejap hilang. Dan kini masih lagi sama.

Aku lihat iPhone. Ada mesej baru aku terima. Dan hanya Tuhan sahaja tahu betapa kelirunya aku waktu ini. Bagai di seru- seru dia datang. Khalish tolong jangan buat kerja gila! Majlis lagi tiga minggu sahaja lagi! Apa aku nak cakap dengan mama dan papa neh! Ini semua tempah maut sahaja!

Dan.. Aku terus mendial nombor Khalish. Panggilan pertama tak berangkat! Hati sudah makin panas! Sabar Kay! Bawa mengucap! Aku dial lagi nombornya! Alhamdulillah.. Khalish angkat! Dan dengan nada yang tinggi dan nyaring aku memanggil nama Khalish!

"Khalish Haidar!!! How could u??! "

Semuanya Kerna DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang