Hana(15)

336 10 0
                                    

Hye gaisss.. Selalu sebut pasal Hana kan? So apa kata hari neh.. Up sikit cita Hana.. Antara Hana dan Kay.. Mana satu pilihan Khalish? Or pilihan u gaiss? Dan paling penting.. Pilihan Acik Rose..
Hope u gaiss njoy..
XoXo~ CPD 💋💋💋

"Gamak u Khal!"
"Sampai hati u buat i macam neh!"
"Sendiri cari penyakit, sendiri selesai lah! Kenapa nak i cari jalan selesaikan masalah u neh! Sebulan tak contact i.. Tetiba u what up i gambar u dengan Hana! Kantoi ambil gambar macam itu! " Luah aku kepada Khalish. Sungguh! Bengang aku tahap tak boleh cakap dah! Kalau Khalish ada depan mata aku neh! Mau aku tarik telinga. Buat kerja tak mau fikir panjang. Bila masalah macam ini. Mulalah.. Aku juga nak kena fikir cara nak selesai.

"Kay! Look! I sendiri tak tahu ada wartawan dalam itu! Kalau i tahu. Memang takda makna i nak peluk Hana macam itu. Now picture tu dah jadi trending tau tak! Kusut i! Momny dah bising! Daddy lagi laa. Dah pressure otak i neh! Hari- hari kena sound!
"Wartawan mana la pergi snap picture i dengan Hana! Padahal kita orang tak buat apa! I teman Hana dinner. Annual dinner. Dalam news siap cakap i check in hotel bagai! Serabut i! " Kata Khalish kepada aku. Jelas dari apa aku dengar. Khalish terasa begitu tertekan. Apa mampu aku buat? Benda dah jadi. Nak ubah pon tak boleh.

"Khal.. Habis u nak i buat apa?"
"Cuba u bagitau i?"
"Takkan nak i call wartawan cakap stop viralkan cerita u?" Soal aku kepada Khalish. Memang betul apa aku kata. Apa mampu aku lakukan? Tak logik laa.. Tiba- tiba aku pergi jadi superwoman.. Then selesaikan isu ini. Hastag #tunangsayaterperangkap ! Takkan kot! Rakyat Malaysia bukan bodoh.

"Ntah laa Kay! I sendiri tak tahu! "
"I send picture itu dekat u sebab i nak u tahu dari I.. Bukan dari orang lain. Biar i yang cerita, apa yang jadi! Bukan dari gosip! Tak sangka.. Tak sampai seminggu. Cerita dah jadi panas! Ini semua punca wartawan bagi picture dekat Admin Siakap Keli itu! Terus viral. Kecoh fb! Klien tak henti- henti call i! " Khalish terus bercakap! Meluahkan rasa hatinya.

"Mommy tak faham! "
"I love Hana so much Kay!"
"Hanya u yang faham i! Yang tahu betapa sakit hati i. Bila terpaksa kahwin dengan u! I tak buat salah Kay! Media yang buat spekulasi. Ya memang kami pergi dinner di hotel! Tapi tak bermakna kami check in bilik yang sama! Arena Of Star tu kan besar! I masih kenal halal haram lagi Kay! " Aku dengar Khalish mengeluh. Soal maruah neh! Berat.. Siapa suka jika maruah di pertikaikan? Khalish orang bisnes! Lagi hendak jaga prestasi. Semua itu penting. Nanti silap- silap klien lari sebab isu ntah apa- apa.
Tapi aku berasa sedikit terkilan. Apabila Khalish katakan betapa sakit hati dia, terpaksa berkahwin dengan aku? Sedih! Tapi seperti biasa. Simpan dalam- dalam.

"Anyway Khal.. Thanks.."
"No worries okey! I kalau u tak send picture ini semua. I pun tak tahu.."
"Thanks for all explanation.. Really appreciate "
"Kalau mommy u call,, i tahu apa nak jawab.. Chill okey?" Ucap aku pada Khalish.

"Thanks Kay.. Lega i .. Bila dapat cakap dengan u. Sekurangnya tak la u salah faham dekat i." Kata Khalish.
"Yang penting u ada backup i" sambung Khalish lagi.

"Rasanya i tak salah faham kot!" Terang aku kepada Khalish. Aku taknak dia rasa aku akan salah faham. Nak salah faham apanyaa? Kalau nama Hana sahaja yang disebut Khalish. Hinggakan tiada nama Kay dibibir Khalish. Dah terang- terang Khalish hak Hana. Dan aku! Kay.. Jadi batu penghalang di tengah- tengah.
"Sebab u memang boyfriend Hana kan! Dan kita bertunang bukan sebab we love each other! Cuma nak tunaikan hasrat our parents sahaja. Like I said before, we just friends.. Tak lebih dari itu. " sambungku lagi kepada Khalish. Dengan penjelasan ini, aku harap Khalish lebih mengerti.

"Lega i bila u cakap begitu Kay! "
"Okey.. Talk to you later.. I ada meeting lepas ini. Tak habis- habis meeting! Sejak timbul isu ini. Ada sahaja isu lain yang timbul." Luah Khalish sedikit mengeluh.

"Khal.. Sabar.. Setiap yang sabar pasti ada hikmah. Mungkin ada sebab kenapa ini terjadi kan. So u kena belajar sabar. Apa pun serah pada Tuhan . Kalau u di pihak yang benar, pasti orang akan tahu juga. " nasihat aku kepada Khalish di akhir percakapan kami di telefon.

Khalish mungkin bukan jodoh kita. Kalau benar, mengapa begini berat harus kita tempuh.

Ipad didalam handbag aku tarik keluar. Gosip yang baru Khalish beritahu tadi harus aku lihat. Bagaimana aku boleh tak tahu cerita sebigini. Takda siapa pon beritahu aku. Malah Siti dan Liza yang gila gosip pun senyap sahaja. Kesibukan di butik dan kafe membataskan aku kini. Tak sempat nak ambil tahu dunia luar. Kerja berlambak. Tambah sekarang sudah ada dua butik , lagi tak menang tangan aku.

ANAK TAN SRI KAMIL ELIAS KANTOI DI GENTING!!
Panas!! Panas!!

Tajuk utama gosip tentang Khalish di ruangan Siakap Keli. Dalam tempoh 48 jam sahaja dah berjuta baca.. Dan beribu komen. Dan aku boleh terlepas isu ini? Agak- agak mama dan papa tahu tak? Along? Risau juga aku. Sudah lah komen dari netizen semua tak sedap di baca. Sungguh aku risau! Memang patut la mommy dan daddy Khalish mengamuk. Walau bukan kena tangkap basah sekalipun, tapi berita ini cukup menjatuhkan reputasi syarikat mereka.

Aku view cerita penuh Khalish. Aku pegang dada, rasa debarannya! Tolong Kay! Ini bukan masa nak cemburu! Sayang hang tu, letak jauh- jauh sikit.

Dan bila.. Semua gambar- gambar Khalish bersama Hana terpapar di screen iPad aku! Aku hanya mampu diam melihat. Terkaku! Gambar takkan menipu! Jelas terlihat betapa gembiranya mereka! Dan setiap gambar Khalish tersenyum bahagia. Tanpa ada sebarang lakonan di dalamnya..

Aku pegang dada, pedih!

Dan melihat gambar terakhir Khalish bersama Hana, membuatkan airmata ku mengalir keluar. Mungkin disebabkan gambar ini, yang kecoh di Siakap Keli! Gambar Khalish mencium pipi Hana. Dan gambar ini nampak sangat bahagia di mata aku! Jelas terpancar rasa cinta Khalish kepada Hana. Bahagia ini takkan terjadi bersama aku. Hanya dengan Hana...

Aku perlu lakukan sesuatu! Tak perlu tamak Kay! Pasti ada sebab! Bukan aku tak cinta. Malah sudah terasa peritnya bercinta. Aku kena terangkan pada Acik Rose! Perkahwinan aku dan Khalish harus dibatalkan. Tapi digantikan dengan Hana. Ini yang terbaik. Khalish bukan untuk aku. Dia milik Hana. Mengapa harus dikusutkan keadaan,sedangakan jalan yang mudah sudah terbentang?

"Aku harap sangat semua orang faham tindakan aku ini!"
"Ini yang terbaik untuk semua" ucap aku sendirian. Nasib hanya aku sahaja di bilik. Tiada siapa.
"Maafkan angah! Ini yang terbaik ma!"

Indahnya aturan Tuhan.. Hinggakan aku sendiri tak dapat tercapai dek akal.. Dan.. Bila tiba masa yang sesuai.. Allah akan bukakan hati untuk aku rasainya.. Jadi.. Jangan diganggu aturan Dia.. Sebab sesuatu terjadi..Pasti bersebab.. Janji Allah pasti.

Ini yang terbaik! Aku tak mampu buatkan Khalish cintakan aku. Tapi aku akan cuba buatkan Khalish dan Hana bersatu dalam alam perkahwinan. Cinta tak semestinya memiliki Kay! Buktinya.. Hang bahagia tengok Is dan Sara bahagia. Dan kali ini, untuk hang rasa bahagia itu lagi. Lepaskan Khalish untuk Hana.

Dengan lafaz bismillah, aku mendial nombor mama. Dan apabila talian di sambut.

Mama..
Angah nak putuskan pertunangan dengan Khal!

Semuanya Kerna DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang