Oldtown White Coffee (7)

411 12 2
                                    

Hyeee.. Jom kita baca kisah Khal & Kay pergi breakfast. Panjang sikit story kali ini...Kikiki..
Njoyyy yaa..
XoXo~ CPD 💋💋💋

Dari jauh sudah aku nampak muka si kerek, perasan bagus, dan sombong Khalish itu! Tengok dari jauh dah rasa menyampah yang amat! Bagaimana nak duduk semeja breakfast dengan dia? Memang tak dapat laa. Tarik nafas dalam-dalam Kay.. Tarik.. Lepas! Cepat makan.. Cepat sembang.. Cepat setel! Cepat laa aku pergi butik. Aku berjalan menuju ke Khalish yang sedang ralit membaca paper The Star.. Salam aku hulur kepadanya.. Kang terkejut pula.. Tiba- tiba aja duduk terus..

"Kau ambil masa 30minit untuk ke sini?" Kata Khalish dengan jelingannya.
"Boleh i duduk?" Balas aku kepadanya. Kalau dia cakap tak! Memang aku angkat kaki terus!
"Hurrrmmm.. Duduk laa. Dah sampai kan! Takkan nak makan sambil berdiri pula." Perli Si Khalish kepada aku. Amboiiii Khalish.. Kasar nampak!
"Okey.. Ada apa yang u nak bincang sangat tu! Sampai tak menyempat sangat?" Balas aku kepada Khalish bersahaja.
"Kot ya pun.. Order laa makan dulu. At least perut kenyang. Ada tenaga nak bertekak dengan aku!" Kata Khalish lagi.
"Okey! Fine!" Aku terus melihat menu yang disediakan.
"U tak order ka?" Tanyaku pada Khalish? Sebab aku lihat hanya minuman sahaja yang di pesannya. Tak nampak pula makanan di atas meja.
"Kalau aku tunggu kau makan sekali. Pakai mati kebulur aku!" Khalish menjawab soalan aku. Tapi dengan nada sinis.
"Aku dah makan di rumah maklong tadi. " Khalish memberitahu aku lagi
"Kalau u dah makan. For what kita ke oldtown Mr.Khalish?" Aku menyoal Khalish. Kali ini siap aku angkat kedua- dua tapak tangan lagi. Kononnya tanda menyoal.
"Kan aku dah cakap nak bincang tadi!" Terang Khalish
"Whatever laa.." Serius aku dah mula fedup dengan si Khalish neh. Menu di tangan aku belek lagi. Kertas order ku ambil. Lalu aku tulis menu yang hendak aku makan. Kaya & Toast Double satu set dan Enriched Chocolate Cold aku order sebagai minuman aku. Setelah berpuas hati dengan apa yang aku tulis. Aku tekan bell di meja kami untuk diserahkan kepada pelayan oldtown.

Aku pandang dia! Dia pandang aku! Sampai bila nak setel? Khalish neh tengah permainkan aku ka?
"Now what? Dah almost 10 a.m !"
"Kalau setakat u nak pandang i! Then i pandang u balik! Rasanya tak perlu kot! I ada banyak kerja kat butik Khal." Nada suara yang agak lembut aku keluarkan. Bukan apa harap sejuk sikit leleki dihadapan aku ini. Dari tadi berpeluk tubuh memandang aku. Serba tak kena aku. Nak makan pon macam tak tertelan. Yalaa.. Mana taknya.. Dia tengok macam nak telan!

"Kay.."
"Eh.. Nama u apa?"
"Takkan only huruf K!" Soal Khalish dengan nada sinisnya lagi. Khalish ada masalah dengan aku ka? Rasanya kami baru kenal? Masuk hari ini 3 hari. So kenapa nak jaki sangat dengan aku neh!
"Bukan that K! Its K.A.Y" ambik hang Khalish aku sebut nama aku siap eja bagai.
"Rasanya sekarang bukan sesi suai kenal. Tak payah nak ice breaking sangat laa ya Mr.Khalish. No need." Terang aku pada Khalish. Aku belek jam dipergelangan tanganku. 10.05 a.m. Dah dekat setengah jam kami berdua buang masa. Agenda sebenarnya tak dibincangkan lagi.
"If u say that!"
"Aku bukan nak tau sangat pon. Tapi sebab its just K.A.Y. That why aku rasa ingin tahu apa nama kau! Your real name! Tapi macam kau kata tadi laa. No need. !" Dia cakap sambil tersenyum sinis. Nampak sangat bukan dia nak tau sangat pon. Cuma sahaja nak cari pasal. Tapi kenapa dari tadi tak habis- habis lagi senyum meleret neh. Mesti ada yang tak kena! Dan.. Ternyata apabila dia teruskan lagi bercakap! Aku rasa macam nak pitam dekat oldtown!
"Bukan apa Kay.. Nanti tak la aku tersasul depan Tok Kadi!" Khalish berkata dengan jelas kepada aku. Okey Kay! Tak lawak!
"Stop Khal! Tak lawak okey!"
"Kalau u setakat nak cakap benda merepek-repek! Better stop it now! I tak ada masa nak layan." Kata aku pada Khalish dengan nada yang tegas.
"Okey.. Okey.. Rilex!"
"Nak melawak pon tak boleh ka?" Khalish menjawab.
"Melawak yang tak kena tak jadi lawak Khal. Tapi dia jadi sakit hati! Faham!" Masih dengan nada yang tegas semasa aku menjawab padanya.

Semuanya Kerna DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang