My Ex Boyfriend (12)

337 10 0
                                    

Hope u gaiiisss njoy..
Do support and like it oke?
XoXo~ CPD 💋💋💋

Senyap antara kami.. Aku hanya pandang Khalish yang sedang menikmati chicken pie! Tak habis lagi isu chicken pie ya? Masuk neh dah dua kali dia tambah! Khalish dan chicken pie.. Tak pernah puas agaknya. Sungguh aku suka melihat wajah Khalish sekarang! Sejuk hati. Macam mana laa hati aku tak bergolek dekat Si Khalish neh.. Kalau begini lah gayanya.. Aku simpan senyum dalam hati. Nanti nampak dekat Khalish kang jadi isu lain pula. Khalish Haidar.. Aku sebut namanya dalam hati. Ada getar yang terasa. Aku pejam mata.
Tapi mengapa.. Rindu gelak tawa Iskandar yang aku nampak? Masih bersisakah rasa cinta di hati ini. Khalish mengapa di ungkit cerita lama?
Iskandar.. Hati menyeru namanya. Kadang kala aku sendiri keliru dengan perasaan sendiri.
Tanpa aku sedari ada air hangat yang mengalir di pipiku. Perit. Mata aku buka. Ya Allah! Macam mana aku boleh terlupa yang sekarang aku berada bersama Khalish.
Aku lihat Khalish memandang tajam ke arah aku. Air mata aku lap dengan tapak tangan. Biarlah apa pandangan Khalish terhadap aku.

"U dah habis makan?" Tanya aku kepada Khalish.
"Dah pukul 10.30 neh.. "
"Takkan kita nak lepak berdua lagi dekat taman neh.." Jelas aku kepada Khalish. Aku harap dia faham. Rasanya tak manis kami berdua sahaja di taman ini. Memang la semua ahli keluarga aku ada di dalam rumah. Tapi tetap aku rasa tak selesa bila terpaksa berdua sahaja dengan Khalish. Mama pon satu, nak bagi line kononnya pada aku agar dapat makan berdua dengan Khalish dekat taman di luar rumah kami ini. Siap bisik dekat telinga aku lagi tu! " Selamat berdating!"
Kadang- kadang aku rasa mama lagi bersikap budak- budak berbanding aku anaknya!

"Kenapa menangis?" Tanya Khalish ringkas.
"Ntah.. Tak sedar! Tiba- tiba saja.. "
"U dah habis makan kan?"
"Bukan i nak menghalau, tapi rasanya elok u balik.. Takkan u nak dok berdua dengan i macam neh!" Kata aku kepada Khalish tanpa memandang wajahnya. Masih berkira- kira untuk bangun dan meninggalkannya. Tapi nanti apa kata mama.

"Kay! Look.. I bukan budak- budak. Kononnya nak bagi alasan macam itu. I tanya lain. U jawab lain." Kata Khalish.
"Alasan! Taknak berdua konon! Bukan duduk berdua dalam bilik! Kita dekat taman kot! Kat luar rumah u. Kereta pon banyak lagi dekat jalan tu" Sambung Khalish lagi sambil melihat di luar rumah. Dapat aku lihat wajah Khalish nampak begitu tegang! Tapi mengapa?
"I.. Takda jawapan untuk soalan u Khal.." Dengan nada suara yang perlahan aku jawab.

"Sekali lagi i tanya.. Why?"
"Tell me.." Desak Khalish lagi. Tapi kali ini dengan nada lembut. Sepertinya dia sedang memujuk aku untuk memulakan cerita.
"Iskandar".. Hanya itu jawapan aku beri.. Dan aku harap dengan jawapan itu Khalish mengerti apa yang aku rasa kini. Berat untuk aku mulakan sebuah cerita yang masih belum ada noktahnya. Dari mana harus aku mula? Dan bagaimana harus aku mengakhiri cerita ini? Aku sendiri tiada jawapan untuk itu.

Aku mengaku.. Separuh hati ini sangat mencintai Khalish. Malah sudah bergolek hati ini kepadanya.. Tapi tetap juga hati ini akui.. Masih bersisa rasa kasih kepada Iskandar. Jika suruh di buat undian.. Terang- terang Khalish yang aku pilih. Walau hakikatnya kecewa yang akan aku rasa. Tapi jauh di sudut hati.. Masih aku letakkan harapan buat Iskandar. Perit! Payah untuk aku sendiri menilai hati ini. Rumit. Sudah tersimpul mati!

Bunyi air sahaja yang kedengaran kini! Air terjun buatan yang tercipta indah di sudut sebelah kanan taman mama ini. Namun, keindahan dia hilang saat ini. Tiada ketenangan yang mampu aku perolehi. Masih sepi antara kami.

"U still love him right?"
"I boleh nampak dari mata u.." Duga Khalish. Khalish silap! Kalau dia cakap boleh nampak. Takkan dia tak nampak rasa cinta yang sudah tumbuh buatnya? Dia masih buta dalam menilai.
"Cinta itu i dah padam sejak hari kami berpisah lagi.."
"Yang ada dalam hati i kini, bukan lagi cinta.."
"Malah apa yang u nampak juga tak seperti yang u fikirkan, Khal!" Jelas aku kepada Khalish..
Khalish jongket bahu.. Mungkin dia rasa aku menipunya. Terpulang Khalish! Sebab hakikat yang satu! Aku mencintai Khalish.

Semuanya Kerna DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang