Mama (16)

467 18 3
                                    

CPD now suka pulak Hana dengan Khal! Padahal heroin nya Kay. CPD suka dua pelakon tu.. Cute gandingan dorang kan? Tapi watak Kay tak kurang hebatnya.. Cuma watak Kay sekarang dlm keadaan keliru! Rasa hati ini.. Sukar di baca.. Okey tak? Kay korbankan rasa utk Khal? Ada masa nampak Kay suka Khal? Ada masa Is? So yg mana 1? Hihi.. Actually.. CPD pon dah konpius.. So we wait n c..
Tinggal lagi dua bab utk POV Kay! Lepas neh start POV Khalish pula yaa.. 🙊🙊🙈
Hope u gaiiss njoy..
XoXo~ CPD 💋💋💋

"Angah cakap apa? " jerit mama dari hujung talian. Mama. Maafkan angah ya!
"Putuskan pertunangan ini ma! Cancel the wedding! " jawab aku kepada mama. Betulkah tindakan aku ini? Ya Tuhan.. Terasa sejuk satu badan. Masalah semua ini.
"Angah! Jangan nak buat lawak boleh tak? Majlis akad nikah tinggal 3 minggu sahaja! Semua persiapan dah buat! Sekarang cakap nak cancel! "
"Angah jangan buat malu mama dan papa! Tunggu mama balik! Kita bincang dekat rumah! " kata mama memutuskan talian! Mama marah tu! Angin dia dah naik itu.. Mati aku!

Tapi rasanya ini yang terbaik. Putuskan sahaja pertunangan ini. Yaaa.. Putuskan sahaja. Aku kena bantu Khalish dan Hana..

----------------------------------------------

Keadaan didalam rumah aku agak tegang sekarang. Bukan sahaja mama yang sedang menanti aku, malah papa turut berada sekali di sebelah mama! Sudah aku jangka, pasti begini jadinya. Mama mesti kecohkan isu ini. Kalau tak, takkan along turut sama. Acik pon mama call suruh balik! Dan aku sekarang bagaikan pesalah yang sedang menanti untuk dijatuhkan hukuman.

Aku pandang semua. Semua ada kecuali Adik. Aku tarik nafas. Benda dah terlepas cakap. Sekarang aku kena selesaikan. Terus terang jalan terbaik. Dari dibiarkan sepi.

"Angah minta maaf!" Ayat itu yang aku ucapkan! Maaf! Ya .. Aku memohon maaf! Kerna aku bakal memalukan keluarga.

"Kenapa angah? Awat buat lagu neh? Tak kesian ka? Dekat mama? Dekat papa? Dekat family kita? Angah ada pikiaq dak sebelum buat keputusan?" Luah Papa kepada aku! Ternyata dari nada suaranya, dia kecewa dengan aku! Maafkan angah pa!

Kelu! Lidah terasa kelu bila mendengar luahan dari papa! Papa seorang yang tenang! Berbeza dari mama yang lebih agresif! Outspoken! Dan bila papa berkata sebegitu! Maknyanya dia kecewa dengan tindakan aku! Aku genggam kedua- dua tangan aku erat. Mencari kekuatan dari dalam diri aku!

"Angah mintak maaf sangat-sangat! Dekat ma! Dekat pa! Dekat along! Dekat acik! Dekat semua! Tapi angah tak boleh teruskan perkahwinan ini! Lebih baik kita putuskan saja!" Aku berkata kepada mereka semua. Tangan masih lagi aku genggam. Sungguh aku takut tika ini! Takut mama mengamuk!

"Yang angah nak sangat putuskan pertunangan neh awat? Habaq mai!"
"Apa mama nak habaq dekat Acik Rose tu? Neh kat Acik Alin lagi!"
"Mama dah pening angah!" Mama luahkan rasa hati dia. Dia bercakap sambil memandang aku. Tangan mama erat memegang tangan papa di sebelahnya!

"Angah cuba cerita! Apa yang terjadi! Along tengok hari itu elok saja angah dengan Khalish! Dok tak dok! Hari neh mintak putus! Cuba cerita betoi- betoi kat kami semua! Biaq kami faham!" Kata along pula kepada aku.

Semua mata memandang aku! Mengharapkan sebuah penjelasan dari aku. Aku pandang mereka semua.

"Angah buat bersebab" kataku kepada mereka!
"Sebab apa? Sebab nak malukan kami semua? Begitu?" Celah mama. Sebelum sempat aku ceritakan hal sebenar..

"Mama! Cuba bawa bersabar! Dengar dulu apa angah nak cakap tu!" Kata Papa sambil menenangkan mama. Jelas terlihat wajah tegang di wajah mama. Jarang mama sebegini. Dan hari ini, akulah puncanya..

Semuanya Kerna DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang