Prologue

1.6K 92 1
                                    

"Biar saya yang bertanggungjawab.."

Kai langsung tidak sedar bahawa ayat itu baru sahaja terbit dari dua ulas bibirnya. Otaknya sukar untuk memproses apa-apa keputusan pada saat ini.

Tangisan sang gadis semakin kedengaran. Adakah semua ini hanya satu halusinasi ataupun sekadar mimpi? Dia perlukan jawapan.

Anak mata Kai jatuh pada tompokan cecair berwarna merah dan putih yang melekat pada cadar katil sejak malam tadi. Tidak silap lagi. Semua ini bukanlah halusinasi semata-mata. Apatah lagi mimpi.

"Tenang." Kai cuba memujuk si gadis jelita yang berada di hujung sudut katil. Tidak dia sangka , dia sudahpun meragut kehormatan dan maruah gadis itu.

"Mungkin saya tak pernah kenal awak. Tapi.... nampaknya kita ditakdirkan bersama , bukan?"

***

"Hong Jisoo." Sungguh Yeonji tidak sangka. Situasi 3 tahun lalu kembali menghantui dirinya.

***

"Ehh.. please , kau tak layak untuk aku. Cerminlah diri sendiri. Dahlah selekeh." Jisoo ketawa kejam. Yeonji yang masih terduduk di atas lantai diketawakan.

"Ada hati nak minat Jisoo konon." Gelak tawa mereka semakin kedengaran. Mata Yeonji beralih ke arah Minghao yang masih diam membisu . Hanya pandangan simpati dapat diberikan olehnya.

***

That kind of situation when you're madly in love with someone that could be me. Would you accept that faith?

-Mr. Heartbeat-

***

[SLOW UPDATE] Yes , He Is (Kai)Where stories live. Discover now