Part 2

897 92 0
                                    

***

"Mama.. Kai ada bawakkan bakal menantu yang cantik untuk mama ni.. suka?"

Dipandangnya wajah Yeonji yang semakin menunduk gara-gara malu. Sesekali , Kai mengenyitkan mata nakalnya pada Yeonji , menyebab-kan pipi si gadis merona merah. Kai tersenyum manis. Pandangannya kembali beralih pada wanita 30-an yang kini duduk di atas kerusi roda berhadapan dengannya.

Sebaris senyuman manis terukir di bibir wanita itu. Bagi Pn.Kim , Yeonji merupakan tetamu yang sudah lama ditunggu-tunggu olehnya . Harapnya , keputusan Kai ini tidak akan mengecewakan mana-mana pihak termasuklah dirinya yang kini hanya bergantung pada kerusi roda.

"Memang cantik orangnya , Kai. Siapa nama dia?"

Soalan itu membuatkan senyuman riang Kai bertukar pudar serta merta. Bagaimana boleh dia lupa untuk menanyakan soalan penting sebegini kepada gadis itu? Like.......

What daa hell?

Kai menjadi tidak keruan. Kepala-nya ditoleh ke sisi. Dipandangnya wajah Yeonji yang seakan akan tidak tahu langsung maksud disebalik raut wajah kerisauannya. Kening Yeonji terangkat sedikit menandakan yang dia sememangnya tidak mengerti apa-apa.

"Ouh.. ireumeun , Bae Yeonji imnida." Yeonji memperkenalkan dirinya tanpa segan silu. Kai menekan liur. Pastinya Pn.Kim bakal menaruh syak wasangka pada mereka berdua. Sebaliknya , Pn.Kim hanya tersenyum gembira di atas perkenalan itu.

"Kai.. biar dia tinggal dengan kita hari ni. Lagipun dia bakal menantu mama. Kamu tak kesah , kan , Kai?" Kai dan Yeonji saling berpandangan. Bersungguh sungguh Kai mengangguk. Yeonji hanya berdiam , memilih untuk tidak bersuara dan hanya tersenyum. Pn.Kim mula menggerakkan kerusi rodanya.

"Nak ke mana tu , mama?" Soalan Kai membuatkan pergerakan Pn.Kim terhenti seketika. Wanita itu menoleh ke belakang. "Yeonji kan tetamu kita. Mama nak masakkan sesuatu untuk dia. Tentu Yeonji lapar , bukan?" Ramah sahaja Pn.Kim pada Yeonji. Dia hanya mengangguk , mengiakan kata-kata wanita itu.

Bayangan Pn.Kim bersama kerusi rodanya semakin hilang di sebalik dinding dapur. "Kenapa mama awak tak ambil pembantu rumah? Kesian saya tengok dia duduk sorang-sorang." Yeonji menyatakan perasaan risaunya pada Kai.

"Puas saya pujuk. Dia tetap nak duduk sorang-sorang dalam villa ni. Saya tak tahulah kenapa." Kai menjungkit kedua dua belah bahunya. Dia sendiri tidak tahu mengapa ibu tirinya itu berdegil untuk tinggal seorang diri. Agaknya , Pn.Kim masih marah pada ayahnya dan masih ingin bersendirian?

Yeonji melirik ke arah tangan kanannya yang terasa begitu hangat. Baru dia sedar , Kai dari tadi lagi telah mengenggam erat tangannya. Yeonji terus melarikan pandangan-nya ke arah lain setelah perbuatan-nya ketika itu disedari Kai.

"Oh..maaf." Ucap Kai perlahan sahaja. Masing-masing hanya diam , melayan perasaan malu yang semakin menular dalam diri. Bagaimana boleh mereka berdua jadi rapat sebegini dalam tempoh pengenalan yang begitu singkat seperti ini?

Mungkin benar kata Kai. Mereka memang ditakdirkan bersama , bukan?

***

"Sedap tak?"

Yeonji tidak dapat berkata-kata. Dari tadi mulutnya tidak henti-henti mengunyah air tangan Pn.Kim. Bersungguh-sungguh dia mengangguk , mengiakan kesedapan juadah tengah hari yang dinikmatinya ketika itu. Pn.Kim tersenyum melihat gelagat Yeonji.

"Mulut awak." Kai menundingkan jari telunjuknya pada bibir Yeonji. Belum sempat Yeonji hendak meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya , Kai terlebih dahulu mencapai tisu. Hujung bibir Yeonji di lap penuh lembut dan kasih sayang , membuatkan Yeonji terkedu seketika.

[SLOW UPDATE] Yes , He Is (Kai)Where stories live. Discover now