Part 1

1K 86 0
                                    

***

"Boleh saya bantu?"

Ayat yang sudah basi itu Yeonji utarakan juga. Lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya saat ini kelihatan begitu tertekan. Barangkali sedang mengalami masalah?

Lihat sahaja dari air mukanya pun sudah tahu. Manusia manalah yang tiada masalah di atas muka bumi ini , bukan?

"Red wine"

Seperti apa yang Yeonji jangkakan , permintaan wain merah kali ini meningkat naik berbanding bulan lepas. Kadang-kala , timbul persoalan di benak fikirannya. Sedap sangatkah minuman di sini? Soalan itu masih tiada jawapannya.

Kadang-kala , terdetik perasaan ingin mencuba di dalam diri Yeonji. Tetapi dia masih remaja di bawah umur. Apa boleh buat? Dia sendiri pun tidak mahu mencubanya.

"Ini dia."

Segelas wain merah ditolak perlahan pada jejaka itu. Tanpa berlengah lagi , kesemua wain merah diteguk rakus olehnya. Tak mustahil jika dia sudah biasa minum kerana pada pemerhatian Yeonji , orang yang cuba-cuba untuk minum minuman sebegini akan rasa tidak selesa pada tekak. Lain pula bagi yang sudah lama mengamalkan tabiat itu.

"Lagi."

Gelas tadi dihempas ke atas meja bar. Yeonji tersentak dari lamunan sendiri. Seakan-akan faham kehendaknya , wain merah dituang sekali lagi. Seperti apa yang dilakukan lelaki itu tadi , dia meneguk rakus wain merah yang baru sahaja dituang. Lelaki itu merampas botol wain dari tangan Yeonji.

Kali ini , dia sendiri yang menuang-nya. Yeonji teragak-agak untuk menegur tindakannya ketika itu. Wain merah yang dituang penuh ke dalam gelas mula melimpah ke atas meja bar.

"Kau faham perasaan aku , kan?"

Lelaki itu tiba-tiba sahaja bersuara. Yeonji memandang wajahnya. Jelas sekali , minuman keras yang baru sahaja diteguknya sudahpun mula memberi kesan. Dia menghulurkan gelasnya pada Yeonji.

"Minum ni."

Dia menolak gelas yang dipenuhi wain merah pada Yeonji sekali lagi. Yeonji menekan liur. Patutkah dia belajar minum mulai sekarang? Yeonji teragak-agak untuk mencapainya.

'Patut ke aku terima saja?'

***

"Jisoo.. saya sukakan awak."

Yeonji mengenggam erat tangannya. Dia benar-benar perlukan sumber kekuatan bagi berhadapan dengan apa jua kemungkinan yang bakal berlaku nanti. Jantungnya bergolak kencang.

"Kau....suka aku? Bae Yeonji. Cubalah cermin diri tu. Dahlah lembap.. lurus pulak tu. Kalau tipu kau ni , kan? Mudah je. Setakat petik jari , tahu?"

Jisoo ketawa bisu. Senyuman sinis semakin meleret pada dua ulas bibirnya. Yeonji menahan dirinya dari menangis di situ. Dia akui , dia memang tidak kuat berdepan cacian lelaki yang sudah lama mengisi ruang hati kecilnya itu.

"Tak payah susahkan diri kau , Yeonji. Sebabnya.. tak ada lelaki yang akan sangkut kat kau. Tengoklah kau macam mana. Tak menarik langsung. Kalau seksi dan menggoda , aku terima jugak. Sudahlah. Buang masa aku je."

Kotak kecil yang berbungkus kemas dengan reben berwarna baby blue jatuh menyembah lantai. Tidak semena-mena , cecair jernih milik Yeonji mula menitik jatuh ke atas permukaan bumi. Sungguh dia tidak sangka , Jisoo yang cukup terkenal dengan sifat penyayangnya melayan dia begini.

Seolah olah faham akan perasaannya saat itu , bumi juga turut menangis bersama Yeonji. Jisoo tersenyum puas. Dia kemudiannya melangkah ke hadapan , meninggalkan Yeonji seorang diri dibasahi titisan hujan.

Sedang Yeonji menangis di tempatnya , dia dapat rasakan tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Siapakah gerangan yang memeluknya saat itu? Kenapa jiwanya sungguh tenang?

Lena Yeonji terganggu dek sinaran matahari yang memancar terus pada wajahnya. Matanya yang masih berat perlahan-lahan dibuka. Ruang di situ sangatlah asing baginya. Di manakah Yeonji berada sekarang ini?

Air mata Yeonji jatuh berderai setelah mendapati dirinya ditiduri seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yeonji segera menjauhi lelaki yang masih lena dibuai mimpi itu. Selimut yang melindungi tubuhnya ditarik.

Mulut Yeonji ditekup dengan tapak tangan. Sadis sekali , tangisannya sudahpun sampai pada deria pendengaran lelaki itu. Tidurnya terganggu akibat pergerakan Yeonji. Bangun-bangun sahaja , telinganya dapat menangkap tangisan sang gadis yang tidak dikenali pun siapa.

'Bukan ke ini gadis pelayan bar semalam?' Matanya dikecilkan sedikit untuk mendapatkan pandangan yang jelas. Ya , memang tidak silap lagi. Baru dia perasan , dia tidak berbaju ketika itu. Adakah ini bermakna.........

Dia telah meniduri gadis tersebut?

Matanya tertancap pada tompokan cecair berwarna merah dan putih yang melekat pada cadar katil sejak malam tadi. Ternyata , itu adalah bukti yang cukup terang untuk membuktikan dia sudahpun meragut kehormatan gadis itu.

"Jangan dekat."

Yeonji memberi amaran. Giginya diketap kuat. Dari jauh pun jelas kelihatan gadis itu sedang menggigil. Jika tidak silap , nama yang tertera pada tag namanya semalam adalah....

Bae Yeonji. Ya!!

"Tenang." Lelaki itu datang menghampiri tubuh Yeonji. Gadis itu terus mengundur ke belakang sedangkan dia tahu , tiada apa yang berada di belakangnya melainkan dinding.

"Saya langsung tak tahu apa yang jadi malam tadi. Tapi saya ingat apa yang saya buat sebelum saya mabuk. Jangan takut. Saya akan bertanggungjawab."

Kai sendiri tidak sedar bahawa ayat itu sudahpun terbit dari mulutnya. Namun dia tahu , keputusan itu adalah jalan terbaik untuk menebus kesalahannya. Kai menanam tekad dalam diri , dia akan bahagiakan gadis itu.

"Mungkin kita saling tak kenal. Tapi... tentu kita ditakdirkan bersama , bukan?"

Dagu Yeonji diangkat perlahan. Anak mata si gadis ditatap lama. Jelas sekali , dia sedang ketakutan. Lihat sahajalah anak matanya yang bergetar itu. Serba salah Kai dibuatnya. Gadis mana yang mahu maruahnya tercalar?

"Mari."

Tangan dihulur pada Yeonji. Gadis itu memandang Kai dan tangannya silih berganti dengan raut wajah ingin tahu. "Pakai balik baju ni." Kai mengambil kembali baju-baju milik Yeonji yang bersepah di atas lantai.

"Kita nak ke mana?" Perlahan sahaja suara Yeonji bertanya. Barangkali , dia masih janggal bersama dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu.

"Saya hantar awak balik rumah dulu , nanti saya ambil awak. Kita akan pergi rumah omma saya hari ni jugak." Kai tersenyum manis. Secara tak langsung , hati Yeonji kembali tenang.

Seperti yang dijanjikan , Kai menghantar Yeonji pulang ke rumah. 2 jam kemudian , Kai datang kembali untuk membawa Yeonji ke rumah Pn.Kim bersamanya.

Di dalam kereta pula , Yeonji hanya mendiamkan diri manakala Kai sedang fokus memandu di atas jalan menuju ke rumah ommanya di Ilsan. Suasana di situ penuh rasa janggal.

"Umur?" Soalan Kai memecah kesunyian di dalam kereta mewah tersebut. Yeonji berhenti mengelamun buat seketika. Dipandangnya Kai yang hanya duduk bersebelahan dengannya.

"Hurmm?" Yeonji tampak masih bingung. Mungkin dia tidak dapat menangkap maksud disebalik soalan Kai sebentar tadi. "Umur awak." Kai menjelaskan. Kini baru Yeonji mengerti.

"19" Yeonji menjawab pendek sahaja. Sesekali dia membuang jauh pandangannya ke luar tingkap. Sepanjang laluan mereka ke rumah Pn.Kim , apa yang Yeonji dapat lihat disekelilingnya adalah hutan. Dia menjadi sedikit bingung.

"Muda lagi rupanya." Kai tersenyum sendirian. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh tersenyum kembali. Mungkinkah Yeonji adalah satu-satunya ubat untuk dia kembali tersenyum seperti zaman kanak-kanaknya dahulu?

***

[SLOW UPDATE] Yes , He Is (Kai)Where stories live. Discover now